Thursday 31 October 2013

AKU BAHAGIA BERKAHWIN

Assalammualaikum


Kawan: Mariam kau nak kahwin umur berapa?
Aku: Aku nak kahwin lambatla. Paling-paling umur 29tahun ke cepat pun 27tahun.
Kawan: Kau pehal nak kahwin lambat?rugi. owh..kau anak sulung, aku lupa.
Aku: Kau tahu takpe. Aku nak kerja, tolong mak bapak aku.bagi ekonomi aku kukuh dulu banyak kumpul harta baru aku nak kahwin.


Itu antara perbualan aku dengan rakan aku berkaitan umur untuk berkahwin. masa tu aku masih muda remaja. bila umur aku up sikit, aku dah pasang niat untuk berkahwin pada usia muda. tapi itu semua hanya angan-angan dan perancangan kita sebagai manusia. disebalik perancangan manusia tu jangan kita lupa masih ada perancangan yang terbaik daripada pencipta kepada hamba-Nya..sudah tentu Allah. Nak cakap pasal jodoh ni kita memang tak akan tahu bila masanya kita akan berkahwin. tapi yang pasti setiap diri kita ni telah tercatat jodoh masing-masing sejak di alam rahim mak kita lagi.  so kena bersabarlah..dan perlu usaha jugak.

Tidak menyangka

Sebenarnya, aku masih tak menyangka jodoh aku seawal ni. 24tahun. *yes officially.awal sebenarnya bagi aku..tapi bila dipikirkan balik dah cantikla tu kahwin umur macam ni kan. mungkin Allah nak aku lebih berdikari dikaki sendiri, maklumlah sebelum ni memang aku bergantung penuh pada kedua ibuabapa aku.mungkin ini dah tiba masanya. aku juga tidak menyangka si dia adalah jodohku. memang betol..kalau si dia sememangnya jodoh kita, gaduh, benci, terpisah jauh mana pun dia tetap jodoh kita. kalau dah ditetapkan di luh mahfuz si dia bukan jodoh kita, walau sayang manapun, gayut ditelefon berjam-jam, dijaga hatinya, dirindui, disayangi, sanggup berkorban apa saja, berjanji setia dan tidak akan meninggalkan, kalau Allah dah kata bukan jodoh kita, si dia tetap pergi juga. mungkin disebalik perancangan Allah tu ada hikmah yang cantik yang telah diaturkan olehNya untuk kita. mana kita tahukan..doa dan tawakal sajalah pada Allah moga diberi kebaikkannya.

Istikharah

Dalam satu hadith Rasullullah, (lupa pulak aku daripada siapa Rasullullah bersabda tu, tapi aku pernah baca satu hadith yang berkaitan Istikharah ni.)

Solat istikharah adalah kebahagian anak adam. 
*lebih kurang macam tulah hadithnya, sorry tau aku tak ngapal pula hadithnya tu*

Solat istikharah ni bertujuan untuk meminta petunjuk daripada Allah.beberapa kali jugaklah aku buat. tapi aku tak diberikan keistimewaan untuk mendapat petunjuk melalui mimpi. aku memang tak dapat mimpi siapa dia jodoh aku. muka ke badan ke memang tak ditunjukkan. tapi Allah maha adil dan maha penyayang, Dia masih beri aku keistimewaan melalui gerak hati. melalui gerak hatilah aku mendapat rasa bahawa itu adalah petunjuk yang si dia adalah jodoh aku. Alhamdulilah..


Bertunang secara senyap

Lain orang lain cara, macam aku jugak. aku menyorokkan pertunangan aku dengan si dia. sebenarnya pertunangan ni memang tidak dirancang oleh kedua-dua pihak keluarga. keluarga si dia datang merisik, alang-alang bagi memudahkan cerita dan perjalanannya kedua belah pihak bersetuju untuk mengikatkan tali pertunangan diantara kami berdua. pertunangan itu hanya diwakili ibubapa si dia dan ahli keluarga aku saja. sedara yang dekat waima sebelah rumah memang tidak tahu. sememangnya itulah impian aku, aku tak nak susah pikir-pikir menyediakan barang-barang hantaran bagai..haha.waima gambar pun tidak dirakam semasa menyarungkan cincin. tiada canopy dipasang untuk menjamu tetamu tapi hanya juadah apa yang ada saja, baju pun aku pakai baju kurung biasa..baju pergi kuliah ko. tapi cukup sekadar ikatan dan restu keluarga. tapi tindakan aku ni telah membuat sebahagian pihak terasa kerana tidak diundang dan dimaklumkan. Allah! tolonglah memahami kami, ini hanya sekadar pertunangan. sebuah ikatan yang masih belum pasti. kang tak jadi siapa yang susah...tapi lama-lama ada yang heboh jugak. terimalah,mulut orang lain kita tak boleh tutup jadi jalannya tutup sajolah mulut kita sendiri.


Permudahkan segalanya

Pesanan ini selalu aku pegang, berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai. Aku bermohon agar perjalanan perkahwinan ini akan dipermudahkan dan dilancarkan segalanya. Amin.InshaaAllah..


p/s: Aku bahagia dengan perkahwinan aku even baru dua minggu. aku bahagia kerana mampu berdikari sendiri, menguruskan suami dan rumahtangga. bahagia disamping lelaki yang mencintai aku sepenuh hati, yang ikhlas menerima aku seadanya. jauh dan jarang berhubung dan berjumpa sebelum kahwin menambah seri rumahtangga kami. tidak menyangka kami telah sah dan selamat disatukan..yes!im happy being a wife. love u so much suami@kanda. moga Allah merahmati rumahtangga kita..