Saturday 27 April 2013

PIJAK PUNCAK BROGA HILL

Assalammualaikum


Woot~woot
morning uolls

Amboi, pagi-pagi sudah busy depan laptop ea.
Kalau tidak membusykan diri pagi-pagi depan laptop ni tidak berupdatela jawabnya tapak blog ni ek.

Tolak tepi kanan dan kiri pasal kerja rumah ye. Ambil masa sedikit berlenggang kaki, melincahkan jari-jemari menaip entry di pagi hari uolls.

* mood in woot~woot*
apa ketidakpeliknya mood tu in the morning

orait..back to story yang besar nun di atas tu, aku sudah berjaya memijak puncak Broga.
*Yeah*

Bila alkisahnya ni?
wakakakah
sudah lama uolls. tahun lepas kot. basi yang amat ini. 
 
cerita basi ye uolls, lama aku peram the story ni. 

Korang hendak tau kenapa aku excited sangat hendak share kisah ni di tapak blog aku?
Coz aku sudah lama kot pendam hasrat untuk ke Broga ni, sejak aku 1st year di UKM. 
Kalau budak-budak di UKM, UKM Bangi la ye, them siap kata kot bila jadi budak UKM lokasi wajib diterjah Broga dan 2nd Genting Hinglands. Cuba korang tanya budak UKM pernah tak dorang pergi dua lokasi ni.
Bab menuju ke Genting Hinghlands aku pasrahlah, tidak pergi pun tidak mengapa.
 Sebabnya aku memang tidak suka tempat macam tu, main-main binatang yang tinggi memeningkan kepala aku. 
Lastly aku flattt. 
Makanya ke Brogala kita.

*chicken dance*

Aku ke Broga bersama geng Rakan Muda UKM, 
ada chancekan so apa lagi, kita grab sudahnya.
 Aku berdua dengan member baik aku di UKM, Si Ain panggilannya. 
Kitorang gerak dari UKM pagi buta kot, sebelum subuh lagi dengan binatang berkaki empat iaitu shuttle UKM. 

time dalam shuttle bergerak ke nun lokasi. 
*nampak keadaan still gelap lagi kan.

Sebelum sampai di lokasi, 
kami sempat berhenti sekejap di masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh.
Ambil masa lama kot time cari masjid ni, pak cik drebar bas tu pusing-pusing mencari.
Sudahnya dekat area hendak ke Broga tu majoriti masyarakat cina.
Untuk memudahkan kerja pencarian masjid tu, kami tanyalah pada orang awam area situ. *bukan kami semua ye pergi bertanya, wakil ajk je*

sudah dekat kawasan tu majoriti masyarakatnya cina, so cina jugaklah yang kami dapat menanyakan lokasi masjid berdekatan.

Korang tau tak apa kitorang jumpa?

lokasi map yang diberikan uncle cina tu sebenarnya tokong cina!

again!

TOKONG CINA uolls kami temui
*cetttt u uncle

apa-apa pun terima kasih tidak terhinggalah
sudahlah map yang diberikan tu susah kot, naik bukit, pusing sana, pusing sini, tidak cukup dengan tu laluan pun kecik je. 
sabar jela.

Apa-apa pun lastly kami jumpa juga masjid dan dapat tunaikan solat subuh.

The 1st plan we all will start climb dalam pukul 5.30 am. 
Excitednya hendak melihat matahari terbit.
Memandangkan banyak pula cekadaknya, agak lewat kami memulakan pendakian ke puncak Broga Hill tu.

Tepat jam 7.15 am kami memulakan pendakian.


see
1.7 km
*aku just panjat Bukit Broga je ye, Gunung Tok Wan tidak lagi*

Masa ni semangat sangat.
Almaklumlah sudah lamanya aku tidak junggle traking.
Hendaknya perasaan excited tu berkobar-kobar.

Kami budak excited. Aku dan member baik aku, Ain.

sebelum sampai puncak, siap stay dulu, legakan urat kaki yang tegang
refuel tenaga, semangat untuk sampai ke puncak. Minum-minum apa yang patot.

siap posing lagi tu dengan banner. tengah tu berbaju hujau merupakan penasihat rakan muda Ukm.

ini merupakan budak yang paling excited tu ye.
nampak? muka sudah ada penat ya. 
penat tidak mematahkan perasaan semangat aku untuk teruskan pendakian
*ewaah..ayat tidak boleh menahan*

Untuk makluman korang kami ke sini bukan semata-mata untuk bersuka ria sahaja ya.
 tapi 
kami ke sini membawa misi. 
misi kami ke sini sebenarnya untuk membersihkan Broga. 
Volunteers ya.
Broga Hill ni kan popular dahkan. Ramai saja yang datang untuk takluk puncak tu. Maka dengan itu, bila sudah ramai yang berkunjung tempat yang semulajadi, tempat bersih ini sudah tercemar. Banyak sampah sarap yang memenuhi ruang bukit tu. 
So ini as one inisiatiflah untuk memulihkan balik keadaan bukit tersebut. 
congratlah pada krew SRM, Ukm coz create one solution ni. 

