Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

DCA BATAL SIDANG MEDIA KHAS MH370

Assalammualaikum

PENGUMUMAN MEDIA


#TERKINI KENYATAAN MEDIA

DCA batal sidang media khas MH370

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.
Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri waris
Ketika mengumumkan pembatalan itu, jurucakap DCA memberitahu sidang media baharu akan diumumkan kelak dengan hanya memaklumkan ia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
----------
hohooo..berlari lari anak bukak tibi 9. sekali yang keluar catdoggggg! serammm pulak nak dengar pengumuman berita terkini pasal MH370 ni. takuttt drama aiyaq mata lagi. feeling nebess. T_T

Tuesday, 13 January 2015

RESEPI | ROTI TELOR CHEESE

Assalammualaikum


Hepi tuesday. Hari kedua sekolah naik bagi negeri Selangor. Hari kedua jugak apartment aku sunyi di pagi hari haha. Sukaaa!! hihi. Sabtu petang lepas balik dari cekup Adam dekat klinik panel dan balik dari giant, aku buat makanan untuk minum petang. menu semestinya menu yang simple simple je aku buat. simple tapi sedap

menunya roti telor cheese
: Bahan bahan :
roti
telor
cheese keping
minyak
garam

: Cara cara :
1. kacau telor macam nak buat telur dadar dan masukkan sedikit garam 
2. kemudian ambil sekeping roti dan letakkan sekeping cheese keping diatasnya. brand ikot suka. kemudian letak lagi sekeping roti diatasnya
3.then buat banyak banyak step diatas dan roti tersebut kemudiannya dipotong 4. 
4. setelah itu, celoppkan roti tersebut dengan telor yang telah dikacau 
bagai nak buat telur dadar tu
5. dan last steppp gorengkan roti yang telah dicelopp telur tadi dengan minyak yang sedikit dikuali
*minyak boh sikit je tauu. kolestrol kang kalau bubuh lebih lebih. kang bubuh lebih lebih. lemak korang berekar ekar membiakk, aku tak bertanggungjawab ye haha
6. then siap. bolehlah dikunyahhh kunyahhh dalam muluttt. dihidangkan sekali dengan air kegemaran.

ok tu dulu. selamat mencuba.r esepi mudah dan kesedapannya hingga menjilat jari. 
tq reading uolls :)

Friday, 9 January 2015

IDEA DIY BUAT DEKORASI DALAM CLASSROOM

Assalammualaikum

Salam jumaat penuh rahmat
hehh! entry kedua untuk hari ni
clappp sikitlah roh rajin tu makin ada hehe

Tajuk tu tajuk tu sesowaiii ke?
belasahhh
bagi bommm sikit tajuk
lepas tu entry hampesss
sori wehhh haha

ok lagi dua hari kalau tak silaplah cuti sekolah dah habis
dah nak naik sekolah wehh
alhamdulilahhh
bunyi macam ada anak dah sekolah dah
syukurlah dah naik sekolah weh
senyap sikit apartment aku ni
kalau tak nangess aku
bising sangat wehh bebudak sini
bahasa kadang tu terokk jugaklah
ok. cukup!
bukan nak cerita ni bukan!

entry ni aku nak bagi parking sikitlah idea untuk classroom
untuk korang yang bergelar cikgu cikgu atau pelajar
yela awal awal persekolahan biasanya cikgu cikgu dan anak murid akan busy decorate class
nak hias kelas macam macamkan
lepas tu bagi bagi tugas 
buat jadual kelas, jadual kedatangan, paparan dekat boardlah 
macam macam
serius rindu sangattt zaman tu

ni hahh ideanya
korang boleh guna kottt


punch card murid
cute sangat idea ni
sukaaaa sangatt tengok
korang jangan ingat aku yang buat tau
aku bukan cikgu sekolah dan aku bukan budak sekolah hehe
dulu dulu yela jadi budak sekolah dan pernah juga jadi cikgu kejappp

idea ni kawan aku up
jadi aku pun berbesar hati sangat nak share dekat sini
untuk dijadikan sebagai inspirasi gitu bunyinya

idea ni bagus tau
jadi korang yang bergelar guru
tak payah ambil masa yang lama semata mata nak isi rekod kedatangan
jerit jerit panggil nama pelajar
baik cikgu cikgu semua simpan suara tu untuk guna masa mengajar
bila buat macam ni ketua kelas juz update setiap hari
cikgu cikgu rujuk sini je
besttttkan idea ni
cute sangattttt

yang ni macam kalender
cute sangatttlahhh idea ni
rajin korang buatlahh ye cikgu cikgu, pelajar pelajar semua
serius kalau aku cikgu atau pelajar aku copy idea ni

BARU AKU TAHU

Assalammualaikum

Morning. Salam jumaat
rajin update blogkannn
gigih iollss

korang baca tajuk entry aku ni paham tak?
sampai ke????
mesti korang tertanyakan apa yang baru aku tahu tu kan
tipulah kalau korang tak pelik mihhmihhh

bukan gosipppp retisss tau
bukan cerita emma maembong dah bebaik balik dengan zizan razak tu tau ehhh!
bukaannnnn!

