Tuesday 7 May 2013

KEK COKLAT SIMPLE

Assalammualaikum


Aku suka masak memasak. tapi kadang-kadang kena ikut timing juga. ada moodnya. kalau sudahla malas masak memang yang teramat malas. aku suka masak benda yang simple-simple yang memudahkan kerja aku tapi ianya sedap bila berada ditekak. 
so aku hendak share sikit resepi kek coklat yang simple dari aku. 

RESEPI KEK COKLAT SIMPLE

Mula-mula korang pukul 4 biji telor dan 4 sudu besar gula
Aku pukul pakai garpu je.

Kemudian korang masukkan 3 sudu besar sirap coklat hershey

Then masukkan pulak 3 sudu besar serbuk koko.

Lepas tu masukkan  3 sudu besar susu segar
*aku pakai susu segar duth lady full cream

Masukkan pula 3 sudu besar minyak jagung mazolla

dan last sekali masukkan 4 sudu besar tepung naik sendiri
*apa jenis brand pun boleh dipakai.

Kemudian masukkan ke dalam bekas apabila kesemua bahan-bahan yang dimasukkan di atas telah sebati. 
kemudian bakar dalam 5 minit cukup.
Lepas tu siap, and rupa kek seperti gambar di atas. 
Atas kek tu aku tuang sos syrup hershey's. 
kalau korang hendak glam lagi tabur pelbagai aksesori ke atas kek tu. 
makan dengan strawberi pun mengancam juga.

Resepi di atas cukup untuk 3 orang makan.

Selamat mencuba resepi yang simple ini,
simple tidak bererti si tukang masak malas ye.

Harap maklum.

Salam.

No comments:

Post a Comment