Showing posts with label MUHAMMAD ADAM MIRZA. Show all posts
Showing posts with label MUHAMMAD ADAM MIRZA. Show all posts

Friday, 30 January 2015

ADAM 149 HARI

Assalammualaikum

Dah 149hari dah umur kamu hari ni sayang. esok genap 150hari. kenapa cepat sangat tua!ehhh!pehal kejam sangat bahasa ibu tu. tukar! kenapa cepat sangat kamu besar sayang!!kenapa?kenapa??
learn vowel maybe
warm up in the moning. learn to march maybe :)
 belly crawl. ohh. my sonn. 

serius, my baby makes love stronger, the days shorter, the nite longer, saving smaller, and a home serius  happier. muahciked. ibu love u Adam more than anything. u are my sunshine :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PRODUK REVIEW
-----------------------------
MALISH LIFESTYLE@SNOW BEAR
----------------------------------------------------------------------------

Korang aku ada jual breastpump. harga??aku bagi harga kaww kaww murah! harga kasih sayang!giler murahh ahhh! dapat 5freegift lagi. serius! hasil pasti meriah.breastpump terbaik! tak sakit! sedutan macam sedutan baby je rasa.

berminat order sila:
klik pm facebook 
atau 
wassup kod kupon "LIFE" ke 019-3050486

Cepat!cepat! rebut peluang. barang panas!! GILER MURAH! promosi harga hebat sampai 10 FEBRUARI 2015!!

Friday, 5 December 2014

#ADAM 3 MONTHS

Assalammualaikum

Hari ni Baby ibu, Adam Mirza dah 93 hari. 3hb, rabu semalam genap 3 bulan/ 91 hari. 

Ya Allah serius sekejapnya. cepatnya kamu ni membesar anak.

Tapi..tapi sakit melahirkan kamu dan trauma bersalin tu still ada lagi anak.




Masuk 3 bulan ni banyak perkembangan kamu yang ibu lihat depan mata ibu sendiri. 
seronok sangat dapat membesarkan kamu sendiri. 
hari hari bukak je mata pepagi, ibu dah ngadap kamu. 
berbaloi sangat ibu jadi suri rumah sepenoh masa anak.
rasa macam tengah buat eksperimen dekat makmal sains.
pemerhatian sentiasa dilakukan untuk melihat apakah tindakbalas kamu.

Sekarang kamu dah pandai menyembang. 
dah pandai dah kejut bangun abah ibu pepagi buta nak bersembang. 
sampai abah kat tempat kerja mengantok tak cukup tido. 
beria sangat bila kamu dapat ajak ibu abah bersembang. 
galak sangat suara kamu..ooOOO..AAaaaa

Kamu juga dah boleh pegang sikit sikit.
ibu pun dah beli mainan memegang yang lembut tu khas untuk ibu train kamu memegang.
tapi tapi kenapa kamu lebih suka pegang kain?
sampai tertutup muka.hingga buat jiwa raga ibu bergetar..

Kepala pun dah kuat. bila ibu train kamu meniarap. tinggi sangat kamu angkat kepala kamu.

Dah pandai isap jari dah. macam sedap sangat je ur fingers tu ye. juga dah pandai main sembur sembur ludah.omg!omg!


nyumm..nyummm dapnya my fingers ni

Kamu juga dah pandai buli ibu kamu..
suka manja dengan ibu. 
sampai susah ibu nak buat kerja rumah dan terpaksa ibu curi curi buat kerja rumah dan terpaksa ibu guna teknik terdesak untuk jaga kamu..
macam mana??
sarungkan bantal peluk dengan baju ibu tarukkk sebelah kamu. dan kamu..diammm..haha
ibu tau kamu tahu bau badan ibu..dan kamu love it sangatkan!!!haha

Kini berat kamu dah 5.5kg. tak banyak pun naiknya. 
lepass ni kamu kena mnyusu dengan lebih rajinlah ye. 
kamu ni memanjang je lebih anak 
maybe kamu ikot baka belah ibu.
now panjang kamu dah 60cm. 
Kesian kamu kena cucuk kali kedua dos tiga serangkai ye sayang. 

ibu akau usaha beri kamu susu ibu. 
even kadang kala ibu terpaksa juga campur bagi susu formula..stok susu ibu kadangkala merundumlah sayang...


ibu ajak Adam wefie sebelum pergi cekup bulanan dekat KK 

Doa ibu agar Adam membesar dengan sihat. 
jadi anak yang soleh.
permudahkan urusan ibu abah.
disempurnakan imanya. 
tinggi akhlak dan budi pekertinya. 
cerdik akal dan mindanya. 
terang hatinya.


