Tuesday 18 June 2013

RESEPI|CHICKEN CHOP

Assalammualaikum


Bahan-bahannya: seorang makan
2 keping chicken chop segera } digoreng, ikot ampa, panggang pon boleh
*aku pakai segera, nak buat sendiri payah dan leceh jadi guna jalan singkat geledah dekat freezer Giant, Aeon Big BP pun ada*
Segenggam kentang segera }digoreng
*pun geledah peti sejok dekat Giant*
1/2 tin kecil kacang panggang
1/2 biji kentang } dibelah dua dan direbus
*pakai baby potato lagi senang*
2 biji baby carrots }direbus
sedikit brokoli } direbus

**Kesemua bahan, mudah disediakan hanya perlu digoreng dan direbus, yang perlu diberi perhatian adalah sos

Bahan Sos/kuah:
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar } aku pakai fresh milk dutch lady
3@4 sudu besar sos botol blackpepper } ingat sos boto tau, aku pakai life
2 sudu besar kicap } fungsi untuk hitamkan sos
sedikit serbuk blackpepper

Dibantu oleh:
sedikit garam
sedikit gula
*aku guna jalan singkat pakai perencah sedap je, nak guna pati kiub pun boleh takdak hal*

Cara-caranya:
Panaskan kuali, masukkan butter, kemudian tepung jagung dan gaul rata.
Bila sudah berbuih masukkan susu segar dan kacau then masukkan pulak serbuk blackpepper. 
Kemudian masukkan kicap dan sos blackpepper, jangan lupa masukkan sekali garam dan gula @ bahan perasa yang digunakan kemudian kacau sebati dan siapppp!!


*kepekatan kuah bergantung pada selera korang, jadi bila nak pekat kena masak lama sikitla ye.

p/s: sebenarnya aku kurang suka sos blackpepper tapi my homemade ni kena dengan tekak aku. dah sendiri masak, telan sajala. lagi satu lebih sedap sos blackpepper tu uolls boh cendawan butang, shittake pun boleh jugak. selamat mencuba!

RESEPI|SPAGHETTI BOLOGNESE

Assalammualaikum



Bahan-bahannya:

1/3 paket spaghetti  
2 biji bawang holland } dipotong dadu
3 biji bawang putih } dipotong dadu
1 batang lobak merah } dipotong dadu
5 keping daging burger 
* digantikan dengan daging cincang pun boleh*
1 biji tomato } buang biji dan dipotong dadu
250 g tomato puri
2 sudu besar cili boh 
 bebola daging } ikot suka nak boh bape amaun

Dibantu oleh:
sedikit minyak
*diganti dengan butter pun boleh*
sedikit garam
sedikit gula
 *nak boh ajinomoto ke perencah sedap pun boleh, nak boh pati ayam pun okey*

Cara-caranya:
Masukkan minyak, tumis bawang holland, bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan daging burger, bebola daging sehingga kelihatan garing.
* jangan garing sangat, ikot rasa hati tukang masak*
Masukkan lobak merah dan gaul.
Setelah itu masukkan pula tomato puri dan cili boh, gaul sehingga sebati dan kacau rata.
Apabila kuah mendidih masukkan pula tomato dan akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Done!!!
Boleh dihidang untuk seisi keluarga. baby jangan bagi ye, kang ada yang tercekik.

p/s:Aku lebih suka pakai daging burger *apa jenis brand pun tapi aku guna jenama pak ramly* sebabnya lebih sedap rasa kuahnya berbanding pakai daging cincang. sedap je berada di anak tekak. rasa taknak telah ke perot!wakakakah. selamat mencuba resepi ringkas ni ye.

QUOTES TODAY

Assalammualaikum

The quotes today


p/s: so the best way to make your dream come true is to wake up.

Saturday 15 June 2013

TRADISI JAWA|NASI AMBENG

Assalammualaikum

Siapa orang jawa at here???
*angkat tangan please*


Dah! takmo ngaku takpe. Biar aku ngaku sendiri. It's me orang jawa tapi jawa durhaka sebab ora reti ngomong jowo.kihkihhh3. Bila ditanya apakah keunikan yang ada dalam masyarakat jawa, tentulah banyak, sama ada dari segi adat resam, kepercayaan juga makanannya. aku nak tepek sikit pasal makanan tradisi jawa ni kat tapak blog aku. aku cerita yang pemes jela iaitu Nasi Ambeng! yummy!!sebut je pun dah terliur dah. owh..my pebret tu. 

Untuk pengetahuan korang especially bukan orang jawa, Nasi ambeng ni merupakan salah satu makanan tradisi masyarakat jawa. Pada kebiasaannya Nasi Ambeng  akan dihidangkan jika ada kenduri, tak kiralah majlis yassin ke, kenduri arwah, cukur jambul etc. Sebenarnya Nasi Ambeng ni hanya nasi putih saja tetapi dihidangkan dengan beberapa lauk paukbtradisi orang jawa yang lain. Kalau masa kenduri, Nasi Ambeng akan dihidangkan pada last majlis. Apa yang uniknya, Nasi Ambeng tersebut menggunakan dulang/talam dalam cara penghidangannya. Dulang/talam tersebut akan dilapikkan dengan daun pisang *kini orang pakai plastik pakai buang sudah*. Setelah itu, barulah diletakkan nasi dan lauk pauk yang lain. 

Cara penyediaan Nasi Ambeng agak rumit juga bagi orang yang tak biasa coz terpaksa masak beberapa lauk pauk, *mesti berpeluh, sehari suntuk ngadap masakan. Selalunya Nasi ambeng dihidangkan dengan Nasi putih, ayam merah or ayam kicap ke and etc lerr, sambal goreng, urap, mee/mihun goreng, sayur goreng (kacang, kobis etc) serunding, dan ikan kering. kalau begini baru boleh dikategorikan menu lengkap Nasi Ambeng, tapi ikot kemampuan ongkos dan tenaga korangla senang cerita.

Masa makan, Nasi ambeng tersebut haruslah dicampurkan, jangan pulak korang makan satu persatu lauk tu. Kebiasaan yang aku tengok, kalau orang yang tak biasa makan nasi ambeng ni akan makan mee/mihun goreng tersebut secara asing dengan nasi. depa dok kata pelik nasi makan sekali dengan mee. jangan silap ye kawan-kawan, begitulah konsep makan Nasi ambeng campur gaulkan sekali segala lauk yang ada, baru mabeles. Jika masa kenduri, nasi ambeng tersebut hanya dimakan sedikit oleh tetamu kemudian selebihnya akan dibungkus untuk di bawak balik. Pada kebiasaannya, satu dulang/talam akan dihidangkan kepada 4/5 orang tetamu. Syok weh, makan sama-sama dalam satu dulang/talam.

Seperti gambar di bawah:
see
Nasi ambeng dan beberapa kudapan

Gambar di atas merupakan gambar yang diambil masa kenduri arwah Wak Ban (pak cik aku). kenduri arwah genap 100hari. Big family aku masih mempertahankan keunikkan makanan tradisi jawa yang satu ni kalau korang nak tau. tiap kali jika ada kenduri, menu Nasi Ambeng akan jadi pilihan yang berbeza hanya lauk utama sama ada lauk kicap ke, masak merah etc. Kalau rajin ada menu penambahan iaitu sambal goreng singapore..memang sedap wehh. Nasi ambeng tersebut juga dihidangkan dengan beberapa kudapan kuih muih dan buah-buah yang lain. Amalan big family aku, kalau nak jamu tetamu biar betul-betul, bagi puas orang makan. melantak lerr ampa sesungguhnya faktor duit tak jadi risau sebab dah ada dana khas family. 

p/s: Pada yang tak pernah makan dan tak biasa makan nasi ambeng, try-tryla dan biasakan cuba. belajar tradisi orang sesekali, tak rugi pun, terisi perot adalah. Janji sedap! Lapo sungguh tengok gambo.

