Friday 3 May 2013

ABAH WARDED

Assalammualaikum

Ini pertama kali dalam hidup aku merasai ahli keluarga sendiri jatuh sakit sehingga di warded. Abah aku telah warded pada 20 March 2013 yang lalu. Sebelum dirujuk ke hospital abah aku sudah terbaring sakit hampir 2 minggu di rumah, memang berbaringa sajalah, makan tidak mahu tapi syukur solat masih tidak tinggal. Masa ni hanya klinik swasta yang berbayar saja menjadi rujukan. hasil pemeriksaan doktor, abah hanya sakit biasa.just demam. Tiga buah klinik kitorang rujuk, hasil yang kitorang dapat tetap sama, doktor kata demam biasa. Masa ni kitorang sudah buat keputusan untuk rujuk abah ke hospital, tapi abah degil. Dia tetap tidak mahu di bawa ke hospital. Abah aku ada sifat takut pada hospital. Abah kata kalau pergi hospital mesti kena warded. Jadi kami akur. Masa seminggu sakit aku boleh sabar, tapi masuk minggu kedua aku dah betul-betul risau. Hati tidak menentu. Begitu juga yang dirasai mak dan adik-adik aku. Kawan-kawan ofis abah, orang kampung memang tidak putus datang melawat abah di rumah. Doa dari isteri,anak-anak memang tidak putus. Aku memang tidak kuat masa ni apabila tengok keadaan abah makin teruk dan lemah. Kitorang memang paksa abah pergi hospital juga, abah aku tetap degil tidak mahu pergi tapi kawan-kawan abah datang paksa dia. Akhirnya abah dengar nasihat tu. Kawan-kawan abah aku yang bawa abah pergi hospital juga ditemani aku dan mak.

Hospital besar Batu Pahat Hospital Sultanah Nora Ismail jadi rujukan. Mula-mula di hospital hanya pemeriksaan kecil saja dibuat. Bila medical assistant buat pemeriksaan buat check up, MA dapat detect something. Abah memang nampak lemah. Selemah-lemahnya hingga masa tu terpaksa pakai wheal chair bawa abah. Bila MA settle buat check up abah terus dibawa ke unit kecemasan. MA kata abah sudah tahap kritikal. So kena buat pemeriksaan selanjutnya. Dekat unit kecemasan, aku dan mak tidak dibenarkan masuk. Masa ni abah perlu buat pemeriksaan from head to toe. Aku dan mak redha. Kitorang tunggu di tempat menunggu. Masa ni Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku dan mak. Nasib Yassin sentiasa ada dalam beg. Sepanjang diluar menunggu, kitorang tidak putus bacakan Yassin untuk abah. harap abah baik-baik sahaja. Meleleh air mata jangan dikata. Hati risau. Yassin jadi penenang kami.

Lama sangat abah di wad kecemasan. Bila sejam menunggu abah tidak keluar-keluar. Hati semakin bimbang. Air mata makin hebat meleleh. Tangan mak saja aku pegang. Ada saja pesakit baru yang dibawa ke wad. Memang tidak menentu perasaan aku. Masa aku sibuk baca Yassin, tiba-tiba seorang lelaki bertanya,

"waris En.Normadi bin Ahmad"

Terkedu sangat aku masa tu. Mak yang jawab,
"Ya"

Masa ni aku nampak abah lemah di wheal chair, dengan bermask, dan ada sebotol air yang bergantungan di wheal chair.

Attendant berkata lagi,
"Di tahan wad ya. Ikot saya ke wad 4.

Kami menuruti kata attendant.Masa ni hendak gugur rasanya hati, jantung ni, memang tidak berkata apa-apa. aku dapatkan abah gosok-gosok bahu. Mak menangis. Aku terus maklumkan pada kawan abah aku bahawa abah ditahan wad. Aku sibuk call adik-adik aku. tangan aku memang menggigil. hati berdebar. ujian apalah ini. tapi aku redha dan berfikir ini semua ujian Allah untuk hamba-hambanya. Hati anak mana yang tidak tersentuh dan sedih, lelaki yang selama ini bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak akhirnya terlantar sakit. 

