Tuesday 14 May 2013

THINK POSITIVE

Assalammualaikum

Lumrahkan dalam kehidupan seorang manusia kadang berada di atas dan kekadang berada di bawah.
 Ibarat macam roda yang berpusing.
 Kadang apa yang kita inginkan dalam hidup kita tercapai dan kadang apa yan kita hendak tidak tercapai. 
*biasa sangat*

Semua tu berlaku mungkin ada sebab sesuatu tu berlaku. 
Jadi bila kita berada pada situasi tidak mencapai sesuatu yang kita inginkan mesti ada perasaan kecewa, frust, down kadang sampai fikir tidak mahu lagi hidup. 
Semua orang inginkan kejayaan, sesuatu yang baik berlaku dalam diri dia. 
siapa tak nak mencapai level hidup well-beingkan. 
Jadi bila kita tak dapat capai sesuatu tu please try the best untuk elak dari terjerumuskan diri kita ni dalam kancah fikiran negatif.
 So, apa yang kita kena buat, kita harus berfikiran positif. 
think positive always.

Bunyi macam senangkan?
 tapi
 Bila diri kita dah down serius memang susah hendak berfikir positif ni. 
aku paham sebab aku pun pernah mengalaminya. 
tapi kita nak ke biarkan diri kita sentiasa berada dalam negative situation. 
Bad mood, ada rasa sedih,down. Tak bestkan life macam ni. tak enjoy.
 hendak tak nak kita kena paksa diri kita keluar daripada mood yang tak best tu. 
kalau biarkan nanti muka cepat tua weh.
hihi

Bila kita hendak keluar daripada mood tu pun kita kena ada strategi sendiri untuk built mood think positive ni.
So, what should i do?


1. Istighfar
First if mood korang down, cepat-cepat istighfar. istighfar boleh membuatkan anda tenang dan setkan balik mood korang kepada mood tenang. penting agar korang tidak ambil tindakan yang boleh membahayakan diri korang. i means cubaan untuk cederakan diri. 
*bagi muslim*

2. Avoid -VE self talk
Biasalahkan bila kita tengah down, mesti kita fikir negatif dan cakap pada diri kita, kita tidak berguna, bodoh, tidak boleh haraplah, blah and blahh etc. So, bila kita berasa macam ni, cepat-cepat kita paksa diri kita cool balik, fikir dengan tenang. positif and positif and more positif. beritahu pada diri mungkin apa yang berlaku ada sebab yang tertentu, mungkin kita hendak dapat yang baik, oleh sebab tu kita terpaksa berdepan dengan kesusahan sebelum dapat kesenangan. Mungkin kita perlu gigih lagi untuk dapatkan yang lebih baik. Jadi pujuk diri agar berusaha, perlu kerja kuat untuk capai level yang terbaik dalam hidup. Kenapa perlu buat macam tu, kerana apa yang kita cakap pada diri memberi kesan kepada mind set kita, bila kita minda kita sesuatu yang positif inshaa Allah kita akan berusaha melakukan tindakbalas yang positif.

3. Says NO to fatalistik
Bila dah down sering berlaku, kita menyerahkan nasib kita bulat-bulat. Apa yang perlu kita buat, elak daripada menyerah diri kita pada cik abang nasib tu. Jahat tu. Says no to says "dah nasib badan, nak buat macam mana". Hei korang bangun-bangun nasib bukan menentukan segalanya tapi kekuatan diri kita untuk bangun berusaha. Bila kita berfikiran begitu kita telah menyandarkan kesalahan dan kelemahan itu berpunca daripada takdir. Then bila dah macam ni kita tak fikir dah ni berpunca daripada diri kita, so usaha untuk berubah tidak akan dilakukan. Common,bangkit-bangkit semua ni bukan daripada takdir hidup tapi usaha kita untuk dapatkan yang terbaik untuk kehidupan kita.

4. Bersangka baik
Hujan yang turun bukannya tidak boleh berhentindan tidak akan bertemu dengan panas lagi. Begitulah ibaratnya. kalau kita gagal bukannya kita tidak boleh mencapai kejayaan pada suatu hari nanti. So lihat kehidupan kita dengan cermin sisi yang baik. Orang yang berfikiran postif dan bersangka baik akan beranggapan semua yang berlaku dalam hidup merupakan suatu cabaran yang perlu dilawan dan bukan untuk terima bulat-bulat dan tidak berusaha untuk melakukan yang lebih baik. 

5. Independent
Dalam hidup kita ni, kita perlu berdikari jangan harapkan bantuan daripada orang lain. bila kita perlukan bantuan daripada orang lain mungkin apa yang kita rasa boleh buat dalam hidup kita akan terbatas. when u think u can do it, u do it. jangan fikir kata-kata orang. 

6. Bantuan orang sekeliling
Bila korang dah tak waras sampai tahap hendak membunuh diri, jangan takut untuk mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan dan keluarga. Apabila anda mula melibatkan diri dalam pemikiran yang negatif, hubungi rakan atau ahli keluarga yang anda boleh harapkan untuk menawarkan nasihat positif dan maklum balas. Ingatlah bahawa untuk berfikir secara positif, anda perlu memupuk diri sendiri. Sokongan daripada orang sekeliling juga boleh membuatkan korang berfikiran positif. 

p/s:aku berkongsi jika ada yang nak menambah silakan.

Salam

No comments:

Post a Comment