Thursday 13 June 2013

TIPS | ADAB BERSAMA BUKU



Assalammualaikum

Cuba  korang recall balik ingatan korang, ingatkan  balik, bayangkan macam mana keadaan korang masa baca buku especially masa korang tengah study atau dalam keadaan lain korang baca buku ilmiah, kalau tak paham juga baca buku ala-ala poyo or skema. Ok paham?Cuba korang ingatkan balik. Mesti kabus ingatan korang  ada yang memampangkan aksi korang  berbaring, meniarap, terlentang etc . betol tak?betol tak?betolkan?ok sama macam aku buat. Sangat tak bagus. No good!bhahaha. 
Meh kita study sikit, untuk pengetahuan korang, sebenarnya bila dengan buku pun ada adabnya yang tersendiri, korang ingat nak mencekik(bahasa sopan makan) sajo ada adabnya, dengan buku pun ada beb.  Jangan buat-buat tak percaya pulak korang. Aku sekeh kang. 
Buku tu secara ilusi saja macam tak ada perasaan, tapi sebenarnya buku-buku ni juga memiliki perasaan sensitive macam manusia ni. Tak percaya cuba malam-malam korang dekat kat buku. Mana-mana bukulah korang nak,novel sebenarnya saya isteri dia ke, mangga ke, ujang ke etc. pilihla mana-mana, then jangan lupa pulak  matikan lampu dan pastikan lebih detik 12malam. Korang pasti akan dengar buku tu menangis, mengeluh kepenatan. Sebabnya korang dah gunakan dia seharian, selak buku tu ganas-ganas, sakit tau buku tu. (maaf pengaruh cerita doraemon semeta).
Jadi apa maksudnya, buku pun perlu dibelai dengan sebaiknya dan sikap sopan perlu ada masa kita dengan buku. Ok paham?  Jadi apa kita perlu buat masa dengan buku? Lihat tips bawah ni:

     1) Ambil wuduk.
Seelok-eloknya bila kita nak baca buku kita ambil wuduk atau air sembahyang  (tapi bukan nak pergi sembahnyang tau, ni nak baca buku. kena focus konsep tu). Kita kena ambil wuduk masa nak membaca buku lebih-lebih lagi buku yang mengandungi ayat-ayat al-quran atau hadis (mashaf). Buku ilmiah pun digalakkan. Jadi bila masa baca tu korang tenang saja, dan ilmu yang korang baca mudah melekat dekat kepala otak korang.  Ni jangan pulak ada yang tanya kat aku, nak baca urtv, buku cerita budak getah perlu ambil air sembahyang ke. Aku sekeh korang sorang-sorang nanti. Tapi kalau korang nak ambil jugak digalakkan, dalam Islam pun digalakkan jika umatnya berkeadaan dalam berwuduk selalu.

2) Ambil tangan kanan
Elakkan atau hindari diri kita daripada ambil buku dengan tangan kiri. Maka dengan itu, kita perlu ambil buku dengan menggunakan tangan kanan. Sebabnya tangan kanan sinonim dengan perbuatan-perbuatan yang mulia. Tangan kiri tu tangan yang digunakan untuk mencebok, eeii..jijik maka toksahlah gunakan tangan kiri tu, berbau….;p.
 
3) Jangan diletak dilantai
      Ni aku pernah buat. Study kat bawah, maka jadinya habis buku-buku tu bersepah kat lantai.  Jadi tips yang ketiga ni nak beritahu sebaik-baiknya gunakan meja, rehal, bantal etc untuk dijadikan alas buku, kitab mashaf diutamakan.  Oleh itu, jangan diletakkan buku tu direct ke atas lantai okey.

4) Jangan dudukkan buku
Sesiapa yang pernah, sengaja  pulak tu buat tingkah dan laku ni memang patot disumpit. Kalau tak sengaja boleh dimaafkan. Bagi buku mashaf, jangan sekali-kali duduk di atas buku tersebut.  Nak dijadikan sebagai alas kepala ketika tidur pun tak boleh. Hukumnya haram. Ini menurut Imam al-Nawawi. Tak percaya sila buat research sendiri.  Ini konsep buku mashaf ye. Buku ilmiah lain pun, macam buku teori psikologi, biologi korang  seeloknya pun dielakkan diperlakukan seperti tu, demi mendapat ilmu yang berkat.

