Showing posts with label ISSUES. Show all posts
Showing posts with label ISSUES. Show all posts

Thursday, 29 January 2015

DCA BATAL SIDANG MEDIA KHAS MH370

Assalammualaikum

PENGUMUMAN MEDIA


#TERKINI KENYATAAN MEDIA

DCA batal sidang media khas MH370

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.
Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri waris
Ketika mengumumkan pembatalan itu, jurucakap DCA memberitahu sidang media baharu akan diumumkan kelak dengan hanya memaklumkan ia dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
----------
hohooo..berlari lari anak bukak tibi 9. sekali yang keluar catdoggggg! serammm pulak nak dengar pengumuman berita terkini pasal MH370 ni. takuttt drama aiyaq mata lagi. feeling nebess. T_T

Tuesday, 27 January 2015

ROTAN

Assalammualaikum

Sekarang sibukkan pasal isu merotan. 1st time dengar berita ni serius terkejut sangat. sambil gigit jari kot. ehhh!dah kenapa menteri ni cadang cadang nak jadikan hukuman merotan sebagai satu kesalahan jenayah. kepelikan, kerisauan semua timbul secara dengan tiba tibanya. grrrr! T___T

Aku suami isteri sempat jugaklah sembang sembang bukak topik, bincang isu ni berdua. Bila si isteri bertanya, 'b, setuju ke cadangan merotan tu nak jadikan satu kesalahan jenayah'. Lalu si suami menjawab, 'saya lebih rela masok penjara daripada anak saya buat benda tak baik'. then mulalah drama melayu. si suami berkata, 'saya masuk penjara, awak jaga anak elok elok. berdikari tau'. tiba tiba sedass kelepokkkk hinggap dilengan si suami. masa ni isteri rasa annoying sangat. grrr!T__T

Rotan tu kan sebahagian daripada sunnah nabi dalam mendidik anak. rotan vs dera dua definisi yang berbeza. kena paham betol betol. takkan anak dah capai umur baligh tak solat nak biarkan?setuju tak? naik lemakla kan. lepas tu bila dirotan kita pulak dipenjarakan. alahai! budaya Sweden sangat tau diikotnya. masalah sosial sekarang makin menjadi. nak pulak ada cadangan nak jadikan hukuman rotan as satu kesalahan jenayah. terketaqqq tau aku sebagai ibu nak besarkan anak. mencabarnya.

tak setuju!tak setuju! cadangan tu. dulu kami suami isteri membesar dengan rotan. nak jugak ikot sunnah nabi tu. nak jugak gantung rotan dekat dinding rumah. nak jugak beli rotan dekat kedai dua hengget.ehhh! 

ingat lagi dulu masa kecik aku kena rotan dengan bapak aku. balik rumah lambat lebih 6.30pm. rotan. tak mandi lagi 6.30pm rotan. tak pergi ngaji rotan. lengah lengah masa solat rotan tau. rotan dan rotan. dengan mak lagi dasyat toler/ getah paip pun pernah kena. nakal sangatkan. besar alhamdulilah jadi orang. aku bukanlah kata, kalau takda rotan tak boleh didik anak jadi baik. asal guna rotan kena jadi makpak yang garang singa. tak!bukan tu maksud aku. rotan tu just psiko anak. nak tunjuk yang kita bertegas. bertegas dengan penuh kasih sayang dan kena caranya. taklah zalim sangat sampai tahap asal anak buat silap zapppp!sedasss. kena carala. dah bagi nasihat tak jalann..naik lemak sangat. hahhh!mase ni la kita gunakan rotan tu...capai rotan bergantungan didinding dan zapppp!hamekkk..hehe

dulu dekat sekolah pun cikgu rotan. dulu aku suka ponteng sekolah agama. mana tak pontengnya. sekolah agama tu dahla petang. balik sekolah pagi pukul 1.30pm. balik balik makan tidur. lepas tu terlajak bangun. bangun bangun, ehhhh! dah pukul 4pm lah. mana tak pontengkan. lepas tu guru besarnya buat rule. setiap jumaat buat perhimpunan. sesiapa ada tak datang dalam seminggu keluar ke depan. beratur beramai ramai untuk dapat habuan masing masing. bagi tapak tangan. kena rotan pakai bulu ayam tang besi belakang tu. azabnya! tuhan yang tahu. berminggu minggu nak baik. lepas tu alhamdulilah. darjah khas dapat pangkat 1. dapatlah jadi antara pelajar yang terbaik sekolah. bangga! grrr! 

