Showing posts with label VACATION. Show all posts
Showing posts with label VACATION. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

1st TIME MAKAN DEKAT SABA RESTAURANT CYBERJAYA

Assalammualaikum

Malam tadi kitorang anak beranak gerak pergi Cyberjaya. dekat je dari Puchong ni.
Tak plan ke mana pun malam tu sebab memasing dah keletihan pergi bawak Adam cekup bulanan petang tu. aku pun dok sibuk busy dekat opis kecik. masak siap-siap bekal En. Ramdzan untuk hari ni dan sibuk bermixer nak layan tekak buat tiramisu. 
dah siap tiramisu. bukak wasup, tok abah Adam update gambar. ada dekat Cyberjaya. outstation. apa lagi cepat cepat call tok abah Adam. on the spott lepas call. 
siap siap kemas dapur, solat semua. berdezzuppp kitorang gerak ke Cyberjaya. 

Sampai saja tempat stay tok abah Adam dekat Tune Hotel. Tok abah Adam ajak cek in bilik dulu. lepak lepak. Tok abah Adam nak main dengan Adam. 
Tengoklah seketol Adam dengan tok abah dia. 


Bukan main manja lagi. seronoklah tok abah Adam dapat jumpa Adam. 
sembang sembang gelak gelak.hihi

Lama jugak lepak lepak dalam bilik. Dalam pukul 10pm kitorang baru turun lepak dekat kedai makan. Depan hotel tu tak banyak pilihan kedai makan pun. ada dua buah kedai saja tak silap. satu mamak satu lagi Saba Restaurant. Plan nak makan dekat mamak. tapi kaki dan bontot bergerak di bawah minda sedar agaknya. tu melekat dekat Saba ni.

sebelum ni pernah dengar ja restaurant ni. lagi pun aku bukan minat makan makanan arab ni. so tak adalah beria nak makan dekat situ. masuk saja dalam kedai makan ni. 
serius full ok! full! 
boleh tahan selera orang Malaysia ni.  
sebab memang ramai orang exp melayu makan sini. bersilih ganti. 
eehh!sedap sangat ke?

Dekat Saba Restaurant ni ada dua choice. sama ada nak makan dekat dalam or dekat luar yang tak berbumbung. mula mula tu. dah penuh orang. tempat yang kitorang dapat dekat luar. memandangkan i brought a baby kecik ni. waiter tu offer kitorang sit dekat dalam. kebetulan ada customer baru je gerak bangun. dapatlah duduk dalam. 
lagi pun dekat luar budak budak muda ramai isap syisha. 
jadi macam tak bestlah kan dengan asap asap bagai.

Masa ni Adam dok bantai tido. jadi gilir gilir peganglah.
Tok abah Adam tak makan. sebab baru lepas makan katanya sebelum maghrib. 
so, kami laki bini saja yang makan. En.Ramdzan memang pantang nampak lamb. jadi dia dok bantai order kabsah lamb. banyak lagi menu selection dekat Saba ni. 
berdasarkan pemerhatian orang keliling aku dapati memang the biggest portionlah tengok pinggan pinggan dorang. aku laki bini decide share berdua je. 
then. order french fries and falafel sandwich. 
tengok portion nasi lamb kabsah ni beso kan??? sorang makan tu tau. nasib order untuk sorang. kalau tak matilah nakkk nak menghabiskan ni

abaikan model Saba ni

Rasa lamb kabsah  ni nice lah. sedap. serius sedap. kenalah dengan sambal dia. harga pun ok RM17 kalau tak silap. lepas ni boleh pergi lagi memandangkan En ramdzan asek dok menyebot je pagi ni. tapi lain kali aku nak order ayam pulak. 
takmo ikot En Ramdzan punya selera.bhahaha. 

sistem bayar pun pakai kad oooiii jemah!


lepas habis makan sila bawak kad ni ke kaunter untuk tujuan pembayaran. 
tak boleh bawak balik! ok!bhahaha

So the conclusion is makanan tip topp. ada menu yang cepat je licinn. aku memang recommedla bagi peminat makanan arab ni.kebersihan kurang sikit. lagi lagi dining space aku. tak best langsung pemandangan. lepaih tu kat luar ada sampah rokok kat lantai. banyak!meja pun kurang bersih dan kurang tersusun. servis cepatt. makanan cepat sampai. tak payah tunggu lama tapi ikot menulah yang kita order. malam tadi nasi kitorang lagi cepat sampai daripada air. masuk pun terus dilayan. tak perlu terpinga pinga. sibuk susah susah cari meja. dok tawaff kedai. harga boleh tahan. setakat makan untuk beberapa ketol boleh tahanlah. kalau bawak ramai ramai kena saving dululah. maybe bil akan menyamai perbelanjaan stok makan dalam peti aihhh sebulan.mihmihhh.
eehhh!tapi harga milo cold dia mahal la wehh..RM4 tau.cup kecik je.
tp normal le kan kedai makan macam ni

ok..Sape sape pergi Cyberjaya boleh cuba menu arab ni. 
ni alamatnya

4800 suite 0-2, Ground floor block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana Cyberjaya 63000 Selangor.