5) Jangan menjulurkan kaki
Bagi buku mashaf, perkara menjulurkan kaki kearah kitab-kitab tersebut dilarang. Perbuatan menjulurkan kaki tersebut adalah makruh dan perlu dijauhi. Jadi apabila kita hendak menelaah kitab-kitab tersebut, buku ilmiah yang lain juga, position yang sopan dituntut. Tak payahlah korang terkangkang tiarap, aku tak taulah kalau korang masa study  perbuatan terkangkang tiarap tu wajib buat, tak buat subjek korang study tu tak masok. Kalau macam tu ikot selera ampa lerr, tapi kalau study kitab mashaf memang tak boleh maaf. Kerat kepala ampa baru tau.

p/s: simplekan? Boleh dipratikkan.
Imam al-Shafi’I berkata:
“Sesiapa yang mempelajari ilmu dengan beradab, maka Allah akan mencurahkan keberkatan dalam ilmunya”.

Nak berkat dalam menuntut ilmu, sila amalkan. Tak nak kejar keberkatan tu, ikot ampa lerr.

DARI HATI AMIE


Assalammualaikum

Tssk!ttssskkk!tssk!

Tak taulah nak express macam mana perasaan aku ni. Yang penting tindakan aku ni memang bodoh dan tak fikir panjang. Kesian budak kecik setahun lebih jadi mangsa. Marah sangat pada diri. Ini membuatkan aku tak lena tidur malam tadi mengenangkan kezaliman yang aku buat pada budak kecik tak berdosa.. huhu. Owh..pilunya hati. Buuuw mariam!buuuw!buuuw mariammm!buuuw.
 

Mia kalau Mia dah besar nanti, dah boleh baca. Kalau Mia terbaca entry Amie ni, Amie mintak maaf ye Mia. Amie bukan sengaja buat tindakan zalim tu pada Mia. Niat Amie saja nak bergurau, nak sakat Mia. Nak tengok xpression muka comel Mia tu. Petang semalam, dekat nak maghrib abah ambil Mia, cakap dekat ibu nak pinjam Mia sekejap. Lepas maghrib abah pulangkan balik dekat pangkuan ibu Mia. Abah rindu nak main dengan Mia. Time Mia datang semalam petang, Amie tengah busy sikit, bersiap sebab malam tu Amie ada kelas. Tapi dalam sibuk bersiap tu, Amie berperang dengan perasaan Amie sendiri, Amie tak sabar nak main dengan Mia, nak usik Mia. Jadi lepas setlekan semua, lepas Amie solat, Amie intai Mia by langsir bilik Amie. Amie tengok Mia riang bermain kucing peliharaan Mia dalam handset tu, talking ginger. Lepas saja lihat aksi Mia yang comel tu, hati Amie lagi memuncak nak usik Mia. Suddenly Amie terpandang gula-gula Mentos mint Amie dekat atas meja, berdezupp idea jahat Amie muncul di awanan pemikiran Amie. Jadi terlukislah wajah Mia yang comel bila termakan mint yang berangin, Amie bayangkan Mia terkenyit mata, dan cepat-cepat buang mint tu dari mulut. Hati tak sabar!tak sabar! Geram dan sangat geram kat Mia. Amie pun keluar bilik dan datang dekat Mia, Amie kata,


“Miaa..Amie ada ni” sambil menunjukkan gula-gula mentos.


Mia dengan muka teruja, datang dekat Amie. Buat muka comel..sedihnya Amie tengok, geram!!! Masa ni Amie dah gembira sangat,yabedabeduuu perasaan jahat semakin menjadi dan Amie berkata dalam hati,


“wahh..buat muka comel ye, siapppp ko. Hamek aku dengki”.


Masa ni memang tidak tergambar busuknya hati Amie, tapi hanya satu, Amie hanya nak tengok muka dan reaksi comel Mia. Masa ni pun abah dah tegah,


“ jangan dibagi benda tu kat budak tu!!!!”


 Tapi Amie ingkar kata-kata abah. Peduli ape Amie.


“Wekkkk…tak nak dengar!tak nak dengar! Nak usik jugak!”