ibu abah sayang Adam sangat sangat

Monday, 24 November 2014

PENGALAMAN BERSALINKAN ADAM

Assalammualaikum


Nak ke tak nak share ekk?huhu. tengok tengah typing pon aku stil lagi berkira sama ada nak share ke tak nak pengalaman aku bersalin ni. dalam sudut hati yang paling dalam dalam sangat tu, memang nak share tapi malas nak menaip..haha. takpela aku akan lupakan sekejap mood malas tu. share jugak share jugak selagi pengalaman tu masih bertakhta dekat kepala otak aku ni. bhahahaaa

Bersalin ni, 1st experience aku. maklomla bersalin anak pertama perkahwinan pertama (amboi kemain ayat aku kan). seriosly korang, sakit! sakit! dan sakit!!. full stop. tapi Alhamdulilah, Adam lahir dalam keadaan selamat, sihat dan sempurna. Syukur Allah!. aku pun selamat dan sihat. tiada sebarang komplikasi. Syukur! syukur!!. meh aku share journey aku dari saat sakit nak bersalin sampai melahirkan Adam.

Jam 1.20am

First rasa sakit tengah malam tu, aku ingatkan sakit pinggang biasa macam selalu yang dialami oleh preggy. memang confiusla pengalaman anak pertama. tak tahu nak detect sakit bersalin tu macam mana. jadinya, aku buat tak tahu. abaikan rasa sakit tu. tahan dan tahan. sambung tidur macam biasa. lagi pun aku mengantok lain macam malam tu. letih bagai sebabnya petang tu aku kemas-kemas dapur. basuh freezer. memang lincahlah aku petang tu.dah macam bukan tengah mengandung. angkat tu angkat ni. semakin aku abaikan sakit tu, makin menjadi-jadi pulak sakitnya. tengah malam buta tu aku gigih bangun ke toilet sebab rasa nak membuang. sekali tengok alamak! dah ada bleedinglah. siap membuang keluar je toilet aku terus kejutkan En. Ramdzan. En. Ramdzan bangun dengan mamai mamai kejutkan mertua aku. aku pun kejutkan adik aku. (mertua dan adik aku memang ada sekali masa tu, memang tunggu aku due). mak mertua aku pun suruh siap-siap pergi ke hospital.

Jam 2.15am

Lepas siap-siap semua. barang keperluan semua dah ready, berangkut aku ke hospital. mak mertua dan adik perempuan aku teman. semesti yang turut ada ialah En. Ramdzan. bapak mertua aku masa ni tinggal. jaga rumah. nak ke Hospital Serdang dari rumah aku tak jauh. ambil masa dalam 15 minit macam tu. dalam pukul 2.15am sampai terus pergi kaunter buat register. masa ni pun ambil masa jugak sebab tak da orang pun jaga kaunter. terbiar kosong tapi patient masa ni ramai korang tahu nak register. semua preggy keadaan macam aku. tengah tahan sakit dan ada jugak yang slumber mungkin contraction tak da lagi kot. macam aku contractions tu jap datang jap pergi. dah siap register kena tunggu pulak nama kena panggil. lepas nama aku kena panggil. ada register dekat dalam pulak. dorang nak pastikan sebab apa kita datang. masa tu aku beritahulah dah ada bleeding. masa ni pun ada cek tekanan darah. settle semua aku keluar ambil kain batik.

masuk saja balik, kena buat urine test pulak. masa ni cepat-cepat aku buang. sebab pintu bilik air ni memang tak berkunci semuanya. rupanya baru aku tahu. untuk keselamatan ibu mengandung. takut ada sebarang emegency. lepas settle. wait sampai nama dipanggil lagi buat CTG pulak. masa ni lama sangat. settle CTG kena pindah katil. tunggu sampai doktor datang untuk buat pemeriksaan bukaan rahim. aku tak suka masa ni. nak cek bukaan rahim tu doktor selok tau. huhu. sakit. paling tak suka masa ni yang buat doktor laki. ohh!my. 1st cek laluan aku 5cm dah. then, nurse arahkan salin baju hospital colour pink and doktor cucuk jarum kat tangan. sakit lagi sekali. huhu. 

settle, doktor suruh tunggu. ada bilik khas. masa ni ramai preggy jalan hulur hilir untuk mudahkan laluan terbukak. macam-macam ragamlah tengok masa ni. muka relaks ada. tahan sakit. mula-mula tu aku duduk dekat ruang membaca. makin lama makin tak tahan. tapi muka steady. sekalinya ada doktor laki yang suruh aku baring dekat satu katil ni. katil ni free tak da orang. aku pun baringlah tahan sakit. main mesej. masa ni lah aku bodoh sangat. aku ingatkan dah tak boleh keluar dah masa ni. mak mertua aku semua pelik kenapa aku tak keluar keluar sebab ramai je yang keluar masuk. yang aku lurus bendul stay je kat bilik khas tu. dah jadinya aku tak salam mak mertua aku.adik aku tu sebelum pergi berjuang. 

