Thursday, 8 January 2015

ROH RAJIN DATANG

Assalamualaikum

Ehh!entry baru lagi ekk
siapa yang selalu follow aku
tahulah aku ni suka update cerita berpukal pukal dalam satu hari
lepaih tu berhari hari, berminggu minggu berbulan bulan bertahuun tahuun (melampau) senyap pulak

InshaaAllah
rajin update blog antara azam aku tahun ni
untuk blog pun ada bahagiannn uolls!
satu entry pun jadilah
inshaaAllah kalau roh rajin datang meresappp dalam dalam kat jiwa aku ni mihhmihhh
adalah entry baru 
kalau tak!tak adalah yee

bukan nak cerita pasal update blog ekceli
sebenarnya nak cerita pasal masak masak
lately roh membaking bangkit pulak dalam diri aku ni
yela! sejak sejak dapat special gift anibeseri dari en ramdzan aritu
tiba tiba pulak terajin nak godeh resepi nak comot comott kat opis kecik aku

1st projek aku buat tiramisu

selamat jadi
rasa pon ok

2nd projek buat vanilla cupcakes


masa mula mula bakar tergosong orang jawe kata
terlebih panas pulakk
pastu kali kedua bakar menjadi cantik
dapatlah 6ketol 
yang lebihnya masok tong sampah dan ada jugak terpaksa masok dalam perott
jadilah labu

projek ketiga pulakkk


kek pisang
mak aku datang bawak pisang berplastik plastik
naik peninggg aku
hasil kampung ni, mak aku tanam sendiri pisangnya
seminggu jugakk pening pikir nak buat apa dengan pisang banyak banyak ni
seminggu tu jugakla buat makanan berunsurkan pisang
pisang goreng, kek pisang cengkodok toksah kata, balik balik memang buat cengkodok jela
makan macam tu pun ada ubat sembelitttt katanya haha

Last minggu ni buat kek coklatttt


ok yummmy!
sedap sangat makan sejok sejok
stok desertt seminggu wehhh haha
jadi bukak je peti ais ada jugak makanan nak dimakannya
ni buat entry ni pun nyambil nyambil melantak kek coklat ni..melttt sangat

So, next projek tak tau lagi.
ni dok gatal asek belajar online buat cinnamon bread and pizza homemade ni.
tak taulah roh rajin nak buat tu bila nak meresap pulak
kena rajinlah kang kena perli pulak dengan en ramdzan 
hadiah dia tu terperoookk nak buat ape
kang tak pasal kena lelong kat mudah pulakk haha

DEMAM

Assalammualaikum


Demam iolls
1st time sakit untuk tahun baru 2015
hari ni masok hari kedua

Ya ampunnnn!
mencabar sunggohla demam demam ada anak kecik ni
masa rehat takda langsung
malam je aku dapat rehat sikit sebab en suami tolong jaga anak jap
tapi tu pun tak full rehat
yela adam kan BF

dulu zaman belom ada anak
kalau demam boleh je rehat, bantai tido lelama 24jam pon boleh
dah ada anak tak boleh weh buat gitu
kerja tetap kerja
supermOmmy sangat tau

demam kali ni pakej pulak tu
hinguss melelehh
menci tauuuu
tuhan!ni lah penghapos dosa dosa kecik agaknya
sabar jela kan

jangan ada kata aku sakit ni sebab pregnant anak kedua pulakkk
jangan! 
sakit beranakkan adam tak hilang lagi wehhhh haha

cepat cepat sihatlah!
rindu dah ni nak cium cium gomol gomol adam ;p

TAHUN BARU AZAM BARU WAJAH BARU

Assalammualaikum

Tik tokkk tik tokkk tikkk tokkkk ehhh!dah masok tahun 2015. 



2014 dah pun 8 hari labuhkan tirai. 
tik tokkk tik tokkk ehhh!dah 8hb pulak arini 
baru aku nak kasik uppp cerita pasal tahun baru ni 
Blasah. 
kasik uppp jela cerita ni kan. 

