Thursday 8 March 2012

HATI YANG KERAS

Assalammualaikum

Pernahkan di antara kita mendengar kenyataan HATI YANG KERAS? Pasti pernahkan. Bagaimana hati seorang manusia menjadi keras? Itu adalah persoalannya. 


Let's watch this video together



Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah telah bersabda:
"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya banyak bercakap selain berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras."
Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi


Kesimpulannya di sini adalah, hati seorang manusia akan menjadi keras apabila dalam hidupnya terlalu memperbanyakkan percakapannya. Percakapan di sini bermaksud, percakapan yang tidak memberi manfaat untuk hidupnya dan masyarakat disekelilingnya. Hal ini demikian kerana, apabila kita sebagai manusia terlalu banyak bercakap perkara yang tidak memberi faedah kepada hidupnya akan mendorong mereka untuk melakukan umpatan, mengata orang, bergosip dan sebagainya. Maka dengan itu, hal tersebut telah mendekatkan diri kita kepada perkara yang membawa dosa. 




Sehubungan dengan itu, di dalam hidup kita, kita digalakkan untuk berzikir kepada Allah. Dengan mengamalkan berzikir kepada Allah dalam amalan seharian kita, sekaligus mendekatkan kita kepada Allah dan sentiasa mengingati kepada Allah s.w.t justeru itu kita takut untuk melakukan dosa seperti mengutuk, mengata, mengumput orang lain yang kita sedia maklum hal tersebut merupakan sesuatu yang membawa dosa sekaligus mendekatkan kita ke api neraka. Nauzubillah. 


Marilah kita sama-sama menjauhi perkara tersebut,kita  manfaatkan hidup kita dengan zikir kepada Allah. Cukup indah hidup ini jika kita penuhi hidup kita dengan amalan yang membawa kebaikan kepada diri kita dan masyarakat sekeliling kita. Mudah-mudahan kita dapat menjadi umat Rasulullah yang berguna.

Wednesday 7 March 2012

JALAN CINTA SYUHADA

Sebuah Kisah Tentang Pengorbanan Cinta Seorang Isteri Solehah:



Wanita itu bernama Aisyah. Wajahnya begitu cantik namun air wudhu sentiasa membasahi wajahnya itu dan membuatkan kecantikan yang dianugerahkan kepadanya nampak semulajadi. Ditambah kelembutan akhlaknya yang dipelajarinya dari kisah-kisah para Radiallahu'anha membuat perilakunya lembut tetapi tidak lemah. Al-qur'an dan Hadits telah menjadi pedoman mutlak baginya semenjak Aisyah duduk di bangku sekolah dan Aisyah sering mengikuti kelas-kelas agama.

Meskipun dia tidak bersekolah di sekolah yang berlatarbelakangkan islam namun pendiriannya terhadap agama yang dianutinya itu begitu kuat sehingga tidak terpengaruh dengan gaya hidup teman-teman sebaya dengannya. Aisyah tidak gemar mempunyai gaya hidup yang bercouple sebelum kahwin. Walaupun ramai di kalangan rakan sebayanya mempengaruhinya untuk bercouple tetpi dia tetap tidak memperdulikan kata-kata rakannya itu. Rakan sebaya sering mengatakan bahawa   wajahnya sudah cantik kalau mempunyai kekasih lagi pakej. Walaupun begitu, Aisyah tetap menghiraukan kata-kata rakan sebayanya itu. Hal ini kerana, Aisyah sentiasa berpegang teguh dengan  janji Allah bahawa,


" wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik ". 


Maka dengan itu, Aisyah berusaha ke arah itu.


Namun apa hendak dikata, kesabarannya membuahkan hasil yang indah. Pada suatu ketika,  datang seorang lelaki tampan dan juga soleh. Lelaki itu bernama Hadi . Pemuda tampan dengan wajah yang berseri kerana selalu membasuhkan wudhu dan sangat menyayangi wanita. Dia adalah teman Aisyah ketika di IPT dahulu. Sudah ditakdirkan jodoh oleh Allah. Dialah pemuda yang dijanjikan Allah buat Aisyah kerana telah yakin akan janji oleh-Nya. Mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Sebagai Isteri, Aisyah tahu akan kewajipan yang harus dilaksanakan sebagai seorang isteri. Dia melayani segala kehendak suami dengan sepenuh hati tanpa ada kata-kata resah dalam setiap lelahnya. Semua itu dilakukan olehnya semata-mata  kerana cintanya pada Allah dan ketaatannya pada suami.

Ketika sang suami berada dalam saat yang sukar dia tetap setia menemani dan menjadi penyemangat Hadi suaminya itu. Dia tetap sabar menerima segala bentuk kekurangan suaminya. Dia tidak pernah berharap sesuatu yang lebih dari suami kerana dia sedar akan keterbatasan suaminya. Hal inilah yang membuat keluarga mereka sangat bahagia.

