Tuesday 18 June 2013

RESEPI|SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalammualaikum



Bahan-bahannya:

1/3 paket spaghetti  
2 biji bawang holland } dipotong dadu
3 biji bawang putih } dipotong dadu
1 batang lobak merah } dipotong dadu
5 keping daging burger 
* digantikan dengan daging cincang pun boleh*
1 biji tomato } buang biji dan dipotong dadu
250 g tomato puri
2 sudu besar cili boh 
 bebola daging } ikot suka nak boh bape amaun

Dibantu oleh:
sedikit minyak
*diganti dengan butter pun boleh*
sedikit garam
sedikit gula
 *nak boh ajinomoto ke perencah sedap pun boleh, nak boh pati ayam pun okey*

Cara-caranya:
Masukkan minyak, tumis bawang holland, bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging burger, bebola daging sehingga kelihatan garing.
* jangan garing sangat, ikot rasa hati tukang masak*
Masukkan lobak merah dan gaul.
Setelah itu masukkan pula tomato puri dan cili boh, gaul sehingga sebati dan kacau rata.
Apabila kuah mendidih masukkan pula tomato dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Done!!!
Boleh dihidang untuk seisi keluarga. baby jangan bagi ye, kang ada yang tercekik.

p/s:Aku lebih suka pakai daging burger *apa jenis brand pun tapi aku guna jenama pak ramly* sebabnya lebih sedap rasa kuahnya berbanding pakai daging cincang. sedap je berada di anak tekak. rasa taknak telah ke perot!wakakakah. selamat mencuba resepi ringkas ni ye.

No comments:

Post a Comment