*Posing sebentarla kita*
tomatomin..yeahh!!

Nampak benda hitam tu?itulah garbage plastic. So jelas ye misi tu. 
Semangat kot aku menghangkut sampah tu turun bawah. 
Banyak okey sampah like botol plastic, sampah makanan ringan, tin-tin kosong etc. 
Rupanya depa siap masak-masak dekat Broga ni. 
Aku dapat tangkap tin sardin, buktilah tu kan. 
Tapi hendak masak di situ pun sampah janganlah buang merata, bawaklah turun sampah tu. haisshh.
Nasib baik SRM Ukm ada sifat bertanggungjawab. 
*Puji lagi. kembang semangkok lerr ampa ye. 

Tidak pasal aku jadi majlis bandaran. 
uisshh..ungkit. hilang pahala weh.

masa aku dok sibuk memungut sampah-sampah yang ada disekeliling, have one guys berbangsa cina yang tegur. siap berkata tu;

 chinese guys said: 
"Wahh! amoi u banyak bagos,responsible human. thank you haa". 
(senyum sambil buat thumb up)

time ni aku terpingga sebab ditegur, juz sempat senyum dan tunjuk jugak thumb up pada chinese guys tu. 
hehh~ ;D

Misi memanjat diteruskan lagi.

 Gigih tu memanjat. 
Walau apa jua cabaran aku tetap teruskan
*aiwahh..blinkk!blinkk!*

AND 
LASTLY!!
*tadaa*

kami sampai jugak di puncak Broga tu.
*Seronok*

Akhirnya berjaya juga ditawan walaupun hanya 1.7km. 
Dalam setengah jam berposing, berehat, misi seterusnya turun balik. 
huargghh!!
bila sudah berjaya naik ke atas, malas pula turun bawah. 
Sudahnya takkan hendak menetap kat puncak tu haa????

Owh tuan putera yang baik hati sila bawa tuan hamba ke bawah. Masa ni aku bayangkan alangkah seronoknya kalau ada helikopter ke, lif ke, escalator etc. 

Boleh macam tu?
pandai naik, pandai turunlah ek.
 
Okey..apa-apa pun misi program berjaya. Kami berjaya bawa turun badan kami sendiri dan sampah-sampah. sampah-sampah tu walaupun tidak semua sedikit pun sudah memadai sebenarnya.

Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya iaitu ke Sungai Tekala, kami makan-makan dulu. 
isi cik tummy yang kelaparan tu.
 Makan duduk bersila saja di tanah tu.

Betol-betol kebuluq weh aku masa tu. Makan pun tidak pandang-pandang dah kiri kanan. Lauk apa pun aku bedal. Masa makan ni pun sabar saja, mana ketidaknya makan pakai sudu plastik. tau berjoget je sudu tu kanan kiri, kanan kiri tidak cukup dengan tu berjoget pula ke depan ke belakang. last patah, pakai tangan sajalah aku makan. lagi syokk.

Sementara tunggu shuttle sampai kami sempat main game untuk mengisi masa dan untuk menghilangkan perasaan kebosanan disebabkan pak cik drebar terlalu lambat untuk sampai.

Maka dengan itu jadilah satu game ni 
biawak-buaya. 
Pernah main tak korang?
wakakakah..enjoy aku. 
kelakar tengok gelagat geng yang lain.

sempoikan?
tapi syokk woo lepak dekat bawah kelapa sawit ni.

Seterusnya kami bergerak ke next station Sungai Tekala untuk mandi-manda. Hilangkan bau busuk badan. Takkanlah hendak pulang Ukm dengan bau busuk. Tidak menahan aku baunya. Maklumlah masa kitorang naik hari tu kebetulan hari sebelumnya hujan. Sampai ke sudahnya tanah tu jadi lembaplah. Berlecak, tapak kasut memang berat dengan tanah sajalah. So, korang dapat imaginkan macam mana bau-bauan tu?

Nasib baik semua selamat.
Tamat misi sudah.

Jumpa di next entry

Salam

No comments:

Post a Comment