Thursday 9 May 2013

INFO PARU-PARU BERNANAH

Assalammualaikum

Hampir 1month ++ abah aku keluar wad. 
Disebabkan itu, dengan adanya nilai sensitiviti dan bertanggungjawab aku hendak tepek sikit pasal penyakit paru-paru bernanah ni. 
Aku post info ni dalam bentuk temubual ye. 
Konon-konon aku doktor pakar paru-paru and korang pesakit tak pun sebagai wartawan.

  Boleh?
*layankan aje*
 
Misi bermula
*go on*

Info Paru-paru bernanah

1. Apa itu paru-paru bernanah?
Paru-paru bernanah sebenarnya merupakan suatu keadaan dimana terdapat nanah di bahagian paru-paru dan disekeliling tisu yang meradang. Untuk pengetahuan anda, paru-paru bernanah juga tergolong dalam kategori Pneumomia iaitu keradangan paru-paru.

2. Bagaimana paru-paru bernanah boleh berlaku?
Paru-paru bernanah berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau fungus. Hal ini disebabkan sistem imun dalam badan pesakit lemah dan tidak dapat memusnahkan mikro organisma yang memasuki badan. Ianya bermula daripada bakteria dibahagian mulut. Jangkitan tersebut akan menyebabkan keradangan paru-paru boleh berlaku apabila sistem imun kita lemah dan tidak dapat memusnahkan mikro organisma yang memasuki badan. Pada kebiasaanya punca pesakit mengalami paru-paru bernanah ini disebabkan saluran nafas tersekat ataupun tersumbat. Jika situasi ini dialami, nanah tersebut akan pecah ke dalam saluran nafas dan menghasilkan kahak yang banyak. Jika hal ini berlaku kaviti akan ada didalam paru-paru dan menyebabkan ruang paru-paru pesakit terdapat cecair dan udara. Sekaligus menyebabkan paru-paru tidak aktif atau tidak berfungsi.

3. Siapa yang terdedah dengan penyakit tersebut?
Penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak dan orang dewasa. Terutama perokok dan penghidap influenza.

4. Apakah simptom-simptom penyakit ini?
Simptom ini berlaku secara perlahan dan boleh juga berlaku secara tiba-tiba.
Antara tanda-tanda awal yang boleh dilihat:
  • Tidak bermaya
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Berpeluh
  • Batuk berkahak
  • Kahak yang berbau busuk
  • Kahan berdarah
  • Sakit dada ketika bernafas
  • Demam yang berlanjutan
5. Bagaimanakah kaedah penyakit ini dirawat?
Pada kebiasannya apabila seseorang itu disuspect menghidap penyakit paru-paru bernanah ini, doktor yang merawat akan menjalankan diagnosis terlebih dahulu ke atas pesakit. Diagnosis ini akan dilakukan melalui imbasan X-ray, computed tomography (CT) etc. Selain itu juga sample kahak dan darah pesakit akan diuji. Apabila pengesahan telah dibuat. Pesakit akan  diberi rawatan.
  • Antibiotik }secara oral atau disuntik
  • Bronchosopy }terhasil daripada tumor
  • Penyedutan nanah }masukkan tiub pada didinding pesakit
  • Pembedahan pembuangan tisu paru-paru }kritikal apabila keseluruhan paru-paru teruk dijangkiti.
p/s: Nasihat aku apabila korang atau terdapat ahli keluarga korang yang lemah berlanjutan dan mempunyai symptom-symptom seperti di atas cepat bawa ke hospital untuk mendapat kepastian doktor dengan cepat. Ingat jika terlabat bertindak kemungkinan maut akan berdepan. Kepada perokok hentikanlah tabiat merokok anda. Merokok membawa kemusnahan organ. Fikirkan. Ikhlas daripada anak bekas perokok tegar.

Salam

2 comments: