Wednesday 8 May 2013

MEMBENTUK HUBUNGAN ERAT ANTARA ANAK-ANAK

Assalammualaikum

Apabila become a mommy or daddy, berdepan dengan situasi anak bergaduh perkara biasa. Kalau anak lebih daripada seorangla. Kalau hanya ada sorang anak, anak tersebut akan asyik bergaduh dengan mommy and daddy sajalakan. Kalau dalam perhubungan suami isteri ada pertelingkahan begitu juga dengan hubungan diantara adik-beradik. 
Bak kata pepatah,
 "sedangkan lidah lagi tergigit.." 
*continue please*

Hubungan yang terbentuk hasil daripada sedarah sedaging, bila bergaduh itu perkara biasa. Jika diperhatikan selalunya pergaduhan yang berlaku tu disebabkan daripada hal kecil 
tapi 
boleh bertelagah. 

Contohnya: berebut hendak tidur sebelah mama
 

Kecik sajakan sangat small matter sangat. 
Rasa-rasa macam nak baling selipo ek.
tapi 
betul ke tindakan tu?
*hihi*
Kadang-kadang daripada bergaduh itulah mengeratkan lagi hubungan diantara adik-beradik. 
Kata orang, 
"air kalau dicincang takkan putus".  

Tapi kalau pergaduhan yang berlaku tu tidak ditangani oleh mama or papa mesti perkara yang lebih teruk dapat dilihat. Selagi mama or papa tak says berhenti dengan nada tegas macam-macam aksila akan dipertontonkan. 
Mulalakan berlaku aksi baling barang, keluar kata kesat etc.

Korang nak ke perkara tersebut setiap hari terjadi?

So sebagai ibu dan bapa perlu mainkan peranan yang penting. Ibu bapa perlu menjadi pemudah cara diantara anak-anak. Maka dengan itu, mama-mama dan papa-papa sekalian perlu tunjukkan tauladan yang baik dan perlu jadi role model kepada anak-anak.

Bagaimana caranya?. Anda boleh rujuk di bawah:

1. Bentuk perhubungan akrab
Ibu bapa perlu bentuk perhubungan akrab diantara anak-anak. Anak-anak perlu diajar dan dididik supaya menghormati anak yang lain. Contohnya, ajar kakak hormat adik. Didik supaya terima kehadiran adik. Begitu sebaliknya.

2. Terapkan nilai kasih dan sayang

3. Didik anak berkomunikasi dengan baik
Dalam hal ini ibu bapa perlu praktikkan terlebih dahulu. Jika ibu bapa tunjukkan cara berkomunikasi dengan baik, anak-anak mudah terikut. Elakkan mengeluarkan perkataan kesat, cacian atau makian. Jika anak membuat kesilapan, as parents sila tegur anak secara berhemah. Jangan belakangkan perasaan anak-anak. Jangan menjerit, jangan menuduh dan jangan mengugut. selidik dahulu adalah penting. So, bila mengawal anak pastikan anak-anak berbual dengan cara baik,perkataan baik dan nada suara yang baik. Itu sangat penting.

4. Berikan perhatian. 
Dalam soal ini, kelalaian dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab perlu dielakkan. Perlu dingat anak-anak memerlukan perhatian, belaian, asuhan, bimbingan dan tunjuk ajar. Kalau diabaikan perkara ini anak-anak akan merendah diri, malu dan terus membawa diri. Maksimakan masa anda dengan anak-anak dengan meluangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah. So, hubungan anda anak-beranak akan menjadi semakin close.

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment