Friday 23 November 2012

THESIS JOURNEY

Assalamualaikum

Aku hendak sharelah sikit pasal thesis journey aku yang mencabar tu (kononnn). tesis aku pasal tanah runtuh. so aku terpaksalah mencari lokasi kajian aku yang pernah menjadi sejarah runtuhan tanah tu. 1st plan aku and the team hendak buat di lokasi runtuhan tanah di area Selangor saja so dekatlah kan dengan UKM tu. so i can saving my money yang mak bapak bagi tu. tapi itu semua hanya planning semeta. cisss!. 

aku and the geng gigih kot pergi ke tapak runtuhan tanah di Rumah Anak yatim Hidayah At-Taqwa, Hulu Langat. u all pernah dengar berita runtuhan tanah yang telah meranapkan rumah anak yatim dan telah mengorbankan pelajar and tenaga pengajar. tapi tidak semualah. jumlah kematian yang aku dapat 16 orang. ini sumber maklumat daripada kakitangan rumah anak yatim. kenapa tidak dapat buat di lokasi tersebut?? owhh..aku mengalami masalah dengan orang dalam. orang dalam tidak benarkan kami jalankan kajian tersebut ekoran beberapa sebab (tidak mahu mention, rahsia kerajaan ni, ecewahhh). so hendak ke tidak ke, aku terpaksa turun jugak ke lokasi de 2nd plan tu.

time aku pergi NSTP buat liputan pasal majlis penyerahan cek. so we'll join them. barulah popularkan. masuk TV kot.

so, when we cannot teruskan kajian di lokasi 1st tu aku telah nekad untuk gigihkan kaki aku ke the 2nd location. di Sg. Ruil Cameron Hingland. lokasi ni di kawasan penempatan orang asli. time ni nangess, nape??aku kena edit balik soalan dekat borang soal selidik aku tu. dahla aku seorang saja buat. banyak plak tu, so gigih lagi, bekerja keras siapkan jugak. sebab time 2 sudah mahu berangkat ke tanah cameron tu. dah settle semua, bila sampai sana, turun ke field amikkk ko, aku terpaksa berdepan dengan cekadak lain. orang asli tidak paham soalan, nangeeessss lagi huhuhuhuuuu. so aku jadi macam cikgu cikgi la kan, bagi mereka-mereka tu paham, pelbagai gaya time ni tau. geli hati pun ada jugak, tapi cover, dalam hati berkata mahu ketawa tunggu balik hotel okk!!.

ni antara responden. akak ni sporting, beliau bercerita dengan penuh perasaan. serius jugaklah aku. tapi cara beliau bercakap agak lucu. so, plezzzz plezz time ni aku pujuk diri suruh cover, cover tu very important ok!jeritttttt....harggggghhhhhhhhh. hahahahha.

4 hari 3 malam di sana. owhhh..menipis ok mrs wallet tu. nangesss. time ni jugaklah aku ada masalah dengan abah aku. ohh..agak tegang ok. abah aku boleh merajuk dengan aku. aku call dia boleh matikan phone, sms tidak di reply. ohh..nangesss. sebabnya dia boleh pertikai kenapa aku tidak pulang ke kampung sewaktu cuti semester. ohh..my god. tolong hamba-Mu ini. waimaa aku sudah banyak kali explain pada beliau. abah..abah. tidak mengapa aku golongkan ini semua dalam cabaran bagi aku. 

so selama 2 sem (1sem secara serius, bolehhh eaa??) menempuhi alam bertesis ni, dengan tidur ke mana dengan cabaran yang macam-macam. dengan karenah orang disekeliling akhirnya aku berjaya! 

yesssss!yessss!!!!!! done! l my thesis successfully completed


ALHAMDULILAH
yeah!boleh grad..ya bedaa beduuu
hihihi

AL-KULLIYAH: TENTANG MATI


Assalammualaikum

Salam Jumaat. Salam Jumaat hari yang penuh barakah.

