Friday 23 November 2012

AL-KULLIYAH: TENTANG MATI


Assalammualaikum

Salam Jumaat. Salam Jumaat hari yang penuh barakah.

Lama rasanya aku tidak berkongsi cerita di blog kesayangan ini. Aku baru sahaja selesai menonton rancangan tv di TV3, iaitu Al-Kulliyah. Tajuk diskusi pada hari ini adalah mengenai MATI. Sebagai hamba-Nya serius aku sangat takut mengenai kematian. Bila dengar sahaja tentang kematian pasti perasaan gerun akan menyelubungi diri aku. Maka dengan itu, tajuk diskusi Al-Kuliyyah sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri aku. Mengelamun jugalah mengenang dosa diri yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku di dunia ini.


Tanpa kita sedari sebenarnya setiap hari kita lalui kematian ini, iaitu dalam lena kita (tidur). 

Tidur kita merupakan kematian yang kita alami secara sementara. Manakala kematian kita merupakan tidur kita yang panjang. 

Aku tertanya sudah bersediakah aku menghadapi kemtian ini. Serius aku memang belum bersedia. Tapi aku tanya diri aku, bila lagi aku hendak bersedia sedangkan kematian itu rahsia. Kita tidak tahu bila akan berlaku. Jadi aku muhasabah diri sekejap. Aku perlu bersedia. Tapi macam mana aku hendak bersedia hadapi kematian ini? Siap sedia dengan banyakkan amalan. Aku perlu sedar. Menitis juga air mata ini bercerita soal kematian. Hati sangat berdegup. Kuncinya, aku tidak boleh lalai dalam meniti kehidupan aku. Kelalaian merupakan racun, lalai dengan nikmat, lalai dengan nikmat dunia yang Allah beri ini. Lalai dengan nikmat yang sementara di dunia ini. Jadi aku tidak boleh sombong dengan pencipta aku. Aku kena bermohon keampunan. Aku kena tingkatkan amalan. Aku kena ngadu pada-Nya setiap saat. 

Moga Allah merahmati hidup ku.


No comments:

Post a Comment