Friday, 9 May 2014

BERKORBAN

Assalammualaikum

Diam tak diam hampir lima bulan jugak aku tak update blog aku ni. Ni aku nak share sikit cerita pasal perkhabaran gembira kehamilan aku. Hari ni usia kandungan aku masuk 22 w 3d. Alhamdulilah. Syukur sangat dengan rezeki Allah yang  maha hebat ni.

TAK RANCANG

Sebenarnya kami laki bini, aku dengan En. Ramdzan memang tak planning pun. Tapi syukur rezeki anak yang Allah bagi ni cepat. memang tidak dijangka. Dalam sebulan lebih macam tu kitorang dah dapat the good news ni. Macam mimpi pun ada jugakla masa mula-mula tu. 

Sebelum cek prengnant ke tak, aku memang kena demam teruk. Lama jugaklah. dalam 2 minggu macam tu. badan memang tak sedap. memang complete pakejla. demam + batuk + selsema semua. Masa demam tu, tak terfikir langsung pasal nak mengandung ni. ingatkan juz demam sebab penat kenduri ke apakan. ohh..mak aii. pembawakan budak rupanya. maybe perubahan hormon dalam badan aku la kan. masa aku kena demam-demam tu, mak aku,keluarga mertua aku dah kata, agaknya pembawakan budak. laki aku pun rasa macam tu tapi aku tak percaya coz baru sangat kot aku kahwin kan. dan dan dorang asyik kata macam tu, kitorang laki bini pun plan beli prengnant test. maka belilah kami. masa beli kat farmasi tu pun farmasist tu tengok aku pun semacam, dia ingat aku ni belum kawin kot. maklumlah aku ni kan cenonet je kan. so it's ok. jadi dah beli tu buatlah aku ujian tu sendiri lepas bangun dari tido. aku beli brang yang paling murah je. RM 10 macam tu. result memang -VE. 


*aku amik gambar kat google je. tak sempat nak snap pun aku punye EPT tu. kepala masa tu senoneng*

Lepas tu kan, dah buat EPT tu. Demam aku pun tak elok lagi. badan tak sedap. paling best kena muntah-muntah. yang ni laki aku terus heret aku pergi klinik cek. sekali doktor buat result +VE. terkezuttt aku masa tu. syukur dalam masa yang sama masih tak percaya. laki aku kemain senyom sokmo sebab aku dah kena buatan dia. 

*asal panjang sangat, mana part berkorban tu*

BERKORBAN

Pasal berkorban ni, aku terpaksa berhenti kerja. sebabnya masa awal prengnant aku ada bleeding. doktor cakap masih tak kuat lagi. yela..aku pergi kerja naik motor berdua dengan laki aku. rumah aku puchong nak ke KL, Raja Chulan tu agak jauh jugak. Ambil masa dalam satu jam lebih macam tu atas motor. dengan keadaan jalan yang tak berapa nak cantik. lubang, bendul segala bagai maybe sebab hentakkan tu yang sebabkan bleeding. jadi nak tak nak, laki aku suruh je berhenti kerja. tak nak amik risiko. jadi berkorbanlah kita, jadi suri rumahtangga dan say good bye to Bank Rakyat team..sobs sobs.

p/s: harap adalah rezeki lain yang mendatang lepas bersalin nanti. Amin. InshaaAllah~

SETELAH SEKIAN LAMA

Assalammualaikum

Hi! everyone. Lamanya tak masuk kat blog ni..habis punah aku punya ingatan mengakses semua. Tajuk memang tak boleh blah. sebab tak tahu nak boh tajuk apa. setelah sekian lama aku tak berblog ni macam-macam dah berlaku. banyak dah perubahan. perkembangan diri, dunia semualah semua..bhahaha.

So, mintak konsistenla mengupdate blog ni..
*itu pun rajin ye idok*

p/s: so please give me some idea nak bercerita tentang apa ye..?
hmmm..tink!tink!


hamek ko..bermentol-mentol aku tanam biar senang idea menulis aku mencanak naik.

Friday, 10 January 2014

HORMAT vs DARJAT

Assalammualaikum

Menjadi kebiasaan setiap pagi hari bekerja, saya keseorangan di rumah dengan ditemani dua buah laptop iaitu milik saya dan suami. Ditambah dengan kehadiran huddle Yes Proton sebagai penyeri hari saya walaupun adakala ia berfungsi bagaikan tidak cukup oksigen pernafasan. Saya melakukan aktiviti saya seperti biasa, buat itu dan buat ini. Menghabiskan masa santai saya sebelum saya menjengah dalam kehidupan yang sibuk beberapa hari lagi tetapi semua itu saya lakukan sekejap sahaja bagaikan ada yang tidak kena. 