Lama rasanya aku tidak berkongsi cerita di blog kesayangan ini. Aku baru sahaja selesai menonton rancangan tv di TV3, iaitu Al-Kulliyah. Tajuk diskusi pada hari ini adalah mengenai MATI. Sebagai hamba-Nya serius aku sangat takut mengenai kematian. Bila dengar sahaja tentang kematian pasti perasaan gerun akan menyelubungi diri aku. Maka dengan itu, tajuk diskusi Al-Kuliyyah sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri aku. Mengelamun jugalah mengenang dosa diri yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku di dunia ini.


Tanpa kita sedari sebenarnya setiap hari kita lalui kematian ini, iaitu dalam lena kita (tidur). 

Tidur kita merupakan kematian yang kita alami secara sementara. Manakala kematian kita merupakan tidur kita yang panjang. 

Aku tertanya sudah bersediakah aku menghadapi kemtian ini. Serius aku memang belum bersedia. Tapi aku tanya diri aku, bila lagi aku hendak bersedia sedangkan kematian itu rahsia. Kita tidak tahu bila akan berlaku. Jadi aku muhasabah diri sekejap. Aku perlu bersedia. Tapi macam mana aku hendak bersedia hadapi kematian ini? Siap sedia dengan banyakkan amalan. Aku perlu sedar. Menitis juga air mata ini bercerita soal kematian. Hati sangat berdegup. Kuncinya, aku tidak boleh lalai dalam meniti kehidupan aku. Kelalaian merupakan racun, lalai dengan nikmat, lalai dengan nikmat dunia yang Allah beri ini. Lalai dengan nikmat yang sementara di dunia ini. Jadi aku tidak boleh sombong dengan pencipta aku. Aku kena bermohon keampunan. Aku kena tingkatkan amalan. Aku kena ngadu pada-Nya setiap saat. 

Moga Allah merahmati hidup ku.


Thursday 8 March 2012

HATI YANG KERAS

Assalammualaikum

Pernahkan di antara kita mendengar kenyataan HATI YANG KERAS? Pasti pernahkan. Bagaimana hati seorang manusia menjadi keras? Itu adalah persoalannya. 


Let's watch this video together



Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah telah bersabda:
"Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya banyak bercakap selain berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras."
Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi


Kesimpulannya di sini adalah, hati seorang manusia akan menjadi keras apabila dalam hidupnya terlalu memperbanyakkan percakapannya. Percakapan di sini bermaksud, percakapan yang tidak memberi manfaat untuk hidupnya dan masyarakat disekelilingnya. Hal ini demikian kerana, apabila kita sebagai manusia terlalu banyak bercakap perkara yang tidak memberi faedah kepada hidupnya akan mendorong mereka untuk melakukan umpatan, mengata orang, bergosip dan sebagainya. Maka dengan itu, hal tersebut telah mendekatkan diri kita kepada perkara yang membawa dosa. 




Sehubungan dengan itu, di dalam hidup kita, kita digalakkan untuk berzikir kepada Allah. Dengan mengamalkan berzikir kepada Allah dalam amalan seharian kita, sekaligus mendekatkan kita kepada Allah dan sentiasa mengingati kepada Allah s.w.t justeru itu kita takut untuk melakukan dosa seperti mengutuk, mengata, mengumput orang lain yang kita sedia maklum hal tersebut merupakan sesuatu yang membawa dosa sekaligus mendekatkan kita ke api neraka. Nauzubillah. 


Marilah kita sama-sama menjauhi perkara tersebut,kita  manfaatkan hidup kita dengan zikir kepada Allah. Cukup indah hidup ini jika kita penuhi hidup kita dengan amalan yang membawa kebaikan kepada diri kita dan masyarakat sekeliling kita. Mudah-mudahan kita dapat menjadi umat Rasulullah yang berguna.

Wednesday 7 March 2012

JALAN CINTA SYUHADA

Sebuah Kisah Tentang Pengorbanan Cinta Seorang Isteri Solehah:



Wanita itu bernama Aisyah. Wajahnya begitu cantik namun air wudhu sentiasa membasahi wajahnya itu dan membuatkan kecantikan yang dianugerahkan kepadanya nampak semulajadi. Ditambah kelembutan akhlaknya yang dipelajarinya dari kisah-kisah para Radiallahu'anha membuat perilakunya lembut tetapi tidak lemah. Al-qur'an dan Hadits telah menjadi pedoman mutlak baginya semenjak Aisyah duduk di bangku sekolah dan Aisyah sering mengikuti kelas-kelas agama.