*berkata dalam hati*


Sebenarnya Amie dah dapat rasakan akan berlaku benda buruk, sebab abah dah tegah dari awal. Tapi Amie teruskan juga misi Amie tu. Amie sangkakan Mia akan keluarkan balik mint tu dari mulut tapi entah macam mana sangkaan Amie tu meleset. Hanya berapa saat tiba-tiba Mia mengeluarkan satu bunyi, tak taula sama ada Mia rasa berangin atau masa tu memang Mia terus telan, tiba-tiba terus Mia terjatuh dekat peha An’nya. Seolah-olah Mia tercekik, dan Mia kelihatan sukar bernafas.  An’nya dah jerit. Masa ni semua gelabah, abah, mak, Amie bingkas dapatkan Mia. Cepat-cepat tolong Mia. *Ye..memang gula-gula tu beso untuk Mia.* Abah dan mak cepat-cepat keluarkan mint tu dari mulut Mia. Amie ke dapur ambil air. Muka semua dah pucat lesi, memang menggigil. Takut, takut sangat Mia..tengok keadaan Mia macam tu. Abah dan mak sedaya upaya keluarkan mint tu, tak  boleh, mak dan abah cepat-cepat tonggengkan Mia, mak jolok mulut Mia. Syukur..mint tu selamat keluar. Mia dah nangis-nangis dah masa ni. Lepas saja mint tu dikeluarkan, Mia terus saja cakap,


“Air…air”

*sambil nangis-nangis, peluk mak. Berpeluh-peluh*


Masa ni Amie rasa serba salah sangat buat macam tu kat Mia. Cepat-cepat Amie peluk Mia, cakap Amie sayangkan Mia. Semua marah Amie,abah, mak, An’nya, menandakan tak puas hati pada Amie. Serius Amie tak sanggup tengok Mia macam tu. Bodoh sangat Amie, bodoh sangat!bodohla. Buat tindakan bodoh. Baru Amie sedar rupanya Amie tak matang lagi. Maafkan Amie ye Mia. Mia jangan marah Amie tau.



Tula orang tua pesan, nak bergurau tu biar berpada. Jangan lebih-lebih. Bila lebih macam inilah jadinya. Menyesal tak guna, benda pun dah jadi. Ni kalau mak dan abah tak ada kat situ dan lambat bertindak maybe maut akan menjengah. Kemungkinan Amie pun disabit melakukan jenayah, membunuh tanpa niat. Syukur sangat. Amie tak sanggup kehilangan Mia. Mia la teman gadoh Amie. Amie anggap Mia macam anak Amie tau. Kalaulah Mia tak ada, Amie tak boleh dah nak borak-borak dengan Mia, usik-usik Mia. Dah tak dapat nak dengar Mia cakap ,


“ball!..balll..!!”

*hujung lidah perlu bersentuh dengan bibir*



Tak boleh dah nak tengok Mia main sepak-sepak bola. Tengok Mia perasan cantik depan cermin beso. Tak dapat dengar Mia jerit umpama Laddy Gaga. Syukur, Allah masih lindungi Mia. Sungguhla Amie sayangkan Mia. Amie janji pada Mia, Amie takmo usik Mia lebih-lebih lagi dah tanpa fikir panjang. Amie takot. Tak memasal saja, abah bagi warning, jangan ambil Mia selama sebulan. Tssk!tskk!sedihnya..3hari tak nampak Mia pun, Amie dah meroyan, ini kan lagi sebulan lamanya. Puasa baru boleh ketemu buah hati jantung ni.huarrrgghhh!


Maybe ni hikmahnya kot, Amie belajar buat bubur merah. Mia suka makan bubur merahkan, nanti Amie hantar dekat rumah Mia ye.

Busuk Amie

p/s: Dalam masyarakat jawa, bubur merah merupakan simbolik tanda kesyukuran. Jadi ni sebagai tanda syukur Mia selamat dan tak ada perkara yang lebih buruk berlaku. Amie sayang Mia, mmmuuuahhh!mmuahahh!Amie janji tak nakal-nakal dah dengan Mia.