Wednesday 15 May 2013

HARI NAKBAH PALESTIN

Assalammualaikum

Dalam menjengah Hari Guru pada esok hari rupanya ada satu tarih yang bersejarah terselit diantara dua tarikh yang istimewa dalam bulan Mei ini iaitu diantara ulang tahun kelahiran aku dan hari guru ni. 
Tarikh 15 Mei merupakan tarikh yang diibaratkan bala bagi kaum saudara kita di Palestin. 
Jadi tahun ni sudah masuk 65 tahun


 
Apa yang dimaksudkan dengan Nakbah?
Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar
Manakala Nakbah palestin merujuk kepada penubuhan Negara haram Israel yang telah diisytiharkan kemerdekaannya pada 15 Mei 1948 setelah memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai "The War of independence". 
Tetapi hakikat sebenarnya Israel telah mengusir penduduk Arab dari tanah mereka sendiri. 

Selama bumi Palestin  dijajah, tanah saudara kita itu tidak pernah berhenti daripada titisan darah dan tidak pernah sunyi dengan semangat juang. 
Saudara kita di Palestin sentiasa siapsiaga demi pertahankan bumi Islam. 
Jika dahulu saudara kita di Palestin terumbang-ambing mempertahankan keamanan Palestin sendiri tetapi kini tidak lagi mereka dibela oleh masyarakat sejagat. 
Umat Islam diseluruh dunia telah membuka mata dan bersama-sama berjuang mempertahankan Palestin. Bantuan demi bantuan dihulurkan. 
Tidak putus-putus bantuan tersebut disalurkan tidak kira bantuan kerahan tenaga manusia atau sumber-sumber lain spt makanan, ubat-ubatan etc.

semua ini adalah demi 
"Islam yang tertinggi, tiada yang tertinggi selainnya"


"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.
" (HR. Bukhari dan Muslim)
p/s: Jika kita tidak mampu mengangkat senjata, cukuplah sekadar kita menadah doa demi keamanan jiran kita di bumi Palestin. InshaaAllah :) 


Salam

No comments:

Post a Comment