Kejap je aku rasa masa 2014 tu. 
tak puas kottt
banyak kenangan tau dalam 2014. 
macam macam berlaku ada yang best dan tak best jugak.

cerita pasal azam pulak
ada  azam aku 2014 yang selamat aku capai
dan ada jugak azam aku yang selamat hancur berkecai mihmihh
tak pa tahun ni aku akan pastikan aku achieve apa aku nak (macam poyo plak bunyinye ni) haha
biasalah tahun baru, azam pun baru. macam macam azamnya tu
ehhh!tak salah tau pasang banyak banyak azam ni
azam ni buat kita jadi manusia yang lebih baik tau
tu kalau azam korang baik baik jela

ehhh!ada ke orang pasang azam tak baik ni???

pasal wajah baru tu. bukan tuju kat aku tau.
takkanlah wajah aku bertukar jadi cinderella tahun baru ni..
melampauuuu beno gamaknya tu
ehhh!tak salah ekk pasang azam nk jadi muka macam cinderella ekkk... 
tengok tengok kemain nak mula mengarott haha
ct nurhaliza lagi cantekla. pasang azam nak cantik macam ct nurhaliza untuk suami la gitu..
good!gooD!
wajah baru tu pasal blogg aku ni hahh dah ada muka baru
barulah owner dia semangat nak update blogg...
khennnnn???
ni tak, scary je aku tengok haha

aku mengharapkan azam baru aku akan tercapai tahun ni. 
azam tahun lepas yang aku bawak tahun ni akan tercapai jugak
azam aku baik baik je.
takmola publish sini
maloooo iolls!!
ada je aku tulis azam tu kat satu buku rahsia aku haha
kena tulis tau, nanti lupa
petunjuk tu!petunjukkk!

SELAMAT TAHUN BARU koranggg! 
(hmmm 8hari dah weh!maloo!larikkk)

Friday, 5 December 2014

RESEPI | TIRAMISU

Assalammualaikum

Rujukan resepi ini melalui resepi yang telah dikongsikan oleh  akak Ana SuzanaHasilnya menakjubkan dan sangat simple untuk disediakan.
: Bahan bahan :
Sebiji kek sponge/ chiffon } aku beli dekat giant sudah. 
amik perisa pandan. nak perisa coklat pon boleh
250ml whipping cream
500gm cream cheese } nak pakai banyak pon boleh
serbuk koko van houtan
serbuk nescafe
1 sudu kecil essen vanilla
1 cawan air 
1/2 cawan gula kastor

: Cara cara :
1. Masukkan cream cheese whipping cream dan gula kastor dan essen vanilla. putar hingga sebati. start dari kelajuan rendah hingga tinggi. siap ketepikan dulu.

2. Bancuhkan 1 sudu nescafe dengan air tadi. agak agak ikot berapa banyak kepahitan yang korang suka. jangan pahit sangat kang tak sedap pulakkk

3. Potong kek sebesar mana, memadai dengan bekas korang pakai. then celopkan kek tersebut dalam bancuhan air nescafe tanpa gula tadi. agak dah lembap bubuh dalam bekas. jangan sampai lencun pulakk korang celopp sekadar melembapkan kek tersebut cukup.

4. setelah masukkan kek tadi kedalam bekas, lapiskan kek yang telah dilembapkan tadi dengan cheese yang telah siap disebatikan tadi.

5. Gunakan penapis, ambil sesudu serbuk coklat dan tapiskan ke atas lapisan cheese tadi. ketebalan lapisan terpulang pada korang. 

6. ulang stepp yang sama tadi. ikot berapa lapisan yang anda inginkan. setinggi KLCC pun layannnn.hahaaa

7. settle semua, masukkan kedalam peti aihhh. dalam 2 jam macam tu atau sekadar menyejukkan tiramisu tersebut.
ok..siapppp!selamat melayannnn kehendak tekakkkkk, selamat mencuba resepi simple ni. 

SAYA JUAL # BREAST PUMP MALISH MANGO!!

Assalamualaikum

Saya ada jual Breast Pump Malish Mango!


Ada berminat tak? 
Berminat boleh
Wassup KOD KUPON " MANGO " Ke: 019-3050486

atau PM kami di : https://m.facebook.com/messages/thread/1552165784998523

Direka KHAS sejak 2013 bagi membantu ibu mengepam &
mengumpul Stok Susu EBM secara Eksklusif Terutama ketika
si ibu Bekerja

Wassup KOD KUPON " MANGO " Ke: 019-3050486

atau PM kami di : https://m.facebook.com/messages/thread/1552165784998523

Ianya dicipta untuk bantu ibu;
➲ Mengepam Susu Tanpa Sakit
➲ Mengepam Susu dengan PANTAS, LANCAR & MUDAH
➲ Mengepam Susu denganTeknik Power Pumping
➲ Mengepam Susu di pejabat tanpa menggangu rakan sekerja
➲ Di cipta agar Sesuai dengan Semua jenis Breast Cup Size
➲ Di cipta agar Sesuai di bawa Travel atau ke tempat kerja
➲ Di cipta dengan parts yg Minima, agar senang di basuh & di pasang
➲ Di cipta utk Mengepam dengan Heavy-Duty iaitu lebih 10 kali sehari

Lihat testimoni di -->>

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1552265251655243.1073741829.1552165784998523&type=1

Ramai ibu-ibu yang SUKA SANGAT dengan produk ini.
Mana taknya,mereka seronok bila melihat Stok Susu
yg dapat di kumpul utk Baby mereka.

