Saturday 15 June 2013

TRADISI JAWA|NASI AMBENG

Assalammualaikum

Siapa orang jawa at here???
*angkat tangan please*


Dah! takmo ngaku takpe. Biar aku ngaku sendiri. It's me orang jawa tapi jawa durhaka sebab ora reti ngomong jowo.kihkihhh3. Bila ditanya apakah keunikan yang ada dalam masyarakat jawa, tentulah banyak, sama ada dari segi adat resam, kepercayaan juga makanannya. aku nak tepek sikit pasal makanan tradisi jawa ni kat tapak blog aku. aku cerita yang pemes jela iaitu Nasi Ambeng! yummy!!sebut je pun dah terliur dah. owh..my pebret tu. 

Untuk pengetahuan korang especially bukan orang jawa, Nasi ambeng ni merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat jawa. Pada kebiasaannya Nasi Ambeng  akan dihidangkan jika ada kenduri, tak kiralah majlis yassin ke, kenduri arwah, cukur jambul etc. Sebenarnya Nasi Ambeng ni hanya nasi putih saja tetapi dihidangkan dengan beberapa lauk paukbtradisi orang jawa yang lain. Kalau masa kenduri, Nasi Ambeng akan dihidangkan pada last majlis. Apa yang uniknya, Nasi Ambeng tersebut menggunakan dulang/talam dalam cara penghidangannya. Dulang/talam tersebut akan dilapikkan dengan daun pisang *kini orang pakai plastik pakai buang sudah*. Setelah itu, barulah diletakkan nasi dan lauk pauk yang lain. 

Cara penyediaan Nasi Ambeng agak rumit juga bagi orang yang tak biasa coz terpaksa masak beberapa lauk pauk, *mesti berpeluh, sehari suntuk ngadap masakan. Selalunya Nasi ambeng dihidangkan dengan Nasi putih, ayam merah or ayam kicap ke and etc lerr, sambal goreng, urap, mee/mihun goreng, sayur goreng (kacang, kobis etc) serunding, dan ikan kering. kalau begini baru boleh dikategorikan menu lengkap Nasi Ambeng, tapi ikot kemampuan ongkos dan tenaga korangla senang cerita.

Masa makan, Nasi ambeng tersebut haruslah dicampurkan, jangan pulak korang makan satu persatu lauk tu. Kebiasaan yang aku tengok, kalau orang yang tak biasa makan nasi ambeng ni akan makan mee/mihun goreng tersebut secara asing dengan nasi. depa dok kata pelik nasi makan sekali dengan mee. jangan silap ye kawan-kawan, begitulah konsep makan Nasi ambeng campur gaulkan sekali segala lauk yang ada, baru mabeles. Jika masa kenduri, nasi ambeng tersebut hanya dimakan sedikit oleh tetamu kemudian selebihnya akan dibungkus untuk di bawak balik. Pada kebiasaannya, satu dulang/talam akan dihidangkan kepada 4/5 orang tetamu. Syok weh, makan sama-sama dalam satu dulang/talam.

Seperti gambar di bawah:
see
Nasi ambeng dan beberapa kudapan

Gambar di atas merupakan gambar yang diambil masa kenduri arwah Wak Ban (pak cik aku). kenduri arwah genap 100hari. Big family aku masih mempertahankan keunikkan makanan tradisi jawa yang satu ni kalau korang nak tau. tiap kali jika ada kenduri, menu Nasi Ambeng akan jadi pilihan yang berbeza hanya lauk utama sama ada lauk kicap ke, masak merah etc. Kalau rajin ada menu penambahan iaitu sambal goreng singapore..memang sedap wehh. Nasi ambeng tersebut juga dihidangkan dengan beberapa kudapan kuih muih dan buah-buah yang lain. Amalan big family aku, kalau nak jamu tetamu biar betul-betul, bagi puas orang makan. melantak lerr ampa sesungguhnya faktor duit tak jadi risau sebab dah ada dana khas family. 

p/s: Pada yang tak pernah makan dan tak biasa makan nasi ambeng, try-tryla dan biasakan cuba. belajar tradisi orang sesekali, tak rugi pun, terisi perot adalah. Janji sedap! Lapo sungguh tengok gambo.

No comments:

Post a Comment