Friday 9 May 2014

PERBEZAAN BLACK AND WHITE LABLE TUDUNG ADIJUMA

Assalammualaikum

Aku nak share sikit pasal satu ilmu ni..
*hehe..ilmu sesaja je ni*

Sekarang famouskan tudung cap ADIJUMA hak milik terpelihara Datin Norjuma tu. 
Aku memang suka pakai tudung bawal pun. 
sebab aku rasa tudung bawal sajalah yang match dengan bentuk muka aku berbanding tudung lain, tudung sarung ke, shawl segala bagai..

Tapi aku bukanlah pembeli tegar tudung adijuma ni. takat ni aku ada sehelai tudung adijuma. yang lain bawal kangaroo dan tiada cap..haha. 
sebabnya aku rasa tudung tu yang sedap dipakai. 
tapi cantik-cantik sangat design tudung adijuma. 

sebelum ni aku adalah persoalan apa ke bezanya tudung black and white lable ni keluaran adijuma ni?
*sampai ke situ aku pikir*


rupanya nilah jawapannya..haha
*adehlaaa nak oiii*

WHITE LABLE:
kain berbeza,saiz lebih sederhana,harga pasti lebih murah RM10 sehelai dan design lebih simple dengan warna-warna menarik.

BLACK LABLE:
kain lebih 'lasak',saiz besar ,harga biasa RM59 (selalu ada SALE /Special Price ),design boleh dipusingpakai lebih daripada 2 style dan nampak 'totally different'....

ADIJUMA jugak ada keluarkan red lable ok. Apa pulak red lable ni? see

RED LABEL:
design khas hanya di ONLINE STORE...

Korang pun ada persoalan yang sama macam aku jugak ke??

actually selalu jugak aku usha tudung adijuma ni kat page facebook.
korang nak cuci mata, cuci wang bolehlah klik link bawah ni:

DIARRHEA : SEWAKTU KEHAMILAN

Assalammualaikum

Aku nak share sikitlah pasal diarrhea ni. 3 hari lepas aku diserang diarrhea. memang kerjanya keluar masuk tandaslah. pulak tu kena serang tengah malam buta dalam pukul satu lebih macam tu. memang kacau lena aku lah dengan laki-laki aku sekali aku libatkan. ni pengalaman 1st aku kena cirit birit masa mengandung. Ya Allah tuhan jela yang tahu betapa sakitnya masa tu. perut mulas-mulas. sakit sangat.

Masa kena serang sakit tu, terjebak jugaklah berfikir negatif ni kan. macam-macam fikir dah. coz aku pernah baca antara tanda-tanda keguguran is a sakit perot yang amat sangat. pergi bilik air tak dak pulak bleeding ke apakan. so memang sakit ni sebab cirit birit. ok, FINE! dasyat sangat sakit tu. nak terputus urat pun ada. dengan baby gerak. memang meraung aku malam tu. laki aku tak sedap hati sibuk ajak pergi hospital memalam buta ni. siap salin seluar dah. aku cakap dekat laki aku, biar tunggu sampai pagi. tak tahan sangat baru pergi hospital or klinik. lagi pun aku kerjanya nak ke tandas je. kang tercirit dalam seluar satu kerja pulakkan. bleeding pun tak da.

pagi tu sakit tak kurang lagi, memang berangkutlah aku ke klinik yang berdekatan dengan rumah dengan mata panda tak cukup tido. laki aku pun terpaksa half day kerja. masa kat klinik datang awal pun dapat turn patient ke enam. mak aii..mana larat tunggu. jadi laki aku mintak jasa baik kerani klinik tu mintak awal sikit. dapatlah turn kedua. cek punya cek, dah mengadu bagai dekat doktor, buat scan rupanya baby dalam perot bergerak buat pusingan. so sekarang kedudukan baby songsang. gusar sangat masa tu. punca sakit sebab tu, dalam masa perut aku memulas sakit, baby pun ikot pusing sekali. doktor cakap, buat masa ni, biar baby selesa dengan keadaan macam mana pun. tapi dah dekat bersalin baby tak tukar kedudukan tu kena berjaga-jaga. buat masa ni doktor pesan pujuklah baby tu pusing balik, cakap baik-baik dengan baik..huhu.