tapi ni hahhh
baru aku tahu hahhh
sesuatu yang common dengan aku 
tapi aku baru tahu pasal fantasticnya menatanggg ni semua

bagi aku fantasticlahhh
penemuan yang begitu hebat. 
lebih hebat daripada penemuan fosil dinasour dekat Pahang nunnn

1) penyapu sawang


viral jugak cerita ni 
honestly bukan mekk sorang ni je tau baru tau.
 ekceli aku pun baru tahu 
hahh kenapa penyapu sawang berlubang tengah tu??
rupanya ada kegunaan dia.
aku ingatkan depa dok saja saja pergi design buat lobang dekat tengah penyapu sawang tu.
rupanya tengah tu dicipta untuk mudahkan kita bersihkan menatang menatang macam kipas ni

dekat rumah mak aku adalah sebatang penyapu sawang ni
tapi setiap kali nak bersihkan kipas yang tinggi melangitt tu kitorang adik beradik gigih kot geledah storr ambil tangga
panjat tau nak bersihkan habuk kipas tu
sebaldi air siap bubuh sabun lagi 
tapi aku jarang kena buatlah
yang jadi mangsa manusia tinggi tinggi je kat rumah aku tu. 
adik aku yang kedua lah angah
yang kemetot kemetottt ni perati bawah je lepas tu komen bersih tak bersih haha

so penemuan ni memang bestttlaaa
selamat ko ngahhhh lepas nii

2) tag tarikh expired pada roti


selama aku hidup dan selama aku makan roti ni
tak pernah aku pikir luar kotak kenapa tag tarikh luputtt tu werne werni, colourfullll gitu
ingatkan depa sajo sajo je boh kaler kaler dekat tag tu
rupanya ada maksud juga
jadi ceritanya kalau kita nak tahu bila hari roti tu buat adalah berdasakan warna warna dekat tag roti tu

ohhhhh baru tahu

tapiii masalahnya boleh hafal ke warna warna tu?
macam tak kose je
tahu tarikh luputtnya bila sudeehhhh haha

3) baking soda


selama ni aku tahu baking soda ni kerja dia dekat dapor je
perok kat dapurrr
nak membaking baru geledah mencari

rupanya ada 51 kegunaannya yang aku tak tahu
manyakkk oooo
boleh putihkan gigi yang kuning penuh cheesee, lembutkan tangan takleh menahan, bersihkan perangkap sink untuk elak tersumbat, bersihkan oven 
macam macamlah exp kerja deodorizing, cleaning 
lebih lebih korang google sendirilah
lagi best boleh baca lebih banyak
bestkannnn?

4) no siri pada tayar kereta
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :
175/70R13/82H
- lebar permukaan bawah tayar : 175 mm
- lebar permukaan sisi tayar : 70 mm
- jejari : R
- diameter rim : 13 inci
- indeks muatan & symbol kelajuan : 82H
• indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
• indeks muatan 71 = 345 kg
• indeks muatan 125 = 1,677 kg
• simbol H = kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h

SENARAI KOD:
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905
- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus)
- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C)
- ketahanan suhu : TEMPERATURE A

• A : kawasan panas
• B : kawasan bercuaca normal
• C : kawasan sejuk

- tarikh pembuatan : 1905
• dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19
maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei.

• Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005
so lepas ni beli tayar kena pastikan baik baik no siri ni.
untuk elak kena tipu oleh si penjual kereta.
tapi tapi kalau beli tayar kereta sorong kena pastikan baik baik jugak ke no siri ni ekk?
H.M.M betollll
okkk yang 5th tak cariiii lagi ape yang intersting
dapat cariiii aku update!

Thursday, 8 January 2015

MOTIVASI TODAY

Assalammualaikum


"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
(Ali Imraan 3:27)

p/s: Gonna be a beautiful day 

ROH RAJIN DATANG

Assalamualaikum

Ehh!entry baru lagi ekk
siapa yang selalu follow aku
tahulah aku ni suka update cerita berpukal pukal dalam satu hari
lepaih tu berhari hari, berminggu minggu berbulan bulan bertahuun tahuun (melampau) senyap pulak

InshaaAllah
rajin update blog antara azam aku tahun ni
untuk blog pun ada bahagiannn uolls!
satu entry pun jadilah
inshaaAllah kalau roh rajin datang meresappp dalam dalam kat jiwa aku ni mihhmihhh
adalah entry baru 
kalau tak!tak adalah yee

bukan nak cerita pasal update blog ekceli
sebenarnya nak cerita pasal masak masak
lately roh membaking bangkit pulak dalam diri aku ni
yela! sejak sejak dapat special gift anibeseri dari en ramdzan aritu
tiba tiba pulak terajin nak godeh resepi nak comot comott kat opis kecik aku