Maka dengan itu, saya membuat keputusan masuk ke bilik stor untuk menggeledah kotak-kotak yang tersusun di dalam stor. Kebanyakkan kotak-kotak tersebut dipenuhi dengan buku-buku milik suami. Geledah dan terus  menggeledah, memilih dan terus memilih akhirnya saya berminat dengan satu buku bertajuk The 7 Habits of Highly Effective People penulisan Stephen R.Covey.  Kemudian saya menyusun semula kotak-kotak yang  berjaya saya geledahi tadi. Pintu bilik stor ditutup dan saya menyusun langkah untuk kembali ke tempat lepak biasa saya di rumah iaitu di ruang tamu.

Buku yang berjaya menambat hati, saya selak helaian demi helaian. Baca hanya sekali lalu saja setiap helaian tetapi tidak kesemua helaian buku. Tiba-tiba selakkan tersebut terhenti dan saya merenung saja pada helaian selakkan terakhir saya. Mata pada helaian tersebut tetapi minda saya jauh berlari. Sudah pastinya minda saya berada pada aras bawah sedar pada ketika itu. 

Minda saya membayangkan buku berkulit ungu di salah satu kotak dalam stor. Di atasnya terdapat tulisan Rich Dad’s. Dalam hati saya berkata, banyak juga koleksi buku penulisan Robert T. Kiyosaki milik suami saya. Saya kurang berminat kerana penulisan tersebut banyak menyentuh mengenai krisis ekonomi semasa. Tetapi buku berkulit ungu tersebut juga mendominasi bayangan saya . 

Bayangan buku berkulit ungu yang terpampang wajah penulis pasak tersenyum persis Jackie Chan tersebut bermain di minda tetapi bukan hanya bayangan kosong malahan bayangan tersebut diiringi dengan banyak persoalan di ruang legar minda saya. Perkataan “Rich” menghantui fikiran saya. Kekayaan dan harta. Orang berada dan orang tidak berkemampuan. Saya persatu persoalan timbul sehingga senak minda logik saya berfikir. Yang pasti persoalan tersebut berkaitan manusia dan kehidupan. Persoalan tersebut datang di minda bawah sedar saya bersama emosi. Peristiwa di pusat membeli-belah tempoh hari turut singgah memacu persoalan saya.
 
Kenapa manusia memandang kepada darjat, pangkat, rupa, harta dan sinonim dengannya untuk memberi penghargaan atau penghormatan kepada seseorang? 

Kadang-kadang saya gemar memerhatikan keadaan sekeliling saya. Contonya, jika saya berada di pusat membeli-belah. Memerhatikan gelagat dan karenah orang disekeliling saya sama ada sedang leka memilih barang, makan, beratur menunggu giliran mahupun sedang bekerja.

Tempoh hari saya berpeluang ke pusat membeli-belah. Setibanya di pusat membeli-belah tersebut suami menyatakan hasrat untuk ke tandas. Mahu tidak mahu saya perlu juga menunggunya dilokasi yang berdekatan dengan tandas pusat membeli-belah tersebut sementara suami melegakan sistem pembuangan dalam tubuhnya. Asyik sedang leka memandang sekeliling, pandangan saya tertarik pada satu booth jualan langsung barangan elektrik. Saya hanya memerhatikannya dari jauh saja. Memerhatikan gelagat jurujual dan orang ramai.

Kemudian telah datang seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an. Lelaki tersebut hanya berpakaian biasa, bertshirt ,berseluar traksuit juga hanya berselipar. Apa yang saya dapati jurujual tersebut acuh tidak acuh  saja melayan lelaki tua tersebut walaupun sesungguhnya daripada pemerhatian saya lelaki tua tersebut sangat berminat dengan barangan tersebut. Apa yang dapat saya simpulkan pada pemerhatian saya ketika itu jurujual tersebut hanya tertarik untuk mempromosi barangan tersebut kepada orang ramai yang mempunyai penampilan kerana selama beberapa minit saya disitu, jurujual tersebut hanya menyapa orang ramai yang mempunyai penampilan menarik. Mungkin jurujual tersebut merasakan orang yang berpenampilan menarik berwang juga sebaliknya. Mungkin ini satu pemerhatian yang kebetulan saja. 

Sudah menjadi lumrah hal tersebut benar-benar berlaku dalam kehidupan realiti kita. Mungkin anda yang sedang  membaca cerita saya ini juga pernah mengalaminya sendiri? Saya juga tidak terlepas dari kekhilafan tersebut. Adakah orang  yang disekeliling kita mengaku sebagai barisan menteri kabinet, kerabat di raja baru penghormatan tersebut perlu diberi? Adakah peminta sedekah di jalanan tersebut tidak layak untuk menerima layanan baik daripada kita? Apakah perlu golongan yang kurang bernasib baik ini dilihat hanya pada pandangan sebelah mata kita saja? Apakah anugerah senyuman yang Allah anugerahkan itu terlalu mahal untuk disedekahkan kepada orang? Adakah polisi agar memberikan layanan buruk kepada golongan yang tidak bernasib baik ini telah wujud?

Saya tegaskan, penghormatan di sini bukanlah suatu penghormatan yang perlu disanjung dan diangkat darjatnya. Cukuplah sekadar memberi layanan yang baik tidak kira apa jua urusan kita sebagai tanda kita menghargai orang disekeliling kita. Walaupun orang disekeliling kita itu tiada pertalian darah sekalipun. Berilah layanan yang baik kepada orang keliling kita tidak kira status atau darjatnya. Pasakkan senyuman agar jalinan uhkwah sentiasa terjalin. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup ini. Bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita di muka bumi milik Allah ini.

Dalam Surah Al-Hadid ayat 22-23 ada menyebut:

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."

Wallahu’alam. Bak kata Prof Dr Muhaya, jom audit diri.

p/s: Penulisan ini bertujuan dijadikan sebagai peringatan bersama. Inshaa Allah.



SEMALAM DAN HARI INI

Assalammualaikum

Pernahkah anda merasakan masa berlalu begitu pantas?
Bangkit saja dari tidur waktu subuh, saya melakukan rutin harian seperti biasa dan belum sempat selesaikan tugas harian tiba-tiba hari sudah menjadi kelam. Saya merasakan kesibukkan memakan diri. Jika dulu saya merasakan mampu melakukan banyak perkara tetapi sekarang sedikit benar perkara yang saya lakukan dalam kehidupan seharian saya. Saya diburu oleh masa dalam diam tanpa saya sedari.

Adakah ini suatu petanda kiamat makin dekat?

Dalam riwayat H.R Tirmizi:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasullullah s.a.w bersabda:
“Tidak akan jadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu percikan api”.

Wallahu’alam.

DREAMS CAN INSPIRE YOUR ACTION

Assalammualaikum


Kadangkala dengan angan-angan akan menghasilkan suatu tindakan and trust, dreams can inspire you, but goals can change your life.

Konsepnya, fikiran akan menghasilkan emosi, emosi pula akan menghasilkan tindakan dan tindakan akan menghasilkan kehidupan.

Prof Dr.Muhaya selalu berpesan dalam program motivasinya bahawa fikiran positif akan hasilkan perkara positif dan juga sebaliknya.

But don't confuse your dreams with goals.dream occupy your mind and goals take over your reality.

p/s:The Secret Life of Walter Mitty has haunted my life..hoho


Thursday, 28 November 2013

WAKTU DHUHA

Assalammualaikum

Setiap daripada kita menginginkan rezeki melimpah ruah. mempunyai impian untuk menjadi kaya raya, result exam yang bagus, kedudukan dan pangkat yang tinggi, dikurniakan anak, macam-macamlahkan yang baik-baik yang diinginkan kita sebagai insan ni.

kadang rezeki yang melimpah ruah tu datangnya daripada sumber yang tidak halal. nampak gaya hidup mewah, memiliki kereta mewah, banglo yang eklusif, duit bertingkek-tingkek, pakai barangan berjenama tapi silapnya datangnya daripada sumber yang haram.(aisehmennn..tubuk tapak tangan) misalnya rezeki hasil merompak ke kan, so bila kita plus plus aset kita semua yang tidak halal tu maka totally memang tidak berkatlahkan. hidup mesti tak tenteram.jadi biarlah hidup kita ni nampak sengkek, hanya ada motor capuk. makan pucuk paku pungut tepi longkak tapi rezeki kita tu datangnya daripada sumber yang halal.

sebenarnya, jika kita mahukan dilimpahkan rezeki melimpah ruah tidak terluah tu, kita boleh memohon dan meminta pertolongan daripada pencipta kita Allah yang Maha Esa. kita minta saja jangan sombong, doa banyak-banyak. sebab tu kita umat islam ni digalakkan melakukan solat sunat dhuha.