tu dulu. sekarang cikgu cikgu pun dah ada undang undang tak boleh rotan budak sekolah. ni pulak ada cadangan makbapak tak boleh rotan anak. pening pening! 

korang pilihlah nak macam ni ke?

 nak macam ni anak anak akan jadi besar kepala pulakkk

atau
better pilih yang ni. daripada hidup kita hura hara. kata pepatah sayang anak ditangan tangankan kan...betol tak? betol tak?

weekend lepas kitorang suami isteri buat gathering adikberadik side suami. saja jamu makan makan. sembang sembang. lepas tu deme tanya soalan, 'ecah, dah besar nak jadi ape?' ecah jawab doktor. wauuuu!bagus ecah, tanya pulak kat luqman. 'man, dah besar nak jadi ape pulak?' luqman jawab, 'saya nak jadi orang'. mihmihhh..:) clever boy.nampaknya luq berjaya berfikir diluar kotakk. hehe.

belanja sikit pic dorang ni.
credit picture mama luqman

Friday, 5 July 2013

INFO| PERGULINGAN PRESIDEN MESIR MORSI

Assalammualaikum

Nak tepek sikit info mengenai pergulingan Presiden Mesir, Morsi. Info ni aku ambil daripada FB Prof Agus Yusoff, pensyarah di Jabatan Sains Politik dan Sejarah UKM.

INFO:
Pada 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

 Pendapat Prof Agus Yusoff:
Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.

Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.

Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.

p/s: Jom ambil tahu sikit pasal negara saudara seislam kita, atlest kita boleh jadikan iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Moga mendapat manfaat bersama =)

Monday, 27 May 2013

SERONOKNYA ORANG BERKAHWIN!!!

Assalammualaikum

Sesi mengupdate entry. Tarik nafas! then semangat!
*please give 5 clap to me*

Sekarangkan cuti persekolahan, banyak sungguhlah surat saman yang berkunjung ke rumah bagi sesi undangan meraikan mempelai.*amboi bahasa, berbelit*. Bila musim perkahwinan ni, kawan-kawanla, kaum familyla ada yang bina masjid. kalau korang nak tau, automatik wehh hati yang membujang ni turut mahu mengikut jejak orang yang berkahwin tu. siapalah tak nak kahwin. ada keluarga sendiri.  Cemburu rasanya bila lihat pasangan yang masih muda mudi sudah berumahtangga. mungkin jodoh kita belum sampai, agaknya Allah nak bagi kita betul-betul bersedia ke arah perkahwinan. Aku pun sebenarnya mempunyai pendirian sendiri kenapa berusaha ke arah tersebut dengan secepatnya. but im not desperate. Kalau aku katakan tidak bersedia untuk berkahwin tapi kenapa aku sibok dok gatai bercinta-cintun punya ada seorang kekasih, berkawan dengan lelaki. Serius aku cemburu dengan geng aku yang sudah berkahwin muda ni. Sebabnya, bila berkahwin :

1. Ada teman yang halal untuk melakukan segalanya. Makan, tidur, berjalan, bershopping dan sebagainya. Kita bebas buat apa saja sebab kita dah ada tiket pernikahan tu. So, suka hatilah aku nak buat apa, dia laki aku. Bila berjalan berduaan pegang tangan terus dapat pahala. Tapi sekarang ni, masih belum berkahwin ada boypren berjalan dok pegang tangan dapat dosa. pulak tu mesti takot-takot nak keluar sama, perasaan tak tenteram, risau manjang bila berdating, sebab kita dok fikirkan batasan pergaulan. Nak pegang-pegang tak manis dipandang orang sekeliling, kang tak pasai kena ngutuk. lagi hebat kena kutuk dengan syaiton sebabnya happyla si syaiton tu anak Adam berjaya dihasut dan kearah melakukan maksiat.So elok, kahwin cepat bila ada boypren ni. Elak maksiat, elak fitnah. Bila kahwin pegang tangan dapat pahala. Kan bestkan?

2. Ada orang yang sentiasa dengan kita masa kita susah dan senang. Masa kita tengah cantik-cantik, tengah selekeh serabai pun. ecspecially bangun tidur, muka serabai, rambut mengerbang. So bila kita tengah sedih, menangis adalah orang nak pujuk, dok tepi katil menangis-nangis. beranilah tak pujuk, tak benti menangis kang. bising satu malam. So, ada suami pujuk. Sejok hati si isteri ni.