1st projek aku buat tiramisu

selamat jadi
rasa pon ok

2nd projek buat vanilla cupcakes


masa mula mula bakar tergosong orang jawe kata
terlebih panas pulakk
pastu kali kedua bakar menjadi cantik
dapatlah 6ketol 
yang lebihnya masok tong sampah dan ada jugak terpaksa masok dalam perott
jadilah labu

projek ketiga pulakkk


kek pisang
mak aku datang bawak pisang berplastik plastik
naik peninggg aku
hasil kampung ni, mak aku tanam sendiri pisangnya
seminggu jugakk pening pikir nak buat apa dengan pisang banyak banyak ni
seminggu tu jugakla buat makanan berunsurkan pisang
pisang goreng, kek pisang cengkodok toksah kata, balik balik memang buat cengkodok jela
makan macam tu pun ada ubat sembelitttt katanya haha

Last minggu ni buat kek coklatttt


ok yummmy!
sedap sangat makan sejok sejok
stok desertt seminggu wehhh haha
jadi bukak je peti ais ada jugak makanan nak dimakannya
ni buat entry ni pun nyambil nyambil melantak kek coklat ni..melttt sangat

So, next projek tak tau lagi.
ni dok gatal asek belajar online buat cinnamon bread and pizza homemade ni.
tak taulah roh rajin nak buat tu bila nak meresap pulak
kena rajinlah kang kena perli pulak dengan en ramdzan 
hadiah dia tu terperoookk nak buat ape
kang tak pasal kena lelong kat mudah pulakk haha

DEMAM

Assalammualaikum


Demam iolls
1st time sakit untuk tahun baru 2015
hari ni masok hari kedua

Ya ampunnnn!
mencabar sunggohla demam demam ada anak kecik ni
masa rehat takda langsung
malam je aku dapat rehat sikit sebab en suami tolong jaga anak jap
tapi tu pun tak full rehat
yela adam kan BF

dulu zaman belom ada anak
kalau demam boleh je rehat, bantai tido lelama 24jam pon boleh
dah ada anak tak boleh weh buat gitu
kerja tetap kerja
supermOmmy sangat tau

demam kali ni pakej pulak tu
hinguss melelehh
menci tauuuu
tuhan!ni lah penghapos dosa dosa kecik agaknya
sabar jela kan

jangan ada kata aku sakit ni sebab pregnant anak kedua pulakkk
jangan! 
sakit beranakkan adam tak hilang lagi wehhhh haha

cepat cepat sihatlah!
rindu dah ni nak cium cium gomol gomol adam ;p

TAHUN BARU AZAM BARU WAJAH BARU

Assalammualaikum

Tik tokkk tik tokkk tikkk tokkkk ehhh!dah masok tahun 2015. 



2014 dah pun 8 hari labuhkan tirai. 
tik tokkk tik tokkk ehhh!dah 8hb pulak arini 
baru aku nak kasik uppp cerita pasal tahun baru ni 
Blasah. 
kasik uppp jela cerita ni kan. 

Kejap je aku rasa masa 2014 tu. 
tak puas kottt
banyak kenangan tau dalam 2014. 
macam macam berlaku ada yang best dan tak best jugak.

cerita pasal azam pulak
ada  azam aku 2014 yang selamat aku capai
dan ada jugak azam aku yang selamat hancur berkecai mihmihh
tak pa tahun ni aku akan pastikan aku achieve apa aku nak (macam poyo plak bunyinye ni) haha
biasalah tahun baru, azam pun baru. macam macam azamnya tu
ehhh!tak salah tau pasang banyak banyak azam ni
azam ni buat kita jadi manusia yang lebih baik tau
tu kalau azam korang baik baik jela

ehhh!ada ke orang pasang azam tak baik ni???

pasal wajah baru tu. bukan tuju kat aku tau.
takkanlah wajah aku bertukar jadi cinderella tahun baru ni..
melampauuuu beno gamaknya tu
ehhh!tak salah ekk pasang azam nk jadi muka macam cinderella ekkk... 
tengok tengok kemain nak mula mengarott haha
ct nurhaliza lagi cantekla. pasang azam nak cantik macam ct nurhaliza untuk suami la gitu..
good!gooD!
wajah baru tu pasal blogg aku ni hahh dah ada muka baru
barulah owner dia semangat nak update blogg...
khennnnn???
ni tak, scary je aku tengok haha

aku mengharapkan azam baru aku akan tercapai tahun ni. 
azam tahun lepas yang aku bawak tahun ni akan tercapai jugak
azam aku baik baik je.
takmola publish sini
maloooo iolls!!
ada je aku tulis azam tu kat satu buku rahsia aku haha
kena tulis tau, nanti lupa
petunjuk tu!petunjukkk!

SELAMAT TAHUN BARU koranggg! 
(hmmm 8hari dah weh!maloo!larikkk)