solat sunat dhuha digalakkan dilakukan bertujuan memudahkan pintu rezeki kita terbuka luas. salah satu jalan meminta dan memohon pertolongan daripada Allah. janganlah kita sombong dan malas untuk meminta kepada Allah.kalau kita sombong dengan Allah makanya Allah pun sombong dengan kita, tidak pedulikan kita. sesungguhnya Allah bersifat Ya Rahman Ya Rahim kepada makhluk ciptaanNya. ringan-ringankanlah meluangkan masa 5-10 minit setiap pagi sujudnya padanya. *pesanan untuk aku juga

Solat sunat dhuha

Time doing: dari terbit mentari-hingga mentari tegak sebelum menjelangnya waktu zuhur (sekitar 7.30am till 12.00pm ada juga sumber yang outline waktu dhuha ni sekitar jam 8am till 1.00pm).

Jumlah rakaat: 2, 4, 8 atau 12 rakaat. (selalu aku buat 2 rakaat saja).

Cara perlaksanaan:
1) Niat



2) Bacaan
i) rakaat pertama: Al-fatihah dan ayat Qursi/ Al-kafirun
ii) rakaat kedua: Al-fatihah dan surah Al-ikhlas 11kali (aku suka buat nombor ganjil tapi ada saja yang buat 10kali etc)

3) Bacaan pada sujud rakaat terakhir, baca sebanyak 41kali
 
* ada saja yang baca Ya wahab sebanyak 41kali tapi better dan afdal bacalah bacaan di atas ni. mudah saja nak ngapalnya.

4) selepas beri salam baca doa dhuha ni


Antara fadilat dhuha mengikut hadith daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

p/s:ni antara solat dhuha yang ringkas. yang mudah aku praktikkan.tapi ada saja cara dhuha yang lain..wallahualam. sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah. sebagai insan ciptaanNya kita perlu ikhtiar dan sentiasa memohon pertolongan daripadaNya.inshaaAllah~suka dengar lagu unic doa dhuha..makin mudah nak ngapal doa dhuha dalam arab. weee..

Monday, 11 November 2013

BFF

Assalammualaikum

Hai tengah malam ni kita buat sesi menjengah laman sesawang peribadi sendiri ye. peribadi tu tak peribadi sangatlah. before tu jutaan tahniah kepada pasangan pengantin baru Fizo and Mawar. memang begitu nyata jelita si Mawar lagi-lagi bila mengenakan tudung Fareeda yang beratus ringgit di kepala..(motif sangat).

Bukan itu yang mahu aku bikin gampang di sini tapi cerita mengenai bff. 
What's bff?


bff is bullies freinds forever. hahh..yang ini betul-betul bikin gampang tak memasal ada yang kena baling selipar jamban dekat tang muka tu. bff is best freinds forever. siapa tak ada best freinds kan. rugi yang amat sesiapa yang tiada bff ni. bff aku tak ramai adalah beberapa ketol..susah kotkan nak melablekan kawan-kawan yang kita ada tu sebagai bff ataupun tidak. bff ni secara peribadi ianya adalah suatu jalinan yang begitu ekslusif.

Umum, persahabatan yang terjalin memang tidak diduga. kadang hanya mampu terjalin apabila sekadar melemparkan senyuman dijalanan tetiba esok lusa jadi kawan kita pulak. kadang tu selisih bahu saja lebih dasyat lagi kawan kita dulu kisahnya si pencuri sabun basuh kita masa zaman kolej. (ehhh!macam pernah jadi saja ni..haha). kalau zaman sekarang hanya sekadar say hye di inbox terus jadi sahabat kita. macam-macamlah cerita disebalik pertemuan akhirnya terjalin menjadi sebuah ikatan persahabatan.

so, kalau dah terjalin sebuah persahabatan then boleh dilablekan sebagai bff ni, kalau berjumpa banyaklah celoteh. kadang tu kalau jumpa, planning hanya sekejap sekali kalau jumpa mak ooi satu hari tak cukup. penuh list bahan yang dibualkan. kalau telefon berasap telinga. banyak bendalah kita nak share itu ini. lepas tu ketawa sakan memang tak boleh elak, kalau bual berdepan tepuk tampar mesti kena ada baru real bercerita, lagi manusia jenis macam aku yang jenis ringan tangan..haha. ya ampun ya my kawan-kawan.

Kenapa seseorang itu mampu mendapat gelaran bff ni?

