Wednesday 4 February 2015

WORDLESS WEDNESDAY #2

Assalammualaikum

tak tau ape name sebenar menatang ni
menu thailand dekat Alissara Thai Cuisine Puchong
telor. dalam dia macam ada sayur sayur
RM10
rasa sedap bangetttt!!pergi sini boleh cuba
aku makan sini mostly aku tengok sume meja ade order menu ni

WORDLESS WEDNESDAY #1

Assalammualaikum

Pisang goreng cheese Puchong Perdana 
RM 6
ada jugak pilihan lain, coklat cheese. 
pernah try dua dua. tapi tekak aku lebih suka pisang goreng cheese macam ni je.
setakat ni tak pernah lagi aku tengok orang beli lengang. 
mesti kena beratur punya.

Monday 2 February 2015

DIY : TUTORIAL LIPAT STOKIN

Assalammualaikum

Sebelum ni aku lipat stokin main belasah je. gulung gulung. lipat ke dalam dan campakkkk! taunya nak senang. nak cepat. lepas tu makan space pulaknya. even bekas tu besar masih tak cukup ruang  lagi. then mulalah aksi garu garu kepalenya macam ada kutu disebalik rambut. damn! sekali jumpa teknik berkesan lipat stokin. pratikkan dan tiba tiba berjaya buat. cuba lagi cuba lagi menjadi lagi. 

rupanya nak lipat stokin pun kena ada teknik. ingat jawab kertas kejuruteraan nak lukis perspektif je ada teknik. lipat stokin pun kena ada skill yang betul. kalau tak result haruu dan mendukacitakan. nangis disebalik pintu pulakk kerana terlalu kiciwaaa. jadinya aku dengan sukacitanya nak share tutorial lipat stokin. tutorial bergambar. malas nak terang lebar lebar. penat jari jemari nak taippp. aci tak? nak tengok tutorial ni sila hamik stokin siap siap. sebakul pun tak pe.


senang dan simple. sila lihat dengan hati yang penuh ikhlas. inshaaAllah akan diberi kepahaman yang mendalam semudah satu dua tiga. grrr!
lihat gambar di atas. dan cuba bandingkan. ketara sangat perbezaannya. lepas ni nak tambah koleksi stokin pon boleh. dah tak payah ajak si suami pergi Komonoya semata mata nak beli bekas RM5 ni. haha. selamat mencuba :)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PRODUK REVIEW
-----------------------------
MALISH LIFESTYLE@SNOW BEAR
----------------------------------------------------------------------------

Korang aku ada jual breastpump. harga??aku bagi harga kaww kaww murah! harga kasih sayang!giler murahh ahhh! dapat 5freegift lagi. serius! hasil pasti meriah.breastpump terbaik! tak sakit! sedutan macam sedutan baby je rasa.
berminat order sila:
klik pm facebook 
atau 
wassup kod kupon "LIFE" ke 019-3050486

Cepat!cepat! rebut peluang. barang panas!! GILER MURAH! promosi harga hebat sampai 10 FEBRUARI 2015!!

Friday 30 January 2015

ADAM 149 HARI

Assalammualaikum

Dah 149hari dah umur kamu hari ni sayang. esok genap 150hari. kenapa cepat sangat tua!ehhh!pehal kejam sangat bahasa ibu tu. tukar! kenapa cepat sangat kamu besar sayang!!kenapa?kenapa??
learn vowel maybe
warm up in the moning. learn to march maybe :)
 belly crawl. ohh. my sonn. 

serius, my baby makes love stronger, the days shorter, the nite longer, saving smaller, and a home serius  happier. muahciked. ibu love u Adam more than anything. u are my sunshine :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PRODUK REVIEW
-----------------------------
MALISH LIFESTYLE@SNOW BEAR
----------------------------------------------------------------------------

Korang aku ada jual breastpump. harga??aku bagi harga kaww kaww murah! harga kasih sayang!giler murahh ahhh! dapat 5freegift lagi. serius! hasil pasti meriah.breastpump terbaik! tak sakit! sedutan macam sedutan baby je rasa.

berminat order sila:
klik pm facebook 
atau 
wassup kod kupon "LIFE" ke 019-3050486

Cepat!cepat! rebut peluang. barang panas!! GILER MURAH! promosi harga hebat sampai 10 FEBRUARI 2015!!

