Tuesday 25 November 2014

KUCING

Assalammualaikum



Rasa terpanggil pulak nak buat satu entry pasal kucing ni. sebab weekend haritu ada tertengok satu rancangan kat TV3. apa entah tajuk dia aku pun tak hengatt. aku terus terang aku bukanlah seorang yang suka bela kucing. tapi bukan bermakna aku menzalimi haiwan tersebut. aku suka sangat tengok kucing lebih lebih lagi gelagat haiwan comel tersebut. akibat mempunyai rasa 'geram' yang melampau terhadap haiwan tersebut, makanya aku tidak dikurniakan bakat untuk membela haiwan bernama kucing. mihmihh. suka sangat tau kacau kucing. main acah acah dengan lidi. paling best tarik ekor. haha. jahatkan?

Seronok sebenarnya bila tengok gelagat kucing sekali dengan si owner. kelakar pun ada. macam macam depa dok buat dengan kucing kesayangan depa naa. pakaikan baju, beli sangkar etc.sanggup berhabis duitlah senang cerita. dulu masa zaman sekolah, aku dan adik-adik aku pernah membela jugaklah haiwan tersebut. adalah dalam 3  k 4 ekor. akibat terlampau caring sangat, kucing tersebut matii kesemuanya. satu demi satu mati tau. sampai kena