Wednesday 10 July 2013

TIPS| HEBAT DALAM MATEMATIK

Assalammualaikum

Matematik merupakan subjek yang paling menyeronokkan. Tapi tak semua orang yang suka akan subjek tu. Ada pulak tu ada sebahagian besar daripada kita yang takut akan subjek matematik. Memang kadang tu ada masa kita berasa buntu untuk menyelesaikan masalah matematik tapi yang syoknya bila kita dapat selesaikan suatu masalah matematik tu dengan jayanya walaupun terpaksa memerah otak dengan lama. Aku suka matematik tapi aku bukan seorang yang hebat. Menipula kalau aku kata aku tak pernah fedup masa jawab soalan matematik, kadang tu hentam kromo je aku jawab, janji dijawab, janji siap..hahahaa. Jeles rasanya dengan orang yang memiliki tahap penyelesaian matematik dengan cepat, otak depa dah macam kalkulator, kalkulator pun kalah.

Sebenarnya untuk hebat dalam matematik, kita boleh bentuk sedari peringkat awal kanak-kanak lagi. Tapi pendedahan tersebut perlu berterusan jika mahu keberkesanan yang luar biasa. dalam perot ibu lagi pun boleh didik si comel tu. Maka dengan mudah penerimaan itu berlaku. Kata orang melentur buluh biarlah daripada rebungnya jadi disini sama je konsepnya. Ini seperti Sofia Kovalevskaya daripada Rusia yang bijak matematik. kelebihan Sofia dapat dilihat sedari peringkat usia kanak-kanaknya.

Untuk hebat seharusnya apa perlu buat:

1. Latihan
Matematik perlu banyak buat latihan. Ianya bukan seperti subjek sejarah yang perlu dibaca dan dihafal setiap peristiwanya tapi matematik perlu memperbanyakkan latihan.semakin banyak latihan kita buat, semakin kita paham dan kita semakin mahir dan kita mampu mengenalpasti setiap permasalahannya dan kaedah penyelesaiannya dengan pantas.

2.Hafal sifir
Hafal sifir ibarat kunci. Kunci yang kita pegang, simpan memudahkan kita membuka pintu matematik. Kenapa?dengan menghafal sifir meyebabkan otak kita pantas mengira. Jadi tak heranlah orang yang hebat matematik memiliki otak yang pantas mengira seperti kalkulator.

3. Senaman
Mengikut kajian, terdapat perkembangan yang signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan dalam matematik. Jadi setelah bersenam ianya mencergaskan daya kemampuan otak manusia bekerja untuk menyelesaikan suatu permasalahan.

4. Azam
Jika anda mempunyai minat untuk menjadi hebat dalam matematik pastikan anda memiliki azam yang tinggi. bila ada azam yang tinggi dapat meningkatkan daya usaha anda dan tidak mematahkan anda untuk lebih berusaha dalam mempertingkatkan penguasaan anda dalam ilmu matematik ini.


Tatkala ini aku masih mentelaah subjek matematik, bagai esok pagi exam gamaknya. tapi tak tahu kenapa perasaan ni bercampur baur mengenangkan kesilapan yang dilakukan tatkala mengajar. walaupun cara aku ajar betol tapi aku risau dengan pemahaman anak murid. bagaimanalah aku mahu memperbetulkan keadaan. aku bertanggungjawab dalam hal itu. aku tak nak disoal nanti di akhirat..tssk tssk='(

p/s: Dari dulu hingga sekarang jika ditanya oleh kawan-kawan perempuan bagaimana lelaki idaman aku, aku mesti katakan aku pilih lelaki yang hebat dalam matematik. kawan-kawan dok pelik dengan jawapan aku. ye, sebenarnya itulah lelaki idaman aku selain dari agamanya. gemok, hitam, pendek aku tak pandang dah. tetiba je cerita pasal ni.

Monday 8 July 2013

NEVER GIVE UP!!

Assalammualaikum

"Bila kita berjaya, kawan-kawan kita kenal siapa kita. Bila kita jatuh, kita kenal siapa kawan kita"

Ya, adakalanya diri kita sering gagal. jadi persoalannya bagaimana mahu kita bangkit dari kegagalan itu? Ingatkan diri kita, sedarkan diri kita dari lena bahawa kejayaan adalah milik semua bagi mereka yang berusaha. jadi tidak mustahil untuk kita merasai kejayaan. maka dengan itu, untuk miliki kejayaan pastikan matlamat anda pada kedudukan yang betul dan yakin anda pasti akan mengecapi kejayaan hidup dan apa yang penting berusaha dan terus berusaha.

Apa Allah kata dalam Surah Ali Imran ayat 195, kata Allah tugas kita sebagai hambanya adalah berusaha dan hasilnya serahkan padanya. Kata Allah lagi bahawa Dia tidak akan menyia-nyiakan usaha kita.

p/s: Yakinlah janji Allah.So please don't say give up. Letih boleh tapi never give up!!


Friday 5 July 2013

INFO| PERGULINGAN PRESIDEN MESIR MORSI

Assalammualaikum

Nak tepek sikit info mengenai pergulingan Presiden Mesir, Morsi. Info ni aku ambil daripada FB Prof Agus Yusoff, pensyarah di Jabatan Sains Politik dan Sejarah UKM.

INFO:
Pada 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

 Pendapat Prof Agus Yusoff:
Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.

Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.

Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.

p/s: Jom ambil tahu sikit pasal negara saudara seislam kita, atlest kita boleh jadikan iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Moga mendapat manfaat bersama =)

RESEPI| NASI TOMATO

Assalammualaikum


Bahan-bahannya:
2 cawan beras } basmathi pun boleh
2 biji tomato dibelah empat }potong dadu pun ok
2 cawan air
3 sudu besar sos cili/tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan tumis:
sedikit minyak/ minyak sapi/ mentega } aku pakai minyak masak biasa kurang sikit muak
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih } dihiris
1 biji bawang besar } dihiris

Cara-caranya:
1. Cuci beras, rendam dan toskan
2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato, sos. Kacau sekejap. Kemudian masukkan beras dan air, garam dan daun pandan.
4. Masaklah nasi seperti biasa.

DONE!!!
kemudian nasi tomato tadi boleh dihidangkan sekali dengan ayam masak merah dan jelatah
nyummyy!

Selamat mencuba

TERSENYUMLAH ANDA

 Assalammualaikum

Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah.
{Hadis riwayat At-Tirmizi dan Abu Dzar}


Cukuplah dengan mengukir senyuman, kita telah mendapat pahala bersedekah. Sungguh Allah sayang hambanya, begitu mudah Dia beri kita pahala itu.

Tapi senyuman yang bagaimana kita perlukan??
Semestinya senyuman yang tulus ikhlas. Ingat senyuman yang tulus ikhlas juga datangnya dari hati yang tulus ikhlas.

Berilah senyuman, walaupun senyuman itu hanya berlaku seketika tapi moment yang sekejap yang diukir itu begitu indah untuk dinikmati dan mencipta kebahagian disekitar kita. Tanpa kita sedari senyuman yang sedikit itu telah memberi ketenangan jiwa pada orang sekeliling kita. Dengan itu, mulakanlah hari anda dengan senyuman.

Jadi, sudahkah anda mengukir senyuman pagi ini?hihi 


see..mereka tersenyum. kenangan berIKWAS.

p/s: senyumlah kawan walaupun anda sedang bersedih hati. barulah power rangers namanya.hehe

QUOTES TODAY

Assalammualaikum

Hmm..geng bas sekolah saya ada mengatakan,
"Diri kita akan nampak kesilapan orang lain tapi diri kita tidak akan nampak kesilapan dalam diri kita sendiri"
*aceceh, geng bas sekolahlaa sangatkan*

Begitulah ragam manusia sebenarnya. Kita manusia biasa yang mempunyai kelemahan diri. Apa yang penting kita lakukan, kita sentiasa perbaiki diri kita dan pastikan diri kita sering melakukan dan memberikan yang terbaik. Tapi ingat kita buat kebaikan haruslah berpaksikan keikhlasan bukan untuk mendapat perhatian orang lain semata-mata.

The quotes today


p/s: Awak-awak..kalau awak nak jadi orang yang paling bahagiakan, amalkanla ye seperti quotes ni pesan. Ni pun untuk ingatan saya juga.

Thursday 4 July 2013

PETUA| TANGANI MARAH

Assalammualaikum

Aku ingin berkongsikan sedikit petua tangani marah apabila kita berdepan dengan orang yang menyakiti diri kita. Petua ini telah dikongsikan dan diamalkan sendiri oleh seorang wanita yang sangat hebat dan aku kagumi iaitu Prof Dr Muhaya. *Sungguh aku mengkagumi beliau*. Petua ini boleh diamalkan oleh kita semua apabila kita berada dalam mood marah. InshaaAllah kemarahan tersebut dapat ditangani.

Apabila kita marah kepada orang yang menyakiti kita, apa perlu kita buat?? 
Adakah perlu kita :

1. Cabut kening beliau sehingga habis
atau
2. Rendam kasut beliau dilongkang busuk
atau
3. Korek pensel dan taburkan habuk pensel tersebut di kepala beliau
atau
4. warnakan kuku beliau dengan kaler magik 

Mana pilihan anda? Jika 1 atau 2 atau 3 atau 4 yang anda pilih, anda bukan golongan yang hebat.

Jadi bagaimana cara untuk menjadi orang yang hebat untuk kita tangani rasa marah kita terhadap orang uang menyakiti kita?

Jom baca entry ni,
 cara ini telah diamalkan oleh Prof Dr Muhaya :

Apabila ada yang menyakiti kita, cuba bayangkan orang tersebut merupakan anak kecil kerana kita akan rasa kesian dan sayang pada anak kecil itu.Maka dengan itu, kita akan rasa kesian dan sayang juga pada orang yang menyakiti kita tu, yang akhirnya kita akan mendoakan yang baik-baik buatnya dan akhir sekali kita juga yang akan mendapat pahala, walaupun orang tersebut masih pada tahap yang sama tapi kita tetap pada iman dan ketabahan yang bertambah, jadi Allah makin bertambah sayang pada kita.

hehe..suka buat muka comel. 
*dia ingat kita suka*
berdendam sunggoh aku dengan anak kecil yang comel2 ni

p/s: Tak rugikan amalkan cara tersebut untuk tangani marah terhadap orang yangmenyakiti diri kita. Memang susah untuk amalkan cara tersebut, nak pula beliau yang buat jahat pada kita. Tak mengapa, yang sukar itulah besar ganjarannya. Amalkan cara ni tenang yang kita dapat berbanding kita bertindak membalas dendam yang bukan-bukan pada si simpulan tu. Aku pun akan cuba amalkan cara ni. InshaaAllah~