Meskipun dia tidak bersekolah di sekolah yang berlatarbelakangkan islam namun pendiriannya terhadap agama yang dianutinya itu begitu kuat sehingga tidak terpengaruh dengan gaya hidup teman-teman sebaya dengannya. Aisyah tidak gemar mempunyai gaya hidup yang bercouple sebelum kahwin. Walaupun ramai di kalangan rakan sebayanya mempengaruhinya untuk bercouple tetpi dia tetap tidak memperdulikan kata-kata rakannya itu. Rakan sebaya sering mengatakan bahawa   wajahnya sudah cantik kalau mempunyai kekasih lagi pakej. Walaupun begitu, Aisyah tetap menghiraukan kata-kata rakan sebayanya itu. Hal ini kerana, Aisyah sentiasa berpegang teguh dengan  janji Allah bahawa,


" wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik ". 


Maka dengan itu, Aisyah berusaha ke arah itu.


Namun apa hendak dikata, kesabarannya membuahkan hasil yang indah. Pada suatu ketika,  datang seorang lelaki tampan dan juga soleh. Lelaki itu bernama Hadi . Pemuda tampan dengan wajah yang berseri kerana selalu membasuhkan wudhu dan sangat menyayangi wanita. Dia adalah teman Aisyah ketika di IPT dahulu. Sudah ditakdirkan jodoh oleh Allah. Dialah pemuda yang dijanjikan Allah buat Aisyah kerana telah yakin akan janji oleh-Nya. Mereka disatukan dengan ikatan pernikahan. Sebagai Isteri, Aisyah tahu akan kewajipan yang harus dilaksanakan sebagai seorang isteri. Dia melayani segala kehendak suami dengan sepenuh hati tanpa ada kata-kata resah dalam setiap lelahnya. Semua itu dilakukan olehnya semata-mata  kerana cintanya pada Allah dan ketaatannya pada suami.

Ketika sang suami berada dalam saat yang sukar dia tetap setia menemani dan menjadi penyemangat Hadi suaminya itu. Dia tetap sabar menerima segala bentuk kekurangan suaminya. Dia tidak pernah berharap sesuatu yang lebih dari suami kerana dia sedar akan keterbatasan suaminya. Hal inilah yang membuat keluarga mereka sangat bahagia.

Pada suatu hari, suaminya Hadi telah dihantar bertugas di bumi Palestin. Saat itu, kesedihan yang teramat sangat menyelubungi diri Aisyah tatkala mendengar suaminya akan berangkat ke negara yang terjajah itu. Entah kenapa air matanya terus mengalir. Namun dia sering menyembunyikannya dari pengetahuan sang suami, Hadi. Sampai pada suatu ketika, sehari sebelum hari di mana Hadi suaminya akan berangkat, Hadi telah mendapatkan Aisyah yang sedang leka mengupas bawang didapur untuk menyiapkan hidangan sarapan pagi Nasi Goreng kesukaan Hadi.

Aisyah tidak dapat memungkiri bahawa sesungguhnya dia takut jika suami yang disayanginya tidak akan kembali lagi apabila pergi nanti. Sang suami yang begitu disayanginya dan menyayanginya dan tidak tegar untuk melihat air mata dipipi sang istri itu pun mengusap airmatanya lalu menegarkannya.


Dia pun menjawab salam sang suami lalu menatapnya hingga jauh. Sang suami pun membalikkan badan lalu menatap isterinya yang masih berada di hadapan pagar rumah. Aisyah  tersenyum mengangguk memastikan pada sang suami bahawa dirinya benar-benar redha sehingga tak ada lagi keraguan dihati suami untuk pergi ke medan juang.

Hampir setiap malam Aisyah sentiasa menangis mengeluh pada Allah mendoakan suaminya yang berada nun jauh di sana. Dia mampu menjaga kehormatan dan harta suaminya. Sungguh Hadi sangat bahagia mendengar berita itu. Apalagi saat isterinya memberitahu khabar berita gembira.

 "suamiku sayang, sekarang Aisyah sedang mengandungkan zuriat abang ."

Sahabat Aisyah, Ana memberikan senyum bahagia saat melihat pancaran kebahagiaan dari wajah Aisyah sahabatnya itu untuk memiliki cahaya mata amanah Allah. Tapi saat itu terdetik rasa kasihan terhadap sahabatnya itu.

"Saya akan pasrah pada Allah Sajalah. Untuk apa memetik kurma yang masih melekat di tangkai, kalau sudah matang kurma itu akan jatuh sendiri." kata Aisyah kepada Ana.

Ana menggangguk dengan penuh air mata. Dia tak kuasa menahan keharuan itu. 

Segala sesuatu yang ada di bumi ini akan kembali pada Allah. Aisyah menangis mengikhlaskan pemergian suaminya itu. Mencuba untuk tetap tegar kerana semua telah digariskan oleh-Nya. Dia akan tetap sabar menghadapi semua ini dan benar-benar meredhai keputusan Allah yang menimpanya tersebut. Dia yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ini juga sebuah bukti bahawa cintanya pada Allah lebih besar daripada cintanya terhadap apapun meskipun sesekali sering ada rasa rindu pada suaminya. Lelaki soleh yang dicintainya semata-mata kerana Allah. Hadi telah pulang ke rahmatullah tatkala bertugas di bumi Palestin. Sesungguhnya, Hadi suami Aisyah telah mati syahid di jalan Allah.




 Allah SWT berfirman bermaksud:
Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.
  (al-Nisa’: 34)

PERINGATAN: JAUHI ZINA

Assalammualaikum.



Entry aku kali ini berdiskusi mengenai dosa berzina. Jika dilihat pada zaman sekarang, seluruh pelusuk dunia sibuk mengejar modenisasi dalam kehidupan. Fenomena tersebut sekaligus menyeret pemikiran manusia menjadi moden dalam apa jua tindakannya. Maka dengan itu, muncullah umat yang mempunyai sikap terbuka dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan justeru dengan itu, dengan sikap terbuka tersebut atau 'open minded' menyebabkan segelintir di antara kita melakukan hubungan yang terlarang dengan membelakangkan larangan yang telah termakhtub dalam kitab suci Al-Quran. 




Ya, aku percaya, sebagai manusia yang biasa lagi lemah imannya, kita kadangkala terlalu mengejar nikmat dunia dan tidak peduli dengan dosa noda yang kita kumpul di dunia fana ini. Kita juga lupa tentang seksa azab neraka. Sedarkah kita sebagai manusia kita telah diperdaya oleh dunia pentas ciptaan manusia sendiri sekaligus menyebabkan kita terlupa pada segalanya kerana diri kita terlalu mengikut nafsu semata dan membiarkan syaitan bermaharajalela. Tetapi di mana silapnya?.



Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” 
(Al-Furqaan 25:68)

Akibat berzina:


1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Bertaubat:

Jika ada di antara kita yang telah terpesong ke arah jalan yang gelap ini, maka bertaubatlah dengan perbuatan terkutuk yang telah dilakukan itu.

Allah berfirman:

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
(Al-Furqaan 25:70)

Kasihanilah diri kita sendiri, jauhkanlah diri kita ke lembah zina yang hina ini. 


Teguhkanlah iman dalam diri kami Ya Allah agar kami tidak terlalu ikut mendengar kata nafsu kami. Agar kami mampu menjadi khalifah yang sejati di muka bumi ini Ya Allah.
~Amin~

Monday 13 February 2012

SYURGA ALLAH

Assalamualaikum and greetings to all


SYURGA ALLAH


Bila perkataan "syurga" diperkatakan mesti yang terlintas di benak pemikiran kita pasti yang indah belaka. Syurga bagaimana yang sahabat saya kejarkan ini? syurga dunia atau akhirat?. Jika kita seorang muslim/muslimah pasti syurga akhirat yang kita kejarkan kan??. Tapi bagaimana mahu mencapai matlamat yang diimpikan itu. Bukan senang untuk diri kita mengapai nikmat syurga itu. Sebagai seorang muslim/muslimah kita haruslah mempunyai usaha dan kesungguhan untuk mencapai nikmat syurga itu. Penuhi hidup ini dengan amalan yang diredhai Allah. Sungguh mulia seseorang itu jika hidupnya sentiasa mengejar redha Allah. Tapi usaha itu perlulah ikhlas ye sahabat yang wangi. Sebagai manusia yang lemah imannya kekadang kita kufur dengan cinta Allah kepada kita. Kita juga lupa ketenangan jiwa itu lebih bermakna jika seiring dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Betul tidak? Mari sahabat sayang, kita sama-sama mengejar cinta Allah sekaligus mengejar syurga Allah. Jika kita sebagai manusia sering tergila-gilakan cinta sesama manusia, apa kata kita sama-sama berhijrah dengan tergila-gilakan cinta Allah yang satu itu. Romantis bukan? Manisnya tidak akan hilang hingga ke jannah yang indah itu. Kalah manis madu lebah. Sesungguhnya Allah telah berjanji dan janji itu tidak akan dimungkiri oleh sang pencipta, Allah yang maha berkuasa. 

"sesungguhnya Allah telah berjanji dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan memungkiri janji-Nya."
 (Surah Az-zumar 39: 20)



Sesungguhnya orang yang bertaqwa kepada tuhannya akan mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangunkan pula tempat-tempat yang tinggi itu yang dibawahnya mengalir sungai-sungai.



Syurga Allah itu diberikan kepada orang yang bertaqwa, ini adalah kehormatan kepada umatnya yang bertaqwa itu. Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) Syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka. Di dalamnya mereka bersenang sambil meminta-minta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu. Dan pada sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya. Inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada umatnya yang bertaqwa. Subhanallah sungguh indah syurga yang dijanjikan Allah itu. Sebagai umatnya kita harusalah berlumba-lumba untuk menjadi salah seorang penghuni syurga itu ye sahabat yang wangi. Ini juga telah disebutkan dalam kalam Allah,iaitu:

"Berlumba-lumabalah kamu (mengerjakan amal-amal Yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar."
(Surah Al-Hadid: 21)
Sama-samalah kita mengejar menuju syurga Allah kerana syurga Allah itu lebih indah dari segalanya. Peganglah sebagai perisai kita bahawa matlamat hidup kita adalah kerana Allah yang satu. 
Jadi umat bertaqwa ye sahabat saya yang wangi sekalian. 
     اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Thursday 9 February 2012

ITU BUKAN SAYA

YA ZAUJI

Jika wanita CANTIK yang dicari, ianya bukan saya.
Jika wanita SOLEHAH yang dicari,ianya bukan saya.
Jika wanita AYU yang dicari, ianya bukan saya.
Jika wanita KAYA yang dicari, ianya bukan saya.
Jika wanita BERPURDAH yang dicari, ianya bukan saya.
TAPI, jika wanita yang ingin DIBIMBING, ianya adalah saya.



BIMBING dan BERI ILMU AGAMA kepada saya,
walau siapa pun diri mu, tetapi cukuplah dengan AGAMA yang ada pada mu,
Di situ jualah CINTA ku buat mu Ya ZAUJI ku yang tidak ku tahu siapa diri mu, sehingga saatnya tiba. InsyaALLAH.


saya mahu bahagia di JANNATI di samping mu Ya ZAUJI

AKU INGIN TENANG YA TUHAN..

Kerut di hati ini


Air mata yang jatuh membasahi pipi ini jelas menunjukkan hati ini tidak tenang Ya Rabbi
ke mana harus ku adukan semua yang bertakhta di hati ini Ya Ilahi jika tidak kepada mu Ya Rabbi
ke mana harus ku lemparkan semua yang berkerut di hati ini Ya Ilahi jika tidak kepada mu Ya Rabbi
ke mana lagi harus ku luahkan semua di hati ini Ya Ilahi jika tidak kepada mu Ya Rabbi

Aku sedar akan kelemahan diri ini
jarang sekali diri yang hina ini bersyukur di atas segala kurniaan mu
tetapi
kau terus menabur dan mengurniakan mikmat mu pada hamba mu ini Ya Rabbi
lantas dengan itu
bagaimana diri ini bisa tenang Ya Tuhan?