3. Bila ada pasangan, dia mengimbangi kekurangan kita then melengkapkan diri kita menjadi seorang yang lebih hebat. Contoh, aku ni pemarah, bakal suami tu orangnya cool. so dekat sini dah boleh imbang, bila kahwin bakal suami boleh cool downkan aku. Bila lama-lama macam ni, inshaaAllah boleh ikot perangai cool si suami tu.

4. Boleh berjimat duit dan mampu kumpul harta. Kalau bercinta, kos sara hidup melambung hehe takla melampau lambungnya, tapi banyak jugaklah perbelanjaan atau kos sara hidup kena tanggung. i mean bil telepon, bergayut satu malam tanya khabar *cehh, tanya khabarlah sangat*. pastu bagi jarak jauh, kos belanja melawat kekasih pulak, duit minyak, tol, hotel, belanja girlpren lagi. so bila kahwin, bil telefon dapat dikurangkan sebabnya si kekasih hati dah ada depan mata. Nak message boleh jugak, buat perangai sweet-sweet macam tu, main mesej depan-depan. Selain tu, kita boleh share dengan si suami kos sara hidup, bagi-bagi bayar bil rumah, belanja dapur. memanglah suami tu wajib sediakan tapi tak salah kita tolong-menolong, ringankan beban.



p/s: Sweetkan! seronoknya orang dah kahwin. Im on the way toward marriage. semoga urusan dipermudahkan. Nak buat perkara baik ni, nak buat pahala. Really seronok macam family utomen ni. So don't to say, i don't want to get married. ubah pendapat, jangan dok kata tak bersedia manjang, tak sedia tak payah ada boypren. Actually, kalau kita bercinta tu menunjukkan kita sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin. so bila nak masuk alam perkahwinan jangan rumit memikirkannya. soal duit, boleh dicari. InshaaAllah rezeki tu ada.

Thursday, 23 May 2013

TIPS & HUKUM : MEMAKAI BRACES

Assalammualaikum

Di bawah merupakan antara dialog aku dengan someone yang rapat dengan aku.

"Saya cakap awak jangan marah ea" someone said. 
*takot-takot okey mahu berbicara, dia hengat aku ni killer*

"hmm..cakap jela. nape macam takot je" aku said.
*pelik*

"gigi awak nampak macam kedepan sikit, saya rasa awak macam kena pakai bracesla" someone said.

"heh..??hmm, prasan lama dah. tapi nak pakai braces tu ape tak pakai duit ke. 
pakai duit okey"
*rasa sedikit bengang, tapi dalam hati ada gelik hati sikit*

Okey nak taip entry kali ni pasal braces. Actually aku dah lama tau dah pasal gigi aku ada kedepan sikit tu (guna bahasa sopan okey, bahasa kurang sopan jongos ala-ala halimah jongang). Mak aku kata gigi aku jadi macam tu pasal agaknya masa aku "buat hajat" dekat bilik termenung aku main tolak gigi dengan lidah. Menipu je mak ni tau. suka bersangka buruk tapi dalam sebaliknya tu habit aku, memang aku suka ketap bibir. maybe pasal ni gigi tu jadi tersepit semacam, kedepan je hah jadinya. *macam cerita tipu tapi agak logik*. Masa orang tak tegur pasal gigi aku ala-ala halimah jongang aku releks lagi, sampai masa, ada orang tegur tu jadi tak keruan tu. Cari cermin kot untuk mendapat kepastian, adakah ketara masalah gigi kedepan aku ni. *taklah kedepan mana pun, yang korang dok belek gigi aku betol-betol tu awatnya, sempat je ek korang ukur darjah cm gigi aku, cisss, rasa nak rembat gigi orang yang cantik dah masa ni, nasib boleh dikawal lagi meroyan tu haha*. So aku pun search pasal braces/ pendakap gigi yang boleh atasi masalah gigi jongos (amboi, jaga bahasa naah, saman baru tau). Aku pun ada tanya-tanya pada kawan-kawan yang pakai braces. Nampak macam sakitkan bila pakai braces tu, rasa macam tersepit je gigi tu haa. Bila tanya kawan, rata-rata dorang beritau memang sakit, tapi masa mula-mula. lama-lama dah biasa dan selesa okey je tapi agak leceh kena pandai jaga. makan pun tak boleh hentam, kalau terselit dekat celah-celah braces tu dorang kata agak sakit dan tak selesa such as makanan berupa daging. aku pun angguk je. lagi satu bila ada "mata ikan" i means ulser dan kadang-kadang bila doktor gigi tu pasang braces tu terlampau ketat. tu dorang kata antara penyebab sakit bila pakai braces ni. bila dorang cerita-cerita pasal sakit ni, nyilu je rasa bila aku dengar tu. Aku tanya pasal harga pulak kat kawan aku tu, dorang kata agak mahal tapi ikotlah pada kita. if kita bajet mahai sikit, gigi kita nampak cantik sikitla. kalau mahai tak dela nak makan masa lama sangat bertahun-tahun untuk bukak braces tu. kawan aku buat rated dalam RM4k-5k. tapi ni depends pada pakej jugak. *mahai naaa, mana aku nak cari duit sebanyak ni semata-mata nak buat gigi kebelakang sikit, ribu lagi riban*. Actually niat aku bukan untuk melawo semeta okey but untuk keselesaan gigi, tak selesa weh bila gigi tak susun setempat, makan asyik berlanggar sesama gigi je, then tergigit pulak tu dinding gigi. sakit woo. lepas tu timbullah ulser tu. 