Monday, 24 November 2014

THROWBACK - HANTARAN KAHWIN

Assalammualaikum


Post ni nak share throwback masa aku nikah dulu. sekadar nak berkongsi pasal hantaran dari pihak aku kepada pihak suami. Setahun satu minggu baru nak buat post dekat blog. mihmih. throwback ni just bergambar saja ya. tak ada jalan story panjang lebor pun.hmm.yeke??kite tengok, kite tengok.haha

Semua barang yang aku bagi En Ramdzan masa nikah murah-murah belaka saja. Pilihan tema biru (tema dekat tempat belah laki aku biru). Dekorasi hantaran yang simple but nice dimata aku. Hantaran ni digubah oleh akak sepupu aku. idea daripada aku. saja cerewet ikot idea aku.haha. Penat tau jalan-jalan dekat pekan Aitam tu. pilih bunga. match-matchkan. akhirnya dapat jugak cari yang berkenan dekat hati aku.

 Layan sajalah gambar dekat bawah ni.


Sirih junjung mesti selalu adakan. Sirih junjung ni bunga dia just fake je. selalu orang buat sirih junjung pakai bunga hidup. tapi aku pakai bunga yang fake je. sebab gubah awal.


Baju ni bagi dekat abang suami. sebab langkah bendul. bunga pun tak cukup. haha. sebat mana yang ada sajalah labu. 


Buku panduan buat suami tercinta.


Jam tangan. jam tangan murah je dari aku. cap casio.



Kasut. Kasut ni masih elok lagi. sebab En. Ramdzan pakai sekali sekala je.



 Baju kemeja. Baju kemeja ni pakai kasual je. baju couple. aku pun ada sepasang. saja beli yang couple. lagi pun masa tu pdi buat less. 


 wallet. tali pinggang dan pen sebatang.


Set minyak wangi. Minyak wangi ni aku yang pilih. sedap bau dia. En. Ramdzan pun suka. Masih ada lagi minyak wangi ni.


Tuala pun i bagi u.


Buah-buahan. asal buah anggur tu tak cukup baja je. macam dah kena curi makan pun ye.haha. beli last minute. macam ni lah dapat.


Kek buah. saja pilih kek yang tak berkrim untuk hantaran nikah ni.


Cupcakes. sedap ok rasa dia. akak ofis abah yang sponser.


 Coklat. Coklat ni pun kirim orang yang pergi Langkawi. dapat murah harga dia.

Ikotkan 11 dulang berbalas 9 dulang. tapi pihak aku bagi lebih 13 dulang. sebab ada penambahan kain bagi pada abang En. Ramdzan. jadi 12 dulang. jadi makbapak aku suruh ganjilkan jadi 13 dulang. tu yang bagi cupcakes sebagai tambahan. sebab kena ganjilkan tu aku tak tahu. aku main belasah dengar kata makbapak aku.

Barang-barang gubahan hantara macam bunga, reben, dll tu aku beli dekat Pekan Ayer Hitam je. Pekan Ayer Hitam ni macam tempat shopping barang kahwin dekat Nilai.Banyak pilihan. memang rambang mata sangat. ramai yang belanja barang gubahan dekat sini. dari negeri lain pun ada. dorang datang berpusu pusu, shopping sini. bestla. jadi aku suggest korang yang nak shopping barang gubahan hantaran dekat Aitam ni dekat :

1) PISB
2) Ah Soon 
3) AS Highway

Ada kedai yang siap sediakan servis gubah hantaran. boleh pick up dalam berapa jam je yangready made pun ada. so,ybe post aku yang ni boleh membantu korang yang nak jadi bride-to-be tu, cari idea macam mana nak gubah hantaran yang simple but nice dan dekat mana tempat nak shopping barang kahwin. ok selamat ya korang ;p sory terbebel panjang.

