Friday 10 May 2013

KEMARAHAN MAMPU MEMPENGARUHI OTAK BAYI

Assalammualaikum

Dalam situasi berkeluarga ada sahaja perkara yang boleh menimbulkan kemarahan yang mampu tercetus dalam kehidupan seharian. Hal tersebut berkaitan dengan emosi. 
Kalau tidak si mama dengan si papa, terjadi pula pada si kakak dengan si abang si kecik.
Mungkin ada yang tidak kena. itu dan ini.  
Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak elok bagi pertumbuhan atau perkembangan bayi.
*sekiranya anda memiliki bayi*

Mungkin ianya hanya pertengkaran biasa dengan nada suara yang tinggi atau kuat tapi ianya memberi kesan kepada perkembangan seorang bayi.

Jom baca lebih-lebih dekat bawah ni. 
this is important info for awak dan awak, mama dan papa or papa mama wanna be.
 *terus berinfo*

Jika kita lihat, seorang bayi sememangnya sering tidur. Masa mereka sebahagian besarnya memang untuk tidur. Walaupun sering tidur tetapi bukan bererti telinga si kecil berhenti bekerja. Untuk pengetahuan anda, bayi yang sedang tidur boleh bertindak balas dengan suara disekelilingnya walaupun hanya desingan bunyi nyamuk. Hal tersebut juga termasuk jika orang tuanya marah atau bertengkar. Pada ketika ini, apa yang terjadi adalah bayi akan tertekan dan mudah sakit jika sering mendengar nada suara marah.

pernah tak korang berada pada situasi ini, 
sewaktu si kecik tidur tiba-tiba si kecik terjaga ekoran bunyi bising.
 terjaga dan menjeling sekeliling. 
hahh..tu depa tengah protes korang ler tu, stress dengar bunyi bising.
*bayi menggunakan bahasa badan untuk bertindakbalas*

Kajian seorang pakar daripada Amerika Syarikat iaitu Dailymail mendapati bahawa otak bayi mampu menangkap suara dengan nada marah walaupun mereka sedang tidur. Pada ketika ini otak bayi masih lembut sehingga perkembangannya bergantung kepada keadaan persekitaran dan pengalaman mereka ketika membesar. perkembangan ini boleh terbantut bila bayi mengalami stres dan tekanan besar.

Manakala penyelidik daripada University of Oregon telah menggunakan scan MRI untuk mempelajari otak 20 bayi yang sedang tidur. Hasil daripada pengimbas itu didapati bahawa bayi dapat bertindak balas terhadap ucapan yang sangat marah, sedikit marah, suara bahagia dan neutral. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bayi sering mendengar konflik, intonasi suara kasar dan suara marah akan mempengaruhi proses perkembangan otak bayi kerana mereka akan mengalami stress dan tekanan secara emosi.

p/s: Maka dengan itu, sebagai mama dan papa or mama papa wanna be yang bertanggungjawab dan mengasihani bayi anda, pastikan anda tidak marah atau bertengkar berdekatan dengan bayi anda sekalipun bayi anda sedang tidur. Jangan kemarahan mempengaruhi perkembangan otak bayi anda dan memberikan kesan buruk kepada bayi anda.

Salam

No comments:

Post a Comment