HUKUM & HAKAM PAKAI BRACES

Dalam Islam tak larang kalau umatnya nak melawo tapi jangan terlebih sudah kena ikut hukum syarak jangan sampai mengubah ciptaan Allah secara kekal.

Rasulluah bersabda dan bermaksud:

"Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi ulama telah menfatwakan bahawa:
Jika seseorang itu dikategorikan cacat giginya maka ianya dibenarkan, Harus hukumnya apabila memakai pendakap gigi dengan tujuan untuk memulih atau membaiki kecacatan tersebut.

Ulama antarabangsa, Syeikh Faizal al-Moulawi menfatwakan bahawa:

pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syarak bahkan ia juga diperlukan.  Wallahu'alam.

Maka dengan itu, dalam kes aku diharuskan kerana struktur gigi aku yang tidak tersusun menyebabkan kesakitan dan menimbulkan kesukaran untuk mengunyah makanan. Jadi takde masalah dah, nak pakai braces dah tau hukum. 


Tepek dulu satu gambaw yang dikatakan gigi halimah jongang tu

wakakah
*sampai hati u*

p/s: problemnya ringgit Malaysianya mana? Ada sesiapa nak menaja ke untuk gigi saya?Kumpul duit gaji dulu ye.

Sunday, 5 May 2013

JOHNSON & JOHNSON'S LICENCE FOR COSMETICS CANCELLED

Assalammualaikum

Pengguna J&J terkejut tak korang?

Berita pasal produk johnson ni dapat perhatian meluas kot, around the world tu. 
FDA telah membatalkan license Johnson & Johnson's sebagai pengeluar kosmetik.
Sebabnya terdapat kandungan ethylene oxide yang tidak sesuai untuk kulit manusia. 
Tapi ada yang kata, hanya Johnson & Johnson's di India not worldwide
tapi
When i read the title berita ni, seriously terkejut beruk aku.
Mostly produk aku pakai Johnson & Johnson's kot

see


p/s: scary uolls.

"ITU BUKAN CINCIN SAYA"-ROSMAH MANSOR

Assalammualaikum
 

Isu mengenai cincin mewah isteri PM pernah mengemparkan dunia politik dan banyak mendapat  perhatian umum. 
Sebelum menjelangnya pilihan raya Datin Rosmah Mansor telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan cincin mewah tersebut bukan miliknya. 
Hendak dijadikan cerita sebelum menjelangnya hari pilihan raya, aku telah membuat rondaan sekitar Batu Pahat untuk melihat kemeriahan sebelum menjelangnya pilihan raya.

Tapi
amat mengejutkan aku, aku telah menjumpai cincin mewah itu di area Batu Pahat

BUKTI

see















Milik siapa sebenarnya cincin mewah ini?

p/s: hehe..seronok melihat pelbagai replika yang dicipta oleh parti bertanding. kreatif dan bersemangat.