1) ikhlas berkawan
macam perhubungan yang lain, perhubungan persahabatan juga memerlukan kejujurannya. biasalahkan peel manusia ni macam-macam sebenarnya. aku ada jumpa kawan yang tak ikhlas dalam berkawan ni. ada patot berkawan sekadar ambil kesempatan. ambil kesempatan sebab duit ke, apa-apa sajalah. kadang tu sekadar nak korek rahsia kita then cerita dekat orang lain. malukan aib kita, tokok tambah cerita yang tak patut. korang pernah jumpa? orang yang macam ni kita perlu nyahkan dalam hidup kita..hehe. tak patotlah buat macam tu. jangan korang buang mereka-mereka tu hidup-hidup sekadar berhati-hati saja. lepas tu korang makanlah hati sendiri dengan perbuatan mereka-mereka tu. ikhlaskan saja perbuatan mereka pada kau.so lepas ni kalau nak berkawan perlu bersihkan hati dulu agar mampu membentuk perhubungan persahabatan yang suci bersih..hehh.ingat dengan keihklasan juga dapat build hati kita jadi tenang.

2) Susah senang bersama
dapat kawan yang nak susah senang bersama pun susah. sedihkan bila dapat kawan yang bila senang dekat, bila susah tinggal. jadikan kita seperti payung. perlu pakai, tak perlu buang merata. memang no good kalau buat peel macam tu. patutnya kalau kawan dalam keadaan susah kita sebagai kawan patut hadir memberi bantuan. jangan lari entah ke mana. kadang sekadar bantuan peningkatan moral value sudah memadai. kalau kawan kita ada masalah dari segi kewangan, bantu sekadar mampu. kalau tak mampu terus terang pada mereka. jangan tinggalkan kawan tu. lepas selesai masalah kawan kita, kita cari dia lagi pulak. memang tak patut jadi macam ni. sifat toleransi dan tolong-menolong perlu ada apabila menjalinkan hubungan persahabatan ini.

3) pandai jaga hati
tang ni pun penting. kita perlu jaga hati kawan kita. tak kira aspek perbuatan atau perkataan. kalau sesuatu yang kawan korang buat tidak menyenangkan diri korang, sila tegur molek-molek jangan kau hentam si kawan korang bulat-bulat. contohnya, si kawan tu tolong korang buatkan kek, walaupun taste kek kawan kau buat tu memang ke laut tapi tegur secara berhemah, guna ayat macam ni ke "not badlah tapi aku rasa kau ada kurang something ni" etc yang penting sopan dont's "eei!tak sedap langsung blahh and blahh blahh". (tiada situasi lain ke aku nak share, cerita pasal kek jugak aku nak bagi contoh, maklum kebulur tengah pagi). berlembut itu perlu ye walaupun untuk menegur.

4) masalah kongsi bersama
yang ni terpulanglah pada individu. tapi boleh jugak apply sebab kalau kita share masalah sesama ni rasa boleh closekan lagi hubungan tu. so kita dapat cari jalan penyelesaian bersama. bff yang ada dapat bagi idea atau jalan keluar daripada masalah yang korang hadapi. tapi berpadalah kau nak berkongsi masalah tu. kalau macam aku yang patut saja cerita, tak patut dicerita yang boleh aku handle sendiri problem tu aku tak cerita pun.simpan elok-elok dalam hati.

5) ajak buat benda baik
Ajaklah kawan korang untuk melakukan kebaikan secara bersama-sama atau pun sendiri-sendiri. Ajak untuk berbuat kebaikan walau sekecil apa pun. yang ni paling best, jangan dekati kawan yang ajak korang buat benda jahat. kalau macam ni memang tak boleh langsung digelarkan sebagai kawan, bff lagu jauh sekali. perlu beware selalu. ingat-mengigatkan tentang perkara baik adalah perlu agar kita sesama dapat benefitnya.

Sebenarnya banyak lagi, aku senaraikan sikit saja. maklumlah aku ni pemalas nak menaip. entry pasal bff ni aku create pasal aku merindui my bff.rindu sangat-sangat. ingatlah menjalinkan silaturahim adalah perlu. sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk memiliki teman dalam hidupnya. kalau korang tak suka berkawan duduk diam-diam dalam gua sana..;p. sebagai seorang yang memiliki bff anda perlu berusaha untuk sentiasa memperbaiki tahap persahabatan anda. jika ada yang keroh cepat-cepat jernihkan balik. gunakan kelebihan kebijaksanaan kita untuk memikat sahabat kita. tapi bukan untuk ambil kesempatan sudah.


Doaku untuk sahabatku
Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik untuknya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman,jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu,kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan,kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia juga akhirat kelak.

p/s: sahabat jika hari ini aku lalai dengan urusan duniaku tegurlah aku, nasihatilah aku, pimpinlah aku agar aku mengingati lebih tentang kehidupanku diakhirat kelak.