So masa pergi klinik tu, dapatlah ubat angin. doktor kata cirit birit tu sebab angin. time makan aku tak betul. sebabnya nafsu makan aku masa mengandung ni memang tak cantik. doktor nasihatkan makan sikit tapi kerap. cirit birit aku kena ni bukan sebab keracunan ke ape. alahaii..macam-macamlah dugaan mengandung..sabar jelah..

p/s: mak mertua aku pun beritahu cirit birit masa mengandung memang sakit. aku laki bini memang rujuk mak mertua aku bab kesihatan. coz mak mertua aku pesara nurse...nasib badan..

BERKORBAN

Assalammualaikum

Diam tak diam hampir lima bulan jugak aku tak update blog aku ni. Ni aku nak share sikit cerita pasal perkhabaran gembira kehamilan aku. Hari ni usia kandungan aku masuk 22 w 3d. Alhamdulilah. Syukur sangat dengan rezeki Allah yang  maha hebat ni.

TAK RANCANG

Sebenarnya kami laki bini, aku dengan En. Ramdzan memang tak planning pun. Tapi syukur rezeki anak yang Allah bagi ni cepat. memang tidak dijangka. Dalam sebulan lebih macam tu kitorang dah dapat the good news ni. Macam mimpi pun ada jugakla masa mula-mula tu. 

Sebelum cek prengnant ke tak, aku memang kena demam teruk. Lama jugaklah. dalam 2 minggu macam tu. badan memang tak sedap. memang complete pakejla. demam + batuk + selsema semua. Masa demam tu, tak terfikir langsung pasal nak mengandung ni. ingatkan juz demam sebab penat kenduri ke apakan. ohh..mak aii. pembawakan budak rupanya. maybe perubahan hormon dalam badan aku la kan. masa aku kena demam-demam tu, mak aku,keluarga mertua aku dah kata, agaknya pembawakan budak. laki aku pun rasa macam tu tapi aku tak percaya coz baru sangat kot aku kahwin kan. dan dan dorang asyik kata macam tu, kitorang laki bini pun plan beli prengnant test. maka belilah kami. masa beli kat farmasi tu pun farmasist tu tengok aku pun semacam, dia ingat aku ni belum kawin kot. maklumlah aku ni kan cenonet je kan. so it's ok. jadi dah beli tu buatlah aku ujian tu sendiri lepas bangun dari tido. aku beli brang yang paling murah je. RM 10 macam tu. result memang -VE. 


*aku amik gambar kat google je. tak sempat nak snap pun aku punye EPT tu. kepala masa tu senoneng*

Lepas tu kan, dah buat EPT tu. Demam aku pun tak elok lagi. badan tak sedap. paling best kena muntah-muntah. yang ni laki aku terus heret aku pergi klinik cek. sekali doktor buat result +VE. terkezuttt aku masa tu. syukur dalam masa yang sama masih tak percaya. laki aku kemain senyom sokmo sebab aku dah kena buatan dia. 

*asal panjang sangat, mana part berkorban tu*

BERKORBAN

Pasal berkorban ni, aku terpaksa berhenti kerja. sebabnya masa awal prengnant aku ada bleeding. doktor cakap masih tak kuat lagi. yela..aku pergi kerja naik motor berdua dengan laki aku. rumah aku puchong nak ke KL, Raja Chulan tu agak jauh jugak. Ambil masa dalam satu jam lebih macam tu atas motor. dengan keadaan jalan yang tak berapa nak cantik. lubang, bendul segala bagai maybe sebab hentakkan tu yang sebabkan bleeding. jadi nak tak nak, laki aku suruh je berhenti kerja. tak nak amik risiko. jadi berkorbanlah kita, jadi suri rumahtangga dan say good bye to Bank Rakyat team..sobs sobs.

p/s: harap adalah rezeki lain yang mendatang lepas bersalin nanti. Amin. InshaaAllah~

SETELAH SEKIAN LAMA

Assalammualaikum

Hi! everyone. Lamanya tak masuk kat blog ni..habis punah aku punya ingatan mengakses semua. Tajuk memang tak boleh blah. sebab tak tahu nak boh tajuk apa. setelah sekian lama aku tak berblog ni macam-macam dah berlaku. banyak dah perubahan. perkembangan diri, dunia semualah semua..bhahaha.

So, mintak konsistenla mengupdate blog ni..
*itu pun rajin ye idok*

p/s: so please give me some idea nak bercerita tentang apa ye..?
hmmm..tink!tink!


hamek ko..bermentol-mentol aku tanam biar senang idea menulis aku mencanak naik.