Aku sedar akan kelemahan diri ini
di hati ini sentiasa tidak lekang melakukan maksiat
sedangkan diri ini mengerti akibat maksiat yang dilakukan
diri ini kadang-kadang alpa dengan larangan mu Ya Rabbi
lantas dengan itu
bagaimana diri ini bisa tenang Ya Tuhan?


Allah..Allah..Allah
Ya Rahman Ya Rahim 
Aku tidak meminta kau menyembuh kegusaran di hati ini Ya Rabbi
Andai itu yang kau mahu Ya Rabbi
Andai itu lebih baik untuk ku
Agar tidak berhenti dan lekang mengemis rahmat dari Mu Ya Rabbi

Allah..Allah..Allah
Ya Salam Ya Muhaimin
Aku bermohon pada Mu Ya Rabbi
Agar kau sentiasa pelihara iman diri ku
sesungguhnya diri ini kerdil dan lemah Ya Rabbi
ku bersujud pada Mu memohon rahmat
Ya Malik Ya Aziz Ya Jabbar

Wednesday 8 February 2012

MYA IZZARA HANNA

During the semester holidays, sememangnya masa untuk diri aku banyak dihabiskan di kampus. Nikmat bercuti tidak dapat dirasai seperti sahabat yang lain.Why?Sure you wonder. Sudah tugas sebagai seorang yang bergelar pelajar. Tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada diri aku telag mengikat kaki ini untuk mengorbankan masa percutian yang ada. It's ok to me (try to +ve my self). Why not?Im the winner. tetapi dapat jugalah diri aku meluangkan masa untuk pulang bercuti selama seminggu di kampung halaman. Walau tidak lama tapi ianya cukup bermakna. Actually entry ini, mahu menceritakan tentang si kecik comel yang manis yang wangi ini.

Mya Izzara Hanna

Yes, she names is Mya Izzara Hanna. Comelkan si manja aku yang wangi ini. Mya anak jagaan mak aku. Kasihan ek kecil-kecil si kecil ini telah ditinggalkan. Ditinggalkan bukan apa, ibunya keluar mencari rezeki membantu meningkatkan pendapatan keluarga. Suatu hari nanti aku juga akan melalui situasi begitu. Seminggu di kampung masa aku banyak dihabiskan dengan membantu mak untuk menjaga si kecil Mya. It is because adik-adik diri aku semua sekolah, ada yang jauh dari rumah pula. Jadi Mya pengubat kebosanan diri aki. Seminggu aku belajar tentang diri si kecil ini.

About she's:
  • susah mahu tidurkan
  • kuat minum susu (2 jam sekali ok!)
  • kuat berpeluh
  • tidak suka dibedung (huarghh!sekali bedung menangis)
  • suka berbual (penat berbual dengan dia, tapi sangat cute bila dengar suara dia, she's very cute baby)
  • suka bulatkan mata (tapi she eyes memang bolat)
  • takut air hehehe
Mya Izzara hanna jadi anak yang soleh dan solehah ya. Jadi orang yang berjaya.  Jangan sekali persekutukan Allah ya si manja wangi.

"Sememangnya setiap anak yang dilahirkan di atas fitrah. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" 
(HR Al-Bukhari).

AHLAN-WA-SAHLAN


 Ahlan-Wa-Sahlan Ya Marhaban

Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat memiliki blog sendiri.

im small girl but i have a big heart

aku yang sedang meniti kehidupan di dunia. Sungguh kerdil diri ini dihadapan sang penciptanya. Kehidupan yang dilalui tidak selalu manis tetapi pahit juga kian dirasa. Itulah dunia. Tetapi sebagai hamba yang istimewa yang dipilih untuk menerokai dunia ini, diri ini haruslah sedar sebab utama dipilih menetap di muka bumi milik Allah ini. Alpa dengan keseronokkan dunia ini membuatkan diri ini akan sesat. Alpa merupakan ibu segala racun dunia. Jadi sebagai umatnya, diri ini perlu sentiasa pegang pada perintah dan suruhannya. Ingatlah tiada memahami diri ini, melainkan Allah Azza Wajalla.