Antara Ciri-Ciri Utama Breast Pump ni yang Ohsem:

➜ Auto-Timer Stimulate & Expression Breast Pump
➜ Ringan je (270 Gram shj)
➜ Kecil (Senang bawa)
➜ User-Friendly, Mudah di gunakan
➜ 4 Sumber kuasa ; Boleh guna Elektrik, Bateri, Power Bank, adapter kereta
➜ Ultra Senyap
➜ Sedutan Mimik Baby
➜ Guna Teknik "Suck & Release"
➜ Di Design di Russia

BAGAIMANA BREAST PUMP MALISH MANGO NI BANTU ANDA?

➨ LANGKAH 1: Anda Pasangkan Tiub dari Corong ke Motor Pam.
➨ LANGKAH 2: Pegang Corong, Letak di breast & Clip Motor di pinggang
➨ LANGKAH 3: Tekan Button ON & pam ini akan mula mengurut Breast anda selama 2 minit secara AUTO bg mendapatkan 'Let Down' dgn Cepat.
➨ LANGKAH 4: Selepas 2 Minit, Pam akan secara AUTO, Express
atau mula mengepam Breast Anda dgn LEMBUT sehingga Breast Kosong!

MUDAH SAJA PENGGUNAANNYA!

Sis pasti Selesa sangat bila guna Breast Pump ni,
DENGAN BREAST PUMP MALISH MANGO NI, BANYAK FAEDAHNYA!
➲ InsyaAllah melegakan Bengkak Susu anda dgn SEGERA
➲ Jimat Masa Meriahkan Stok Susu EBM anda - Hanya 30 Minit Setiap Sesi
➲ Jimat Wang Beli Susu Formula
➲ Dapat Beri Si Manja Anda Susu TERBAIK dalam DUNIA
➲ Dapat Buat BANYAK stok EBM sebelum Anda masuk kerja lepas berpantang nanti
➲ 90% Ibu yang pam guna Breast Pump ni dapat 3-5oz Susu untuk kali PERTAMA Sesi MengePam

=========================
DENGAN MEMILIKI PAKEJ INI, SIS AKAN TERIMA;
==========================
1xSet Motor Breast Pump Auto Malish
1xAdapter in-home
1xSet Corong & tiub
1xWaranti kad (Waranti Setahun)
1xManual Cara Pasang & Guna
1xKotak Malish Mango Breast Pump
1xSpare Parts Extra (SPARE PARTS BOLEH DIDAPATI DARI KAMI)

===================
6 EXTRA BONUS BULAN INI:
===================
SILA WASSUP MILA utk Dapatkan 6 EXTRA BONUS LUMAYAN BULAN INI :

WASSUP KOD KUPON : " MANGO " ke : 0193050486

======================
KOS UNTUK PRODUK BANTUAN PENYUSUAN INI?
======================
NILAI SEPATUTNYA BAGI BREAST PUMP MALISH MANGO:
- RM400 (Cuba lihat dan bandingkan dgn produk Breast Pump lain)
HARGA SEBENAR BREAST PUMP MALISH MANGO - RM340
Tapi untuk SIS, kami sudi berikan DISKAUN RM60.
HANYA RM280 SAHAJA...
Ya, RM280 ...

DENGAN KOS RM280 INI, ANDA DAPAT;
1) KESEMUA ITEM DI DALAM PAKEJ INI
2) 6 BONUS EXTRA
3) WARRANTY 1 TAHUN
4) Khidmat Nasihat & Support FB Group Malish Breastfeeding
5.) JAMINAN PULANGAN WANG - JIKA SELEPAS 30 HARI SIS CUBA TAPI BREAST PUMP NI GAGAL PAM SUSU/SAKIT ATAU SIS X BPUAS HATI, KAMI AKAN TUKAR PAM BARU ATAU WANG SIS DIKEMBALIKAN! TIADA RISIKO. KAMI TAK LAYAK SIMPAN DUIT SIS!