Wednesday, 24 April 2013

KAGUM RAK ITU

Assalammualaikum


KAGUM
* palm in face*


Itulah 1st word yang keluar dari mulut aku bila tengok gambar di bawah ni



Apa pulak korang rasa?

Gambar di atas merupakan kios buku atau rak buku di tengah bandaraya Korea negara yang berjiran dengan negara matahari terbit.

Puhhh..fantastik, realistik. Sangat mengancam pada aku.
Hal tersebut mungkin di create selaras dengan keperluan masyarakat di sana. Budaya membaca masyarakat Korea bukan lagi asing. 
Bawak buku kemana saja bukan perkara luar biasa okey..
Sebabnya budaya membaca di Korea merupakan amalan yang telah dikomersialkan.


*Seronokkan*


Korea is Pekan Buku


Kewujudan rak buku tersebut juga merupakan satu inisiatif  meningkatkan kesedaran awam mengenai Pekan Buku dan memperkasakan minat membaca dalam kalangan masyarakat.
So, ada masa terluang kita boleh ambil salah satu buku, duduk baca di kerusi yang berdekatan.

Itulah dia budaya di negara maju.
Sungguhlah aku kagum.

Kalau aku nampak depan mata ni maunya aku tak jakun tengok, agaknyalah siap belek rak buku tu berjam. Nasib baik still tak berpeluang lagi ke negara maju tersebut. 
Tidak mengapa, maybe One day i will go to korea.

So, agaknya lerrkan, Malaysia negaraku ini mampu ikot tak kemajuan negara Korea ni?
Cabaran jugakkan, tak tengok lagi vandalisme.
Adoila.
 Tapi aku nak tengok jugak Malaysia buat rak macam ni di tengak bandar.


Jumpe di next entry

Salam

PRU 13: SIAPA PATUT DI UNDI NI?

Assalammualaikum

Beberapa hari saja lagi Pilihan Raya Umum kali ke 13 akan menjelang. Sekarang rata-rata orang dok sibuk berkempen sana-sini. Bukan saja calon tapi rakyatnya jugak sibuklah berkempen. Berkempen plak tu mengalahkan calon yang bertanding plak aku tengok. Itulah dia kalau orang dah gila politik. Masing-masing ada pandangan sendiri, termasuklah aku jugak tapi aku tak gila politik ye. Tahap gila aku juz so..so je..hihi. 
Tak ambil port  pasal politik ni pun tak boleh jugak, kang kita sendiri tak dapat nak menilainya. 
Betol tak?


Okey..okey. Tahun ini my 1st time aku dapat turun mengundi. 
Sebab dah cukup umuq...
Yeah!!!



* star jump*

okey..cukup


Bila buat apa-apa dah namanya 1st time mesti excited wooo..nervous pun ada gak.
 *(hehh..nak nervous plak macam calon bertanding plakkan). 

Dalam keghairahan kononnya nak turun undi, terkejut aku tengok calon yang bertanding di parlimen kawasan aku.

see

calon bertanding parlimen P148


Korang nampak? 
Korang paham tak maksud aku disebalik gambar-gambar tersebut??

Alamak..sekalinya ca.ya.nun.alif kedua-duanya

Garu kepala. Macam mana ni mau buat?

Okey, meh rujuk meh.



Syarat dalam memilih pemimpin dalam Islam:

Dalam hidup bermasyarakat melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam seperti dalam hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


" Jika kamu bertiga, maka lantiklah salah seorang menjadi ketua"

Kriteria Pemilihan Pemimpin Menurut Perspektif Islam:
 Muslim, akil baligh dan lelaki 
Jelaskan?
So haruskah aku mengundi calon ini?
Jeng-jeng




























Apa korang rasa dengan calon di atas ini?

Ada rasa nak baling selipO tak kat calon tersebut?
kihkihhhhhkihhh..

senyum-senyum sahaja

Jumpe di next entry


Salam

Tuesday, 23 April 2013

LUPA PASWORD BLOG

Assalammualaikum


Hye..hmmmmm.
 Baca tajuk post pun dah tau kan? Lama sudah aku tak coret sebarang cerita di tapak blog milik aku ni. Al-kisahnya aku boleh plak terlupa posword blognya ni haa. Adoila...menjajo jugak aku mencari paswordnya. Mana taula kot-kot adanya terselit tertulis kat mana-mana buku note. Atlast jumpa jugakla aku paswordnya tu kat satu buku. Kecik je haa aku tulis. Selamat boleh di baca lagi. So lepas ni bolehlah share apa-apa kat tapak blog aku ni.