Hari pertama di warded aku dengan rela menemani abah. Aku suruh mak balik, selesaikan apa yang patut. Urusan di hospital aku yang uruskan. Mak pesan kalau ada apa-apa cepat-cepat beritahu mak. Aku mengiyakan kata mak. Doa dan bacaan Yassin memang menjadi peneman. Hari pertama di wad abah memang nampak lemah. Mula-mula di tahan abah ditempatkan di wad 4 tempat pesakit biasa. Selang beberapa jam, selepas doktor yang bertanggungjawab merawat abah buat pemeriksaan abah disuspek TIBI. maka dengan itu abah dipindahkan ke bilik pengasingan. Bilik Isolusi Bunga Raya 1. Malam tu abah perlu puasa, sebab keesokkan pagi doktor hendak ambil sample darah. sample kahak pun doktor ambil untuk buat ujian makmal. 

2nd day di wad doktor maklumkan pada aku abah perlu buat operation. doktor kata, abah ada paru-paru berair. sebabnya doktor dapat detect air pada x-ray abah, x-ray paru-paru abah tidak normal macam paru-paru normal. aku terus maklumkan pada mak. selepas zohor mak baru tiba di hospital. tepat jam tiga abah dibawa ke bilik operation. masa ni aku hendak teman abah sehingga ke pintu bilik opertion. aku genggam tangan abah. tapi niat aku dilarang oleh nurse yang bertugas. mereka kata mereka boleh jaga, jangan bimbang dan suruh aku bersabar. masa ni menitis air mata aku. aku nampak air mata abah pun menitis. aku dengan mak menunggu dengan penuh debaran. kitorang baca Yassin sama-sama. Selepas menunggu hampir sejam lebih doktor panggil aku dan mmaklumkan bahawa mereka menemui nanah bukan air yang mereka sangkakan. doktor bertugas siap tunjuk pada aku nanah dalam botol tu. aku tak percaya, masa tu aku rampas botol yang dipegang oleh doktor dan melihat betul-betul cecair kuning pekat tu. memang benar ianya nanah. doktor kata mereka perlu gantikan tiub kecil kepada tiub yang besar because tiub kecil tu tidak mampu menampung nanah keluar. mereka mendapatkan aku dan mak untuk persetujuan. aku tidak membantah dan bersetuju. operation disambung lagi untuk menggantikan tiub besar, tiub besar sebesar tiub aquarium ikan kalau korang penah nampak. tidak dapat aku bayangkan betapa sakit tiub sebesar tu dimasukkan dibahagian tepi dada. selesai operation,(makan masa 3jam juga) abah dimasukkan ke bilik pengasingan semula. abah kelihatan lemah masa ni. abah kata sakit sangat. abah kata pada aku baik mati kalau begini. air mata abah menitis. ketika ini aku sedih sangat. aku dan mak menangis tapi kitorang tidak tunjuk depan abah, kitorang tidak mahu abah nampak, takut abah makin down. aku pujuk abah supaya bersabar, ini ujian Allah. abah asyik ingat pasal mati. abah pesan pada aku supaya jaga mak dan adik-adik. abah beritahu maklumat peribadi yang penting pada aku. abah takut abah tidak dapat bertahan lama. aku sebagai anak masa ini, down sangat, aku pun perlukan sokongan. aku sedih bila abah kata macam tu. aku masih perlukan kasih sayang abah, aku perlukan abah, aku tidak bersedia lagi berdepan dengan situasi tu. selepas operation,x-ray dilakukan untuk memastikan operation yang dilakukan tidak ada ralat. Masa ni abah tidak dibenarkan bergerak. takut tiub bergerak. Maka dengan itu, buang air semua dikatil. Masa ni aku dengan mak bergegas beli pampers dewasa untuk abah tapi abah tak nak. abah nangis dia kata dia tetap tak nak pakai. untuk selesaikan masalah tu, aku minta bekas khas untuk membuang air pada nurse. Abah perlu berkeadaan sebegini sehingga doktor puas hati dengan nanah yang keluar. hampir seminggu juga abah berkeadaan begini.

