Sunday 28 April 2013

PROGRAM PERISAI BUAT WANITA

Assalammualaikum

PERISAI BUAT WANITA
korang pernah dengar?

Sebenarnya perisai buat wanita merupakan suatu program yang dibentuk khusus untuk golongan wanita. 
tapi
 golongan lelaki pun dialukan juga menyertai. 
tidak salah ye. 
Program ini sebenarnya berbentuk kaunseling dan juga motivasi sebenarnya.

Peneraju atau pengasas program ini ialah Airol Irwan Limin iaitu perunding utama syarikat Pro Rev Consultancy Services (PRCS).

Inilah Airol. 
*Korang komen apa ni?
Mesti kata dia segakkan. Hmm tau takpe..macam Aaron Aziz tu.
Airol ni merupakan seorang yang berkelulusan undang-undang kalau korang hendak taula. 

Program ni pun sudah mendapat iktiraf dan kerjasama daripada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 Sekarang program ni sudah mendapat perhatian masyarakat especially golongan wanita.

Untuk pengetahuan korang Airol create atau ketengahkan program ini adalah disebabkan atas dasar cinta. 
Airol ni sebenarnya doktor cinta ye kawan-kawan. 
Kenapa aku kata begitu?
 sebabnya Airol create program ini untuk berkongsi kaedah dalam mendidik golongan wanita dalam menguasai dan mengawal hati serta perasaan melalui akal fikiran supaya tidak mudah terpengaruh dengan lelaki perosak. 
Maklum sajalakan zaman sekarang ni banyak sangat buaya-buaya berbahaya. 
jadi ini sebagai satu solution bagi pihak Airol. 
Bagus jugakan, ada juga orang yang hendak ketengahkan program-program macam ni.

see
Airol said:
"Apabila cinta yang didambakan diserahkan 100% secara tidak langsung tercetusnya satu bentuk kepercayaan terhadap pasangannya yang juga mempunyai isipadu mencecah 100%  yang mana ianya cukup berbahaya untuk sesuatu hubungan itu. Benar, sesuatu hubungan itu perlukan kepercayaan tetapi bukan sepenuhnya kerana pasangan kita bukanlah robot yang boleh diprogramkan  tetapi dia juga insan biasa yang terdedah kepada bermacam bisikan syaitan"

itulah dia pendapat doktor cinta kita.

So, aku pun berpeluang mengikuti program ni masa aku di UKM.
Program ni berbayar ye kawan-kawan.
fees RM50
tapi aku antara insan yang bertuah ye. 
dapat masuk percuma.
Terima kasih pada pihak yang menaja.

pas free yang dimaksudkan tu ye

Dalam program ni Airol ketengahkan juga bagaimana hendak mengenalpasti lelaki buaya. Airol bercakap melalui kata hati seorang lelaki okey. 
Dia tunjuk sekali demo. siap berlakon. 
Masa ini Airol jadi speaker utama dan Fahrin Ahmad co-Speaker.

Antara aktiviti. Siap jemput peserta program sertai aktiviti. Mereka ni memang sporting.

 Program ni pun ada ketengahkan sekali bagaimana berdepan dengan situasi dipermainkan lelaki dan putus cinta. 
Memang berkesanlah.Tak seratus peratus pun 50-50 pun sudah okey ye. 
Lepas ikuti program ni, keluar saja dewan rasa macam dah ada perisai okey.
 Lelaki-lelaki jangan sesuka ye dekati wanita jika ada niat hendak permainkan.
*auwwww*

Okey settle program, we all dapat certificate ye

see
Yeah
*chicken dance*

Siap mintak sign Fahrin Ahmad tu.

Sweet je muka Fahrin Ahmad ni. 
1st time okey dapat ambil gambar artis dari dekat.

Then dapat  bergambar sekali dengan Fahrin
see

Sebelum balik macam biasalah kita berpOsing dulula ye, baru cukup syarat.

Ain, Dyana and pemilik blog (akula tu) hihi

Apa-apa pun PBW memang terbaik.

Sekarang program ni sudah mendapat perhatian masyarakat especially golongan wanita. 

Bukti
 korang tengok ni, masa tu berderet ramai yang join program ni


Baru-baru ni buku Perisai buat wanita pun sudah diterbitkan dan sudah berada di pasaran.
Harga buku tu tak silap hanya RM35 per each.
 Buat Airol selamat maju jaya.

Okey itu dulu

Jumpa di next entry

Salam

2 comments:

  1. terbaikkkkk.. pna dgr talk dia.. mmg best.. smgt terus.. hehehhee. teringin lagi na joint dia pnye progm ni....

    ReplyDelete
  2. bestkan nulna..bagus utk orang perempuan ni..tambahan lg tukang bg talk smart habis..tak sia-sia den..haha..(melawok je)

    ReplyDelete