Monday 13 May 2013

BETOL KE SAMBUTAN HARI IBU HUKUMNYA HARAM??

Assalammualaikum

Rasa tidak terlambat bagi aku untuk mengucapkan Happy Mother's Day untuk semua yang bergelar ibu especially untuk my mak. Tapi aku dah wish dah pada mak aku semalam. Sambutan hari ibu ni jatuh pada hari ahad minggu kedua setiap tahun dalam bulan Mei. Tahun ni jatuh pada 12 Mei 2013.
 Semalam sempat jugak aku meraikan my mak secara kecil-kecilan. 
Potong kek biasa je then bagi greeting card special untuk mak. 
Boh semua tandatangan adik beradik lepas tu bagi pada mak. 
Masa sambut tu malu-malu nak tunjuk kasih sayang pada mak coz ada someone yang special datang. Malu dah nak manja-manja..hihi. 
*suddenly*
Apa-apa pun happy Mother's Day to my mak. 
Terima kasih mak lahirkan Along ke dunia ini. 
Suatu keajaiban bagiku adalah lahirnya aku ke dunia ini. 
Seorang wanita yang ku panggil mak telah memberikan cinta dan pengorbanan kepadaku.
Jasamu tidak ternilai aduhai bondaku.

 *kek untuk my mak*

Tapi

Dalam keasyikan sambutan Hari Ibu semalam, ada pendapat telah mengatakan bahawa sambutan hari ibu tu adalah haram.

*Homaigad*

Menurut Wikipedia, hari ibu merupakan  suatu perayaan yang disambut oleh orang kafir, iaitu masyarakat berketurunan Kristian. Greek Kuno memanggil juga sebagai Hari Cybele iaitu hari kepada ibu dewa-dewa mereka dan Roman Kuno pula telah meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Rasullullah saw bersabda:
"Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" 
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H. 

So simple nak fahamkan?
but
Aku meraikan hari ibu hanya sekadar suka-suka dan bukan terikut budaya orang Kristian. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu maka dengan itu wajib untuk kita hormati ibu bapa kita. 
Tak salah rasanya jika sekadar suka-suka untuk sambut. 

p/s: Ada siapa-siapa yang hendak berkongsi pendapat untuk membantah?Silakan ye.
 Saya suka orang berkongsi pandangan dan saya terima semua pandangan dan teguran itu.

Salam

No comments:

Post a Comment