Thursday, 2 May 2013

KAMI DI ZENXIN

Assalammualaikum

*Hipp-hipp HOorey*

Gembiranya si pemilik blog ini ye. Hmm..mana ketidaknya planning yang sekian lama iaitu dari zaman persekolahan akhirnya berjaya dicapai. 

Kami berjaya ke Zenxin.

 Zenxin.
Korang pernah dengar Zenxin Organic Park?
Nama tempat macam berada di Beijing ek tapi sebenarnya Zenxin ni dalam Malaysia saja. Actually Zenxin merupakan suatu Agri-Organic place and did founded in 2001. 
Matlamat penubuhan Zenxin ni sebenarnya untuk provide affordable organic. 
So Zenxin able to provide produk organic yang segar dan mampu menghasilkan baja organic sendiri. So persen untuk menghasilkan produk yang betul-betul organic tinggi ya kawan-kawan. Antara produk yang dihasilkan adalah tanaman sayur-sayuran.
 Zenxin juga telah berjaya menjadi pembekal sayur-mayur di pasaraya utama seperti Giant, Jaya Jusco etc.
Untuk pengetahuan korang Zenxin pernah dapat awarded daripada MAHA okey in vegetables category.

Di atas merupakan matlamat utama Zenxin ni dibangunkan. 
Tapi tauke Zenxin ni bijak. Tuan tauke telah berjaya luaskan perniagaan yang dijalankan dengan menjadikan Zenxin sebagai suatu location pelancongan in categori pertanian.
Pelancongan pertanian bukan lagi suatu yang baru ya kawan-kawan. 
Di Malaysia ni sudah banyak actually tempat perlancongan berasaskan pertanian ni. 
Tapi kalau korang hendak makan dragon fruit sepuas-puasnya Zenxin adalah tempat yang dibest okey. 
Korang hendak makan berasaskan dragon fruit pun ada and very important is variety.

Dari zaman persekolahan, aku dan geng sekolah aku planning hendak ke sini tapi at last pada tahun 2013 iainya menjadi kenyataan. 
haha
Kenyataan okey bukan lagi mainan mimpi aku.

Contact Detail Zenxin:

Address
No 8 Jalan teknologi Utama
Taman Perindustrian Mengkibol
86000 Kluang Johor

Tel: +6077728199

What interesting can to do in Zenxin?

1. Mengelilingi Zenxin
Terpulang pada korang sama ada korang hendak berjalan atau berbasikal.
Tapi aku nasihatkan korang better berbasikal.
Rated:
Walked : RM 10
Cycling : RM12

*tapi bagi penduduk setempat like me yang tinggal berdekatan dengan Zenxin will get discount 20%

so bayaran yang aku kena :
RM9.60
*mahal actually*
so korang boleh pilih mana-mana basikal yang korang suka. 
Tempoh masa hanya 2jam sahaja.

After cycling akan dapat sebotol air daun rasberi, diulangi air daun rasberi bukan buah rasberi ya kawan-kawan. Sekali minum pening kepala aku tidak boleh masuk tekak ooi.

berbasikal seperti gambar di bawah



basikal tidaklah secanggih mana pun ya, if korang hendak yang canggih2 better bawak siap2 dari rumah. When u select untuk cycling, korang mesti build stamina siap2. Because u all will going through area yang berbukit. so aksi kayuhan yang memerlukan more energy akan berlaku. serius mesti semput. jangan jadi seperti aku dan member terpaksa menolak basikal tu sampai ke puncak nun. Then bekalan air mineral jangan lupa di bawa sekali semasa cycling. Jika tidak akan kehausanla anda lebih-lebih lagi di waktu panas terik yang memuncak.
Pihak Zenxin tidak menyediakan service tu okey.
miahaha

2. Masuk rumah cendawan, lihat garden like rasberi, herbs garden, dragon fruit, sayur dan mayur organic, bunga-bungaan etc 
zura with sham in mushroom house

3. Lepak dipondok-pondok sekitar Zenxin

seperti di bawah ini


4. Masuk kandang rabbit, ayam serama, burung etc

seperti kami lakukan. Sila lihat gambar di bawah

see
rabbit

azza with rabbit

 kami

5. Makan-makan seperti makanan berasaskan dragon fruit, steambot pun ada ya.
6. Perkhidmatan archery pun ada.

So 
bila korang sampai di Kluang JOhor tidak tahu arah tujuan korang, korang boleh pergi ke Zenxin ni.
 Di Zenxin ni juga ada service jualan sayur-sayuran and souvenirs.