6.30 am

makin lama contractions makin kerap. makin kerap. dah tak tahan aku panggil nurse. then, doktor yang sama tadi datang cek laluan. masa ni dah bukak 7cm. jadi dorang decide terus pindahkan aku ke laboor room. buat register semua. masuk laboor room. tunggu sorang sorang. staff hospital pesan ada rasa nak meneran tekan loceng. dalam jam 7.30am En. Ramdzan baru dapat masuk dengan bawak semua barang. ohh! masa ni lega giler ko. dapat jumpa suami. En. ramdzan masuk, pegang tangan dia rasa touching sangat sangat. 

7.15 am 

rasa nak meneran dah makin kerap. tekan loceng. nurse datang. sebab nurse tak bagi pateint meneran tanpa ada dorang. kang baby jatuh keluar pulak. masa ni aku teran, teran tapi tak boleh jugak. aku memang tak pandai meneran pun ekceli. lama sangat aku teran tak boleh. padahal kepala baby dah nampak sangat. makin lama aku lemah. makin jadi lemah sebab aku tak makan apa-apa pun dari rasa sakit bersalin sampai nak bersalin. en. ramdzan masuk baru dia bagi minum air laici. tu je tenaga aku ada. aku pesan kat korang yang bakal menjadi ibu. sebelum bersalin, sila makan secukupnya tau. sebab tenaga amat diperlukan masa meneran tu. 

aku makin lemah dan tidak terdaya. dan give up. aku letih sangat. masa ni aku malas sangat nak cuba. dan aku rasa ngantok dan ingat nak tidur je. sampai aku kena marah dengan nurse tau. nurse-nurse dekat laboor room kebanyakkan garang-garang. sebab dorang nak selamatkan anak dan ibu selamat. lama semakin lama aku cuba tapi tak boleh jugak. doktor, staff semua dan En. Ramdzan bagi semangat suruh aku cuba. yang keluar dari mulut aku "tak boleh" "dah tak larat". 


9.23 am

keadaan aku makin lemah dan masa aku meneran pun dah lama. jadinya dorang buat keputusan untuk gunting/ episotomi. memudahkan aku untuk teran keluarkan baby. sakit. rasa sangat dia potong tu. tak lama tu. sekali tarik nafas panjang-panjang dan teran. akhirnya 9.23 am. Alhamdulilah. Muhammad Adam Mirza lahir dapat lihat dunia. normal dengan episotomi. lepas tu Ya Allah rasa lega sangat. rasa kosong sangat perot aku ni. haha. tetiba je perot jadi kempis. masa aku bersalin, aku dijadikan contoh kes pada budak-budak medic UPM. mak datok punyalah ramai dorang keliling aku.student lelaki perempuan ada tengok aku bersalin. tiba-tiba kot dorang datang serbu. dalam keadaan semua staff sibuk sediakan alat nak selamatkan aku. sebab keadaan aku makin lemah. doktor yang sambut pun. sempat bagi lectur korang tahu. memang tak lupa pengalaman bersalin anak pertama ni. masa ni nak marah pun tak guna sebab sakit dah. malu pun terpaksa abaikan. masa ni aku pikir adam lahir dengan selamat. sekarang apa aku rasa rindu sangat saat adam dalam perot. lagi lagi time adam tendang tendang perot, main pusing pusing sampai senget senget perot aku.haha.

masa ni dah ready nak balik pun. nak daftar keluar hospital

Friday, 21 November 2014

MUHAMMAD ADAM MIRZA BIN MOHAMAD RAMDZAN

Assalammualaikum





Name: Muhammad Adam Mirza bin Mohamad Ramdzan
DOB: September 3 2014
TOB: 9.23 am
Place: Hospital Serdang
Weight: 2.5 gm
Height: 47cm

p/s: Lama sangatkan baru nak cerita pasal kelahiran buah hati ni kat blog. hmm..enggak ngapela. lambat pun lambatla. aku nak cerita jugak. sebab mood berblogging baru dswitch on. hari ni genap Adam 80 hari. besar dah anak ibu ni.