Pada suatu hari, suaminya Hadi telah dihantar bertugas di bumi Palestin. Saat itu, kesedihan yang teramat sangat menyelubungi diri Aisyah tatkala mendengar suaminya akan berangkat ke negara yang terjajah itu. Entah kenapa air matanya terus mengalir. Namun dia sering menyembunyikannya dari pengetahuan sang suami, Hadi. Sampai pada suatu ketika, sehari sebelum hari di mana Hadi suaminya akan berangkat, Hadi telah mendapatkan Aisyah yang sedang leka mengupas bawang didapur untuk menyiapkan hidangan sarapan pagi Nasi Goreng kesukaan Hadi.

Aisyah tidak dapat memungkiri bahawa sesungguhnya dia takut jika suami yang disayanginya tidak akan kembali lagi apabila pergi nanti. Sang suami yang begitu disayanginya dan menyayanginya dan tidak tegar untuk melihat air mata dipipi sang istri itu pun mengusap airmatanya lalu menegarkannya.


Dia pun menjawab salam sang suami lalu menatapnya hingga jauh. Sang suami pun membalikkan badan lalu menatap isterinya yang masih berada di hadapan pagar rumah. Aisyah  tersenyum mengangguk memastikan pada sang suami bahawa dirinya benar-benar redha sehingga tak ada lagi keraguan dihati suami untuk pergi ke medan juang.

Hampir setiap malam Aisyah sentiasa menangis mengeluh pada Allah mendoakan suaminya yang berada nun jauh di sana. Dia mampu menjaga kehormatan dan harta suaminya. Sungguh Hadi sangat bahagia mendengar berita itu. Apalagi saat isterinya memberitahu khabar berita gembira.

 "suamiku sayang, sekarang Aisyah sedang mengandungkan zuriat abang ."

Sahabat Aisyah, Ana memberikan senyum bahagia saat melihat pancaran kebahagiaan dari wajah Aisyah sahabatnya itu untuk memiliki cahaya mata amanah Allah. Tapi saat itu terdetik rasa kasihan terhadap sahabatnya itu.

"Saya akan pasrah pada Allah Sajalah. Untuk apa memetik kurma yang masih melekat di tangkai, kalau sudah matang kurma itu akan jatuh sendiri." kata Aisyah kepada Ana.

Ana menggangguk dengan penuh air mata. Dia tak kuasa menahan keharuan itu. 

Segala sesuatu yang ada di bumi ini akan kembali pada Allah. Aisyah menangis mengikhlaskan pemergian suaminya itu. Mencuba untuk tetap tegar kerana semua telah digariskan oleh-Nya. Dia akan tetap sabar menghadapi semua ini dan benar-benar meredhai keputusan Allah yang menimpanya tersebut. Dia yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini juga sebuah bukti bahawa cintanya pada Allah lebih besar daripada cintanya terhadap apapun meskipun sesekali sering ada rasa rindu pada suaminya. Lelaki soleh yang dicintainya semata-mata kerana Allah. Hadi telah pulang ke rahmatullah tatkala bertugas di bumi Palestin. Sesungguhnya, Hadi suami Aisyah telah mati syahid di jalan Allah.




 Allah SWT berfirman bermaksud:
Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.
  (al-Nisa’: 34)

PERINGATAN: JAUHI ZINA

Assalammualaikum.



Entry aku kali ini berdiskusi mengenai dosa berzina. Jika dilihat pada zaman sekarang, seluruh pelusuk dunia sibuk mengejar modenisasi dalam kehidupan. Fenomena tersebut sekaligus menyeret pemikiran manusia menjadi moden dalam apa jua tindakannya. Maka dengan itu, muncullah umat yang mempunyai sikap terbuka dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan justeru dengan itu, dengan sikap terbuka tersebut atau 'open minded' menyebabkan segelintir di antara kita melakukan hubungan yang terlarang dengan membelakangkan larangan yang telah termakhtub dalam kitab suci Al-Quran. 




Ya, aku percaya, sebagai manusia yang biasa lagi lemah imannya, kita kadangkala terlalu mengejar nikmat dunia dan tidak peduli dengan dosa noda yang kita kumpul di dunia fana ini. Kita juga lupa tentang seksa azab neraka. Sedarkah kita sebagai manusia kita telah diperdaya oleh dunia pentas ciptaan manusia sendiri sekaligus menyebabkan kita terlupa pada segalanya kerana diri kita terlalu mengikut nafsu semata dan membiarkan syaitan bermaharajalela. Tetapi di mana silapnya?.



Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” 
(Al-Furqaan 25:68)

Akibat berzina:


1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Bertaubat:

Jika ada di antara kita yang telah terpesong ke arah jalan yang gelap ini, maka bertaubatlah dengan perbuatan terkutuk yang telah dilakukan itu.

Allah berfirman:

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
(Al-Furqaan 25:70)

Kasihanilah diri kita sendiri, jauhkanlah diri kita ke lembah zina yang hina ini. 


Teguhkanlah iman dalam diri kami Ya Allah agar kami tidak terlalu ikut mendengar kata nafsu kami. Agar kami mampu menjadi khalifah yang sejati di muka bumi ini Ya Allah.
~Amin~