Thursday 4 December 2014

1st TIME MAKAN DEKAT SABA RESTAURANT CYBERJAYA

Assalammualaikum

Malam tadi kitorang anak beranak gerak pergi Cyberjaya. dekat je dari Puchong ni.
Tak plan ke mana pun malam tu sebab memasing dah keletihan pergi bawak Adam cekup bulanan petang tu. aku pun dok sibuk busy dekat opis kecik. masak siap-siap bekal En. Ramdzan untuk hari ni dan sibuk bermixer nak layan tekak buat tiramisu. 
dah siap tiramisu. bukak wasup, tok abah Adam update gambar. ada dekat Cyberjaya. outstation. apa lagi cepat cepat call tok abah Adam. on the spott lepas call. 
siap siap kemas dapur, solat semua. berdezzuppp kitorang gerak ke Cyberjaya. 

Sampai saja tempat stay tok abah Adam dekat Tune Hotel. Tok abah Adam ajak cek in bilik dulu. lepak lepak. Tok abah Adam nak main dengan Adam. 
Tengoklah seketol Adam dengan tok abah dia. 


Bukan main manja lagi. seronoklah tok abah Adam dapat jumpa Adam. 
sembang sembang gelak gelak.hihi

Lama jugak lepak lepak dalam bilik. Dalam pukul 10pm kitorang baru turun lepak dekat kedai makan. Depan hotel tu tak banyak pilihan kedai makan pun. ada dua buah kedai saja tak silap. satu mamak satu lagi Saba Restaurant. Plan nak makan dekat mamak. tapi kaki dan bontot bergerak di bawah minda sedar agaknya. tu melekat dekat Saba ni.

sebelum ni pernah dengar ja restaurant ni. lagi pun aku bukan minat makan makanan arab ni. so tak adalah beria nak makan dekat situ. masuk saja dalam kedai makan ni. 
serius full ok! full! 
boleh tahan selera orang Malaysia ni.  
sebab memang ramai orang exp melayu makan sini. bersilih ganti. 
eehh!sedap sangat ke?

Dekat Saba Restaurant ni ada dua choice. sama ada nak makan dekat dalam or dekat luar yang tak berbumbung. mula mula tu. dah penuh orang. tempat yang kitorang dapat dekat luar. memandangkan i brought a baby kecik ni. waiter tu offer kitorang sit dekat dalam. kebetulan ada customer baru je gerak bangun. dapatlah duduk dalam. 
lagi pun dekat luar budak budak muda ramai isap syisha. 
jadi macam tak bestlah kan dengan asap asap bagai.

Masa ni Adam dok bantai tido. jadi gilir gilir peganglah.
Tok abah Adam tak makan. sebab baru lepas makan katanya sebelum maghrib. 
so, kami laki bini saja yang makan. En.Ramdzan memang pantang nampak lamb. jadi dia dok bantai order kabsah lamb. banyak lagi menu selection dekat Saba ni. 
berdasarkan pemerhatian orang keliling aku dapati memang the biggest portionlah tengok pinggan pinggan dorang. aku laki bini decide share berdua je. 
then. order french fries and falafel sandwich. 
tengok portion nasi lamb kabsah ni beso kan??? sorang makan tu tau. nasib order untuk sorang. kalau tak matilah nakkk nak menghabiskan ni

abaikan model Saba ni

Rasa lamb kabsah  ni nice lah. sedap. serius sedap. kenalah dengan sambal dia. harga pun ok RM17 kalau tak silap. lepas ni boleh pergi lagi memandangkan En ramdzan asek dok menyebot je pagi ni. tapi lain kali aku nak order ayam pulak. 
takmo ikot En Ramdzan punya selera.bhahaha. 

sistem bayar pun pakai kad oooiii jemah!


lepas habis makan sila bawak kad ni ke kaunter untuk tujuan pembayaran. 
tak boleh bawak balik! ok!bhahaha

So the conclusion is makanan tip topp. ada menu yang cepat je licinn. aku memang recommedla bagi peminat makanan arab ni.kebersihan kurang sikit. lagi lagi dining space aku. tak best langsung pemandangan. lepaih tu kat luar ada sampah rokok kat lantai. banyak!meja pun kurang bersih dan kurang tersusun. servis cepatt. makanan cepat sampai. tak payah tunggu lama tapi ikot menulah yang kita order. malam tadi nasi kitorang lagi cepat sampai daripada air. masuk pun terus dilayan. tak perlu terpinga pinga. sibuk susah susah cari meja. dok tawaff kedai. harga boleh tahan. setakat makan untuk beberapa ketol boleh tahanlah. kalau bawak ramai ramai kena saving dululah. maybe bil akan menyamai perbelanjaan stok makan dalam peti aihhh sebulan.mihmihhh.
eehhh!tapi harga milo cold dia mahal la wehh..RM4 tau.cup kecik je.
tp normal le kan kedai makan macam ni

ok..Sape sape pergi Cyberjaya boleh cuba menu arab ni. 
ni alamatnya

4800 suite 0-2, Ground floor block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana Cyberjaya 63000 Selangor.

No comments:

Post a Comment