Okey itu dulu saya bercerita
Jumpa di next entry

Salam

Sunday, 28 April 2013

BERTESIS SAMBIL MAKAN ANGIN

Assalammualaikum

Pepatah Inggeris ada menyebut.
" Behind every successful person is a dream. Behind those dreams is reality. 
Never stop dreaming of success"

Makanya tidak perlu aku berhenti bermimpi untuk berjaya. 
begitu semangat ye memulakan untuk update entry kali ni.

so
Entry ni sudah lama berlaku iaitu pada tahun lepas. 
Masa zaman aku bertesis tahun lepas, aku berkesempatan ke Cameron Hinglands.
 Sebabnya lokasi kajian yang aku pilih adalah tanah runtuh yang berlaku di Sg. Ruil CH. 
Then ini bukan my 1st time ke situ tapi 2nd time.
 1st aku pergi vacation bersama keluarga aku. 
Dalam sibuk mencari responden aku dan geng tesis aku mencuri peluang ni untuk vacation sekali. 
*menyelam sambil telan airla kitorang*
Kebetulan masa tu memang cuti sem. Kitorang tak balik bercuti makanya itu makan dia..hahaha.
Seronok woo. Kawan aku Huda lagi teruja coz it's 1st time for her. 
Aku pergi bertiga, Huda, Lim dan aku,

Jom layan gambar.

Kitorang menginap dekat hotel ni Hotel Chua Gin.
Hotel budget saja. Siap-siap booking online sebelum pergi. Kitorang booking dekat booking.com.

the link:

 Senang cerita, sampai sana saja tidak perlu sibuk cari tempat tidur.
 *so clever*
 Kitorang booking two room. 
Takkanlah si Lim tu hendak share bilik sekali dengan kitorangkan.
 Nauzubillah.


Kitorang pilih standard room. Kitorang bertuah coz dapat room dekat new building. So, semua perabot pun barula ye. Tapi jauh sikit ke belakang daripada lobi utama hotel. Tidak mengapalakan kena jalan sikit, janji selesa. Bilik kitorang booking tu berdepan je dengan bilik Lim, so senangkan kerja kalau hendak berurusan dengan dia. Maklumlah datang sini pun disebabkan tugaskan. Bilik kitorang siap ada TV, aircond tiada tapi cukup sejuk dah. Memang selesa.

Kalau korang berminat aku sertakan sekali contact detail okey

Hotel Chua Gin
11, Main Road Brinchang 39100 Cameron Hinglands,
Pahang Darul Makmur Malaysia

Tel: 05-4911801 Fax: 05-4912782

Kalau korang hendak senang kerja cari hotel ni, hotel ni dekat saja dengan night market okey.

Malam 1st kitorang sudah jalan. Destinasi utama cari makan. Kebuluqq perOt weh.

Sebelum makanan sampai kita capture gambar dulu..hihi

Tuan blog dan Huda

Makanan sampai!!
*suka my tummy tengok*


Kitorang order makanan pun bajet juga ye.
Tapi sekali bayar amik.
mahal okey.
terkejut aku harganya dekat RM30
Semua ni kitorang order untuk seorang makan, nasi sajalah order dua pinggan. 
Kalau order untuk dua orang makan boleh terima lagi aku harga dia tu.
Benda pun sudah masuk perotkan, redha sajalah. 

Lepas isi perut kenyang-kenyang kitorang gerak jalan-jalan sekitar hotel. 
Masuk kedai souvenirs. 

Seronok Huda



 Lastly Huda dapat catch something yang dia berkenan. 
Aku saja still tiada yang berkenan di hati.

Keesokan harinya lepas settle cari responden, kitorang berjalan lagi

di Cactus Valley.
Masa ni aku dapat sambar beberapa kaktus. Cantik. Sangat cantik dijadikan hiasan di atas meja.

Cantik

 Ulat jadian

sempat makan. makanan berasaskan strawberi. mak oOi..masam.

 colourful. ada dijual di hadapan cactus valley

Huda sibuk memilih jeruk untuk dibawa balik

strawberi. wajib dihangkut balik ni.

bunga-bungaan. hias dibilik cantik ni.

pilih topi.

Selama 4hari 3 malam di sini
berangkut balikla kita. 
Kerja pun sudah habis, dengan duit-duit sekali habis.
Baliklah..balik. Menepis duit oii.