Thursday 29 January 2015

DCA BATAL SIDANG MEDIA KHAS MH370

Assalammualaikum

PENGUMUMAN MEDIA


#TERKINI KENYATAAN MEDIA

DCA batal sidang media khas MH370

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.
Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri waris
Ketika mengumumkan pembatalan itu, jurucakap DCA memberitahu sidang media baharu akan diumumkan kelak dengan hanya memaklumkan ia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
----------
hohooo..berlari lari anak bukak tibi 9. sekali yang keluar catdoggggg! serammm pulak nak dengar pengumuman berita terkini pasal MH370 ni. takuttt drama aiyaq mata lagi. feeling nebess. T_T

RESEPI | PUDING KOKTAIL

Assalammualaikum


: Bahan bahan puding kastard :
5 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar susu pekat manis
air

: cara cara :
1. masukkan tepung kastard dalam periuk dan bancuh bersama air.
2. setelah tepung kastard larut dalam air, masakkan dengan api yang sederhana.
pastikan tidak berketul.
3. kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau
4. masakkan kesemua bahan tadi sehingga pekat
5. setelah pekat, matikan api dan masukkan kedalam mangkok acuan.
6. then, sejukkan. setelah tiada wap lagi bolehlah disejukkan kedalam freezer pula.

: Bahan bahan kuah koktail :
1 kotak susu HL
1 tin buah buahan campuran 
1 cawan susu pekat
5 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
5 cawan air 

: cara cara :
1. masukkan susu HL dalam periuk dan air. buka api dan masak dengan darjah kepanasan yang sederhana. perlahan pun takpe.
2. kemudian masukkan susu pekat, gula. kacau dan masakkan sehingga gula larut.
3. masukkan pula tepung kastard supaya kuah koktail kekuningan cantik.
4. akhir sekali buah buahan campuran. masak dan boleh matikan api.

kemudian bolehlah disajikan puding koktail tadi dengan air batu. potong kasik comel dan bolah dicampurkan dengan kuah koktail. 

* sukatan susu pekat dan gula terpulang masing masing. kalau nak manis tambahkan kuantiti dan sebaliknya. 
* kuah koktail memang agak manis sedikit sebab nak campurkan dengan air batu.
* selalu orang buat pakai susu cair hok dalam tin tu. aku saja tukar resepi pakai susu HL.
*pastikan api jangan terlalu kuat kang takot obedoss pecah susu pulakkk! pecah susu??grrr T_T
*sangat nyamannn dimakan ketika cuaca panasss!

selamat mencuba. sekian :)

RESEPI | AYAM GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum

Last weekend, kami suami isteri sempat buat homecoming gathering hi-tea siblings side suami aku. main menu nasi lemak ayam goreng berempah. ada juga menu lain seperti puding cocktail request dari suami aku. kek pisang dan cookies. semuanya homemade. aku? feeling tired T__T 

Lepas gathering badan rasa penat. demam datang balik selama dua hari. kepenatan agaknya. memasak ditambah lagi dengan berkejaran uruskan baby kecik. juga baby besar. hehe. tak payahlah cerita panjang panjang. kita tengok resepi je ye :)


: Bahan bahan :
seekor ayam potong
1 sudu besar serbuk kari 
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
daun kari
garam
minyak untuk menggoreng

: Bahan kisar :
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
3 batang serai
sebesar ibu jari halia

: cara cara :
1. masukkan ayam kedalam mangkuk. (tu pun nak inform T__T). 
2. masukkan bahan kisar.
3. kemudian masukkan pula serbuk kari, serbuk kunyit, tepung jagung, dan daun kari.
4. then perasakan dengan garam.
5. setelah itu gaulkan semua bahan tadi. salut kesemua ayam.
6. perapkan semalam didalam peti ais. untuk dapatkan rasa yang lebih dasyat.
7. akhir sekali goreng ayam tersebut.

* sukatan bahan bahan boleh juga diubah ikot selera kome (owh.perakian sangat ni)
* lg banyak serai dan halia lagi mantopp rasa.
* boleh juga diperasakan dengan madu, gula dan bahan perasa lain seperti perencah sedap.

selamat mencuba. InshaaAllah..pasti sedap. hehe terkompiden pulakk :)