Insyallah. Anda BAKAL berpuas hati dengan produk Bantuan Penyusuan yang TERBAIK ini. Bukan saja TERBAIK, tapi turut BERKUALITI LAGI BERKESAN.
DAPATKAN SELAGI STOK MASIH ADA NI. RAMAI YANG ORDER NI..SETAKAT INI SUDAH 287 UNIT DI ORDER SEJAK BULAN LEPAS

=======================
CARA SIMPLE NAK ORDER :
=======================
Wassup KOD KUPON " MANGO " Ke:

019-3050486

https://m.facebook.com/messages/thread/1552165784998523

P/S: Tawaran 6 FREE Gift Selagi Stok MASIH ADA!

#ADAM 3 MONTHS

Assalammualaikum

Hari ni Baby ibu, Adam Mirza dah 93 hari. 3hb, rabu semalam genap 3 bulan/ 91 hari. 

Ya Allah serius sekejapnya. cepatnya kamu ni membesar anak.

Tapi..tapi sakit melahirkan kamu dan trauma bersalin tu still ada lagi anak.




Masuk 3 bulan ni banyak perkembangan kamu yang ibu lihat depan mata ibu sendiri. 
seronok sangat dapat membesarkan kamu sendiri. 
hari hari bukak je mata pepagi, ibu dah ngadap kamu. 
berbaloi sangat ibu jadi suri rumah sepenoh masa anak.
rasa macam tengah buat eksperimen dekat makmal sains.
pemerhatian sentiasa dilakukan untuk melihat apakah tindakbalas kamu.

Sekarang kamu dah pandai menyembang. 
dah pandai dah kejut bangun abah ibu pepagi buta nak bersembang. 
sampai abah kat tempat kerja mengantok tak cukup tido. 
beria sangat bila kamu dapat ajak ibu abah bersembang. 
galak sangat suara kamu..ooOOO..AAaaaa

Kamu juga dah boleh pegang sikit sikit.
ibu pun dah beli mainan memegang yang lembut tu khas untuk ibu train kamu memegang.
tapi tapi kenapa kamu lebih suka pegang kain?
sampai tertutup muka.hingga buat jiwa raga ibu bergetar..

Kepala pun dah kuat. bila ibu train kamu meniarap. tinggi sangat kamu angkat kepala kamu.

Dah pandai isap jari dah. macam sedap sangat je ur fingers tu ye. juga dah pandai main sembur sembur ludah.omg!omg!


nyumm..nyummm dapnya my fingers ni

Kamu juga dah pandai buli ibu kamu..
suka manja dengan ibu. 
sampai susah ibu nak buat kerja rumah dan terpaksa ibu curi curi buat kerja rumah dan terpaksa ibu guna teknik terdesak untuk jaga kamu..
macam mana??
sarungkan bantal peluk dengan baju ibu tarukkk sebelah kamu. dan kamu..diammm..haha
ibu tau kamu tahu bau badan ibu..dan kamu love it sangatkan!!!haha

Kini berat kamu dah 5.5kg. tak banyak pun naiknya. 
lepass ni kamu kena mnyusu dengan lebih rajinlah ye. 
kamu ni memanjang je lebih anak 
maybe kamu ikot baka belah ibu.
now panjang kamu dah 60cm. 
Kesian kamu kena cucuk kali kedua dos tiga serangkai ye sayang. 

ibu akau usaha beri kamu susu ibu. 
even kadang kala ibu terpaksa juga campur bagi susu formula..stok susu ibu kadangkala merundumlah sayang...


ibu ajak Adam wefie sebelum pergi cekup bulanan dekat KK 

Doa ibu agar Adam membesar dengan sihat. 
jadi anak yang soleh.
permudahkan urusan ibu abah.
disempurnakan imanya. 
tinggi akhlak dan budi pekertinya. 
cerdik akal dan mindanya. 
terang hatinya.


ibu abah sayang Adam sangat sangat

Thursday, 4 December 2014

1st TIME MAKAN DEKAT SABA RESTAURANT CYBERJAYA

Assalammualaikum

Malam tadi kitorang anak beranak gerak pergi Cyberjaya. dekat je dari Puchong ni.
Tak plan ke mana pun malam tu sebab memasing dah keletihan pergi bawak Adam cekup bulanan petang tu. aku pun dok sibuk busy dekat opis kecik. masak siap-siap bekal En. Ramdzan untuk hari ni dan sibuk bermixer nak layan tekak buat tiramisu. 
dah siap tiramisu. bukak wasup, tok abah Adam update gambar. ada dekat Cyberjaya. outstation. apa lagi cepat cepat call tok abah Adam. on the spott lepas call. 
siap siap kemas dapur, solat semua. berdezzuppp kitorang gerak ke Cyberjaya. 