Okey itu dulu,

Jumpa di next entry

Salam

Saturday, 27 April 2013

PIJAK PUNCAK BROGA HILL

Assalammualaikum


Woot~woot
morning uolls

Amboi, pagi-pagi sudah busy depan laptop ea.
Kalau tidak membusykan diri pagi-pagi depan laptop ni tidak berupdatela jawabnya tapak blog ni ek.

Tolak tepi kanan dan kiri pasal kerja rumah ye. Ambil masa sedikit berlenggang kaki, melincahkan jari-jemari menaip entry di pagi hari uolls.

* mood in woot~woot*
apa ketidakpeliknya mood tu in the morning

orait..back to story yang besar nun di atas tu, aku sudah berjaya memijak puncak Broga.
*Yeah*

Bila alkisahnya ni?
wakakakah
sudah lama uolls. tahun lepas kot. basi yang amat ini. 
 
cerita basi ye uolls, lama aku peram the story ni. 

Korang hendak tau kenapa aku excited sangat hendak share kisah ni di tapak blog aku?
Coz aku sudah lama kot pendam hasrat untuk ke Broga ni, sejak aku 1st year di UKM. 
Kalau budak-budak di UKM, UKM Bangi la ye, them siap kata kot bila jadi budak UKM lokasi wajib diterjah Broga dan 2nd Genting Hinglands. Cuba korang tanya budak UKM pernah tak dorang pergi dua lokasi ni.
Bab menuju ke Genting Hinghlands aku pasrahlah, tidak pergi pun tidak mengapa.
 Sebabnya aku memang tidak suka tempat macam tu, main-main binatang yang tinggi memeningkan kepala aku. 
Lastly aku flattt. 
Makanya ke Brogala kita.

*chicken dance*

Aku ke Broga bersama geng Rakan Muda UKM, 
ada chancekan so apa lagi, kita grab sudahnya.
 Aku berdua dengan member baik aku di UKM, Si Ain panggilannya. 
Kitorang gerak dari UKM pagi buta kot, sebelum subuh lagi dengan binatang berkaki empat iaitu shuttle UKM. 

time dalam shuttle bergerak ke nun lokasi. 
*nampak keadaan still gelap lagi kan.

Sebelum sampai di lokasi, 
kami sempat berhenti sekejap di masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh.
Ambil masa lama kot time cari masjid ni, pak cik drebar bas tu pusing-pusing mencari.
Sudahnya dekat area hendak ke Broga tu majoriti masyarakat cina.
Untuk memudahkan kerja pencarian masjid tu, kami tanyalah pada orang awam area situ. *bukan kami semua ye pergi bertanya, wakil ajk je*

sudah dekat kawasan tu majoriti masyarakatnya cina, so cina jugaklah yang kami dapat menanyakan lokasi masjid berdekatan.

Korang tau tak apa kitorang jumpa?

lokasi map yang diberikan uncle cina tu sebenarnya tokong cina!

again!

TOKONG CINA uolls kami temui
*cetttt u uncle

apa-apa pun terima kasih tidak terhinggalah
sudahlah map yang diberikan tu susah kot, naik bukit, pusing sana, pusing sini, tidak cukup dengan tu laluan pun kecik je. 
sabar jela.

Apa-apa pun lastly kami jumpa juga masjid dan dapat tunaikan solat subuh.

The 1st plan we all will start climb dalam pukul 5.30 am. 
Excitednya hendak melihat matahari terbit.
Memandangkan banyak pula cekadaknya, agak lewat kami memulakan pendakian ke puncak Broga Hill tu.

Tepat jam 7.15 am kami memulakan pendakian.


see
1.7 km
*aku just panjat Bukit Broga je ye, Gunung Tok Wan tidak lagi*

Masa ni semangat sangat.
Almaklumlah sudah lamanya aku tidak junggle traking.
Hendaknya perasaan excited tu berkobar-kobar.

Kami budak excited. Aku dan member baik aku, Ain.

sebelum sampai puncak, siap stay dulu, legakan urat kaki yang tegang
refuel tenaga, semangat untuk sampai ke puncak. Minum-minum apa yang patot.

siap posing lagi tu dengan banner. tengah tu berbaju hujau merupakan penasihat rakan muda Ukm.

ini merupakan budak yang paling excited tu ye.
nampak? muka sudah ada penat ya. 
penat tidak mematahkan perasaan semangat aku untuk teruskan pendakian
*ewaah..ayat tidak boleh menahan*

Untuk makluman korang kami ke sini bukan semata-mata untuk bersuka ria sahaja ya.
 tapi 
kami ke sini membawa misi. 
misi kami ke sini sebenarnya untuk membersihkan Broga. 
Volunteers ya.
Broga Hill ni kan popular dahkan. Ramai saja yang datang untuk takluk puncak tu. Maka dengan itu, bila sudah ramai yang berkunjung tempat yang semulajadi, tempat bersih ini sudah tercemar. Banyak sampah sarap yang memenuhi ruang bukit tu. 
So ini as one inisiatiflah untuk memulihkan balik keadaan bukit tersebut. 
congratlah pada krew SRM, Ukm coz create one solution ni. 