Hari ketiga aku begitu kecewa, aku dimaklumkan oleh doktor abah perlu melakukan operation sekali lagi. ini disebabkan hasil x-ray yang dibuat mendapati tiub yang dimasukkan salah pada kedudukan sebenar, jarum tiub yang dimasukkan bengkok. Allahurabbi..macam mana semua ni boleh berlaku. Aku bersetuju operation dilakukan sekali lagi untuk memperbetulkan kedudukan tiub. Aku tidak salahkan doktor. Semua orang ada kelemahan. Aku pasrah apa yang berlaku. Sebagai anak aku kasihan pada abah, tidak sampai hati rasanya melihat kesakitan yang ditanggung abah. Petang tu, adik perempuan aku di Bangi baru pulang. Sebak lihat dorang. dorang seperti aku tidak sanggup melihat abah terlantar sakit. tidak mengapa, kami perlu kuat untuk abah. Seminggu abah berkeadaan begitu, tidak boleh bergerak dari katil. Buang air mak yang uruskan, kagum dengan mak sanggup lakukan sedemikian untuk suaminya, mak sangat setia. Solat kami anak-anak yang bantu. Abah terpaksa solat dalam keadaan baring dikatil tak pun duduk. Selepas seminggu tiub dikeluarkan, doktor berpuas hati dengan nanah yang keluar. Untuk pengetahuan korang abah pun ada kencing manis sekali. masa buat check up hari 1st tu baru kitorang tau. kencing manis abah terlalu tinggi sehingga tidak dapat dibaca. Lepas ni abah kena pantang pula sebab hendak jaga jahitan bahagian yang dioperation. Selepas seminggu juga abah telah dipindahkan di tempat pesakit biasa. doktor pun sudah sahkan abah bebas TIBI, syukur rasanya tak terkata. Masa di wad pesakit biasa, macam-macam ragam pesakit dapat dilihat. Insaf juga bila berada disituasi tersebut. Berdepan dengan pesakit yang meninggal juga terpaksa kami tempoh. Abah semakin  normal. doktor kata abah perlu ditahan seminggu lagi bagi memastikan tahap kesihatan abah betul-betul stabil. Masa ni pun rawatan hanya tertumpu pada antibiotik sahaja dan kencing manis. Abah terpaksa dicucuk insulin untuk stabilkan kandungan gula dalam darah abah. Sukar rupanya hendak menjaga pemakanan pesakit kencing manis ni. Tinggi perlu dicucuk, rendah pula berdepan dengan hypo. X-ray dilakukan lagi, keputusan x-ray telah menunjukkan terdapat sesuatu diparu-paru abah. Ketika ini hati runsing, perasaan kami lagi sekali tidak menentu. Ya Allah apa lagi ujian ni. Doktor kata kemungkinan kanser. Batuk abah dari sebelum dibawa ke hospital sememangnya teruk. Mungkin itu simptomnya. Aku memang tak dapat terima. Tapi itu hanya expectation awal. So, sample darah dan kahak abah terpaksa diambil lagi untuk ujian makmal. Beberapa hari ditempatkan di wad pesakit biasa. Sekali lagi abah dipindahkan lagi ke bilik khas. 1st class room. Masa ni kami hanya berfikir negatif, mungkin tahap kesihatan semakin teruk. Aku dan adik aku tidak puashati, kami bertanya pada nurse. Rupanya abah dipindahkan ke bilik 1st class kerana abah ada GL, abah kakitangan kerajaan. Lega rasanya. Doktor kata tahap kesihatan semakin baik dan tidak perlu dibimbangkan tapi doktor pesan kena berjaga-jaga. Bila lihat abah semakin sihat, ceria, bersemangat balik kitorang gembira sangat. Suka tengok abah berselera makan balik, bergurau seperti biasa. Itulah abah. 4 April 2013 genap 15hari abah di hospital akhirnya abah dibenarkan balik. Seronok lihat abah, tak sabar pulang ke rumah. rindu katanya dengan anak-anak, rumah, pokok bunga, rakan kerja. Masa ni keputusan sama ada kanser ataupun tidak disahkan lagi kerana abah perlu menjalani CT-Thorex. Pada 29 April 2013, ct-thorex telah dijalankan. Syukur pada Allah doktor sahkan abah bebas kanser. Alhamdulilah abah aku semakin sihat, sihat seperti sedia kala. Selepas ni hanya rawatan susulan sahaja perlu dilakukan. Kencing manis abah perlu dikawal dan langkah berjaga-jaga perlu dibuat.

Sungguhlah sakit itu ujian Allah untuk hambanya. 
Redhalah dengan sakit itu. 
sesungguhnya sakit itu merupakan salah satu jalan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa hambanya.

Info:
Surah Yassin mengandungi manfaat kepada pembacanya.
Bacaan Yassin mampu menghindari penderitaan di dunia dan di akhirat kelak.
 Dengan izin Allah, sakit atau penderitaan yang ditanggung dapat dipulihkan atau dikurangkan. Wallahu'alam. 

Sekian
Jumpa dinext entry
Salam

No comments:

Post a Comment