Betapa hati ini girang

* star jump *



Beginilah gambarannya betapa girangnya hati aku
hiihii

Jumpa di next entry ok!

salam

Friday, 23 November 2012

AL-KULLIYAH: TENTANG MATI


Assalammualaikum

Salam Jumaat. Salam Jumaat hari yang penuh barakah.

Lama rasanya aku tidak berkongsi cerita di blog kesayangan ini. Aku baru sahaja selesai menonton rancangan tv di TV3, iaitu Al-Kulliyah. Tajuk diskusi pada hari ini adalah mengenai MATI. Sebagai hamba-Nya serius aku sangat takut mengenai kematian. Bila dengar sahaja tentang kematian pasti perasaan gerun akan menyelubungi diri aku. Maka dengan itu, tajuk diskusi Al-Kuliyyah sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri aku. Mengelamun jugalah mengenang dosa diri yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku di dunia ini.


Tanpa kita sedari sebenarnya setiap hari kita lalui kematian ini, iaitu dalam lena kita (tidur). 

Tidur kita merupakan kematian yang kita alami secara sementara. Manakala kematian kita merupakan tidur kita yang panjang. 

Aku tertanya sudah bersediakah aku menghadapi kemtian ini. Serius aku memang belum bersedia. Tapi aku tanya diri aku, bila lagi aku hendak bersedia sedangkan kematian itu rahsia. Kita tidak tahu bila akan berlaku. Jadi aku muhasabah diri sekejap. Aku perlu bersedia. Tapi macam mana aku hendak bersedia hadapi kematian ini? Siap sedia dengan banyakkan amalan. Aku perlu sedar. Menitis juga air mata ini bercerita soal kematian. Hati sangat berdegup. Kuncinya, aku tidak boleh lalai dalam meniti kehidupan aku. Kelalaian merupakan racun, lalai dengan nikmat, lalai dengan nikmat dunia yang Allah beri ini. Lalai dengan nikmat yang sementara di dunia ini. Jadi aku tidak boleh sombong dengan pencipta aku. Aku kena bermohon keampunan. Aku kena tingkatkan amalan. Aku kena ngadu pada-Nya setiap saat. 

Moga Allah merahmati hidup ku.


Wednesday, 7 March 2012

PERINGATAN: JAUHI ZINA

Assalammualaikum.



Entry aku kali ini berdiskusi mengenai dosa berzina. Jika dilihat pada zaman sekarang, seluruh pelusuk dunia sibuk mengejar modenisasi dalam kehidupan. Fenomena tersebut sekaligus menyeret pemikiran manusia menjadi moden dalam apa jua tindakannya. Maka dengan itu, muncullah umat yang mempunyai sikap terbuka dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan justeru dengan itu, dengan sikap terbuka tersebut atau 'open minded' menyebabkan segelintir di antara kita melakukan hubungan yang terlarang dengan membelakangkan larangan yang telah termakhtub dalam kitab suci Al-Quran. 




Ya, aku percaya, sebagai manusia yang biasa lagi lemah imannya, kita kadangkala terlalu mengejar nikmat dunia dan tidak peduli dengan dosa noda yang kita kumpul di dunia fana ini. Kita juga lupa tentang seksa azab neraka. Sedarkah kita sebagai manusia kita telah diperdaya oleh dunia pentas ciptaan manusia sendiri sekaligus menyebabkan kita terlupa pada segalanya kerana diri kita terlalu mengikut nafsu semata dan membiarkan syaitan bermaharajalela. Tetapi di mana silapnya?.



Allah berfirman, mafhumnya:

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” 
(Al-Furqaan 25:68)

Akibat berzina:


1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Bertaubat:

Jika ada di antara kita yang telah terpesong ke arah jalan yang gelap ini, maka bertaubatlah dengan perbuatan terkutuk yang telah dilakukan itu.

Allah berfirman:

"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 
(Al-Furqaan 25:70)

Kasihanilah diri kita sendiri, jauhkanlah diri kita ke lembah zina yang hina ini. 


Teguhkanlah iman dalam diri kami Ya Allah agar kami tidak terlalu ikut mendengar kata nafsu kami. Agar kami mampu menjadi khalifah yang sejati di muka bumi ini Ya Allah.
~Amin~