*Posing sebentarla kita*
tomatomin..yeahh!!

Nampak benda hitam tu?itulah garbage plastic. So jelas ye misi tu. 
Semangat kot aku menghangkut sampah tu turun bawah. 
Banyak okey sampah like botol plastic, sampah makanan ringan, tin-tin kosong etc. 
Rupanya depa siap masak-masak dekat Broga ni. 
Aku dapat tangkap tin sardin, buktilah tu kan. 
Tapi hendak masak di situ pun sampah janganlah buang merata, bawaklah turun sampah tu. haisshh.
Nasib baik SRM Ukm ada sifat bertanggungjawab. 
*Puji lagi. kembang semangkok lerr ampa ye. 

Tidak pasal aku jadi majlis bandaran. 
uisshh..ungkit. hilang pahala weh.

masa aku dok sibuk memungut sampah-sampah yang ada disekeliling, have one guys berbangsa cina yang tegur. siap berkata tu;

 chinese guys said: 
"Wahh! amoi u banyak bagos,responsible human. thank you haa". 
(senyum sambil buat thumb up)

time ni aku terpingga sebab ditegur, juz sempat senyum dan tunjuk jugak thumb up pada chinese guys tu. 
hehh~ ;D

Misi memanjat diteruskan lagi.

 Gigih tu memanjat. 
Walau apa jua cabaran aku tetap teruskan
*aiwahh..blinkk!blinkk!*

AND 
LASTLY!!
*tadaa*

kami sampai jugak di puncak Broga tu.
*Seronok*

Akhirnya berjaya juga ditawan walaupun hanya 1.7km. 
Dalam setengah jam berposing, berehat, misi seterusnya turun balik. 
huargghh!!
bila sudah berjaya naik ke atas, malas pula turun bawah. 
Sudahnya takkan hendak menetap kat puncak tu haa????

Owh tuan putera yang baik hati sila bawa tuan hamba ke bawah. Masa ni aku bayangkan alangkah seronoknya kalau ada helikopter ke, lif ke, escalator etc. 

Boleh macam tu?
pandai naik, pandai turunlah ek.
 
Okey..apa-apa pun misi program berjaya. Kami berjaya bawa turun badan kami sendiri dan sampah-sampah. sampah-sampah tu walaupun tidak semua sedikit pun sudah memadai sebenarnya.

Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ke Sungai Tekala, kami makan-makan dulu. 
isi cik tummy yang kelaparan tu.
 Makan duduk bersila saja di tanah tu.

Betol-betol kebuluq weh aku masa tu. Makan pun tidak pandang-pandang dah kiri kanan. Lauk apa pun aku bedal. Masa makan ni pun sabar saja, mana ketidaknya makan pakai sudu plastik. tau berjoget je sudu tu kanan kiri, kanan kiri tidak cukup dengan tu berjoget pula ke depan ke belakang. last patah, pakai tangan sajalah aku makan. lagi syokk.

Sementara tunggu shuttle sampai kami sempat main game untuk mengisi masa dan untuk menghilangkan perasaan kebosanan disebabkan pak cik drebar terlalu lambat untuk sampai.

Maka dengan itu jadilah satu game ni 
biawak-buaya. 
Pernah main tak korang?
wakakakah..enjoy aku. 
kelakar tengok gelagat geng yang lain.

sempoikan?
tapi syokk woo lepak dekat bawah kelapa sawit ni.

Seterusnya kami bergerak ke next station Sungai Tekala untuk mandi-manda. Hilangkan bau busuk badan. Takkanlah hendak pulang Ukm dengan bau busuk. Tidak menahan aku baunya. Maklumlah masa kitorang naik hari tu kebetulan hari sebelumnya hujan. Sampai ke sudahnya tanah tu jadi lembaplah. Berlecak, tapak kasut memang berat dengan tanah sajalah. So, korang dapat imaginkan macam mana bau-bauan tu?

Nasib baik semua selamat.
Tamat misi sudah.

Jumpa di next entry

Salam