Sunday 28 April 2013

BERTESIS SAMBIL MAKAN ANGIN

Assalammualaikum

Pepatah Inggeris ada menyebut.
" Behind every successful person is a dream. Behind those dreams is reality. 
Never stop dreaming of success"

Makanya tidak perlu aku berhenti bermimpi untuk berjaya. 
begitu semangat ye memulakan untuk update entry kali ni.

so
Entry ni sudah lama berlaku iaitu pada tahun lepas. 
Masa zaman aku bertesis tahun lepas, aku berkesempatan ke Cameron Hinglands.
 Sebabnya lokasi kajian yang aku pilih adalah tanah runtuh yang berlaku di Sg. Ruil CH. 
Then ini bukan my 1st time ke situ tapi 2nd time.
 1st aku pergi vacation bersama keluarga aku. 
Dalam sibuk mencari responden aku dan geng tesis aku mencuri peluang ni untuk vacation sekali. 
*menyelam sambil telan airla kitorang*
Kebetulan masa tu memang cuti sem. Kitorang tak balik bercuti makanya itu makan dia..hahaha.
Seronok woo. Kawan aku Huda lagi teruja coz it's 1st time for her. 
Aku pergi bertiga, Huda, Lim dan aku,

Jom layan gambar.

Kitorang menginap dekat hotel ni Hotel Chua Gin.
Hotel budget saja. Siap-siap booking online sebelum pergi. Kitorang booking dekat booking.com.

the link:

 Senang cerita, sampai sana saja tidak perlu sibuk cari tempat tidur.
 *so clever*
 Kitorang booking two room. 
Takkanlah si Lim tu hendak share bilik sekali dengan kitorangkan.
 Nauzubillah.


Kitorang pilih standard room. Kitorang bertuah coz dapat room dekat new building. So, semua perabot pun barula ye. Tapi jauh sikit ke belakang daripada lobi utama hotel. Tidak mengapalakan kena jalan sikit, janji selesa. Bilik kitorang booking tu berdepan je dengan bilik Lim, so senangkan kerja kalau hendak berurusan dengan dia. Maklumlah datang sini pun disebabkan tugaskan. Bilik kitorang siap ada TV, aircond tiada tapi cukup sejuk dah. Memang selesa.

Kalau korang berminat aku sertakan sekali contact detail okey

Hotel Chua Gin
11, Main Road Brinchang 39100 Cameron Hinglands,
Pahang Darul Makmur Malaysia

Tel: 05-4911801 Fax: 05-4912782

Kalau korang hendak senang kerja cari hotel ni, hotel ni dekat saja dengan night market okey.

Malam 1st kitorang sudah jalan. Destinasi utama cari makan. Kebuluqq perOt weh.

Sebelum makanan sampai kita capture gambar dulu..hihi

Tuan blog dan Huda

Makanan sampai!!
*suka my tummy tengok*


Kitorang order makanan pun bajet juga ye.
Tapi sekali bayar amik.
mahal okey.
terkejut aku harganya dekat RM30
Semua ni kitorang order untuk seorang makan, nasi sajalah order dua pinggan. 
Kalau order untuk dua orang makan boleh terima lagi aku harga dia tu.
Benda pun sudah masuk perotkan, redha sajalah. 

Lepas isi perut kenyang-kenyang kitorang gerak jalan-jalan sekitar hotel. 
Masuk kedai souvenirs. 

Seronok Huda



 Lastly Huda dapat catch something yang dia berkenan. 
Aku saja still tiada yang berkenan di hati.

Keesokan harinya lepas settle cari responden, kitorang berjalan lagi

di Cactus Valley.
Masa ni aku dapat sambar beberapa kaktus. Cantik. Sangat cantik dijadikan hiasan di atas meja.

Cantik

 Ulat jadian

sempat makan. makanan berasaskan strawberi. mak oOi..masam.

 colourful. ada dijual di hadapan cactus valley

Huda sibuk memilih jeruk untuk dibawa balik

strawberi. wajib dihangkut balik ni.

bunga-bungaan. hias dibilik cantik ni.

pilih topi.

Selama 4hari 3 malam di sini
berangkut balikla kita. 
Kerja pun sudah habis, dengan duit-duit sekali habis.
Baliklah..balik. Menepis duit oii.

Okey itu dulu,

Jumpa di next entry

Salam

No comments:

Post a Comment