Sampai saja tempat stay tok abah Adam dekat Tune Hotel. Tok abah Adam ajak cek in bilik dulu. lepak lepak. Tok abah Adam nak main dengan Adam. 
Tengoklah seketol Adam dengan tok abah dia. 


Bukan main manja lagi. seronoklah tok abah Adam dapat jumpa Adam. 
sembang sembang gelak gelak.hihi

Lama jugak lepak lepak dalam bilik. Dalam pukul 10pm kitorang baru turun lepak dekat kedai makan. Depan hotel tu tak banyak pilihan kedai makan pun. ada dua buah kedai saja tak silap. satu mamak satu lagi Saba Restaurant. Plan nak makan dekat mamak. tapi kaki dan bontot bergerak di bawah minda sedar agaknya. tu melekat dekat Saba ni.

sebelum ni pernah dengar ja restaurant ni. lagi pun aku bukan minat makan makanan arab ni. so tak adalah beria nak makan dekat situ. masuk saja dalam kedai makan ni. 
serius full ok! full! 
boleh tahan selera orang Malaysia ni.  
sebab memang ramai orang exp melayu makan sini. bersilih ganti. 
eehh!sedap sangat ke?

Dekat Saba Restaurant ni ada dua choice. sama ada nak makan dekat dalam or dekat luar yang tak berbumbung. mula mula tu. dah penuh orang. tempat yang kitorang dapat dekat luar. memandangkan i brought a baby kecik ni. waiter tu offer kitorang sit dekat dalam. kebetulan ada customer baru je gerak bangun. dapatlah duduk dalam. 
lagi pun dekat luar budak budak muda ramai isap syisha. 
jadi macam tak bestlah kan dengan asap asap bagai.

Masa ni Adam dok bantai tido. jadi gilir gilir peganglah.
Tok abah Adam tak makan. sebab baru lepas makan katanya sebelum maghrib. 
so, kami laki bini saja yang makan. En.Ramdzan memang pantang nampak lamb. jadi dia dok bantai order kabsah lamb. banyak lagi menu selection dekat Saba ni. 
berdasarkan pemerhatian orang keliling aku dapati memang the biggest portionlah tengok pinggan pinggan dorang. aku laki bini decide share berdua je. 
then. order french fries and falafel sandwich. 
tengok portion nasi lamb kabsah ni beso kan??? sorang makan tu tau. nasib order untuk sorang. kalau tak matilah nakkk nak menghabiskan ni

abaikan model Saba ni

Rasa lamb kabsah  ni nice lah. sedap. serius sedap. kenalah dengan sambal dia. harga pun ok RM17 kalau tak silap. lepas ni boleh pergi lagi memandangkan En ramdzan asek dok menyebot je pagi ni. tapi lain kali aku nak order ayam pulak. 
takmo ikot En Ramdzan punya selera.bhahaha. 

sistem bayar pun pakai kad oooiii jemah!


lepas habis makan sila bawak kad ni ke kaunter untuk tujuan pembayaran. 
tak boleh bawak balik! ok!bhahaha

So the conclusion is makanan tip topp. ada menu yang cepat je licinn. aku memang recommedla bagi peminat makanan arab ni.kebersihan kurang sikit. lagi lagi dining space aku. tak best langsung pemandangan. lepaih tu kat luar ada sampah rokok kat lantai. banyak!meja pun kurang bersih dan kurang tersusun. servis cepatt. makanan cepat sampai. tak payah tunggu lama tapi ikot menulah yang kita order. malam tadi nasi kitorang lagi cepat sampai daripada air. masuk pun terus dilayan. tak perlu terpinga pinga. sibuk susah susah cari meja. dok tawaff kedai. harga boleh tahan. setakat makan untuk beberapa ketol boleh tahanlah. kalau bawak ramai ramai kena saving dululah. maybe bil akan menyamai perbelanjaan stok makan dalam peti aihhh sebulan.mihmihhh.
eehhh!tapi harga milo cold dia mahal la wehh..RM4 tau.cup kecik je.
tp normal le kan kedai makan macam ni

ok..Sape sape pergi Cyberjaya boleh cuba menu arab ni. 
ni alamatnya

4800 suite 0-2, Ground floor block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana Cyberjaya 63000 Selangor.