Monday, 24 November 2014

THROWBACK - HANTARAN KAHWIN

Assalammualaikum


Post ni nak share throwback masa aku nikah dulu. sekadar nak berkongsi pasal hantaran dari pihak aku kepada pihak suami. Setahun satu minggu baru nak buat post dekat blog. mihmih. throwback ni just bergambar saja ya. tak ada jalan story panjang lebor pun.hmm.yeke??kite tengok, kite tengok.haha

Semua barang yang aku bagi En Ramdzan masa nikah murah-murah belaka saja. Pilihan tema biru (tema dekat tempat belah laki aku biru). Dekorasi hantaran yang simple but nice dimata aku. Hantaran ni digubah oleh akak sepupu aku. idea daripada aku. saja cerewet ikot idea aku.haha. Penat tau jalan-jalan dekat pekan Aitam tu. pilih bunga. match-matchkan. akhirnya dapat jugak cari yang berkenan dekat hati aku.

 Layan sajalah gambar dekat bawah ni.


Sirih junjung mesti selalu adakan. Sirih junjung ni bunga dia just fake je. selalu orang buat sirih junjung pakai bunga hidup. tapi aku pakai bunga yang fake je. sebab gubah awal.


Baju ni bagi dekat abang suami. sebab langkah bendul. bunga pun tak cukup. haha. sebat mana yang ada sajalah labu. 


Buku panduan buat suami tercinta.


Jam tangan. jam tangan murah je dari aku. cap casio.



Kasut. Kasut ni masih elok lagi. sebab En. Ramdzan pakai sekali sekala je.



 Baju kemeja. Baju kemeja ni pakai kasual je. baju couple. aku pun ada sepasang. saja beli yang couple. lagi pun masa tu pdi buat less. 


 wallet. tali pinggang dan pen sebatang.


Set minyak wangi. Minyak wangi ni aku yang pilih. sedap bau dia. En. Ramdzan pun suka. Masih ada lagi minyak wangi ni.


Tuala pun i bagi u.


Buah-buahan. asal buah anggur tu tak cukup baja je. macam dah kena curi makan pun ye.haha. beli last minute. macam ni lah dapat.


Kek buah. saja pilih kek yang tak berkrim untuk hantaran nikah ni.


Cupcakes. sedap ok rasa dia. akak ofis abah yang sponser.


 Coklat. Coklat ni pun kirim orang yang pergi Langkawi. dapat murah harga dia.

Ikotkan 11 dulang berbalas 9 dulang. tapi pihak aku bagi lebih 13 dulang. sebab ada penambahan kain bagi pada abang En. Ramdzan. jadi 12 dulang. jadi makbapak aku suruh ganjilkan jadi 13 dulang. tu yang bagi cupcakes sebagai tambahan. sebab kena ganjilkan tu aku tak tahu. aku main belasah dengar kata makbapak aku.

Barang-barang gubahan hantara macam bunga, reben, dll tu aku beli dekat Pekan Ayer Hitam je. Pekan Ayer Hitam ni macam tempat shopping barang kahwin dekat Nilai.Banyak pilihan. memang rambang mata sangat. ramai yang belanja barang gubahan dekat sini. dari negeri lain pun ada. dorang datang berpusu pusu, shopping sini. bestla. jadi aku suggest korang yang nak shopping barang gubahan hantaran dekat Aitam ni dekat :

1) PISB
2) Ah Soon 
3) AS Highway

Ada kedai yang siap sediakan servis gubah hantaran. boleh pick up dalam berapa jam je yangready made pun ada. so,ybe post aku yang ni boleh membantu korang yang nak jadi bride-to-be tu, cari idea macam mana nak gubah hantaran yang simple but nice dan dekat mana tempat nak shopping barang kahwin. ok selamat ya korang ;p sory terbebel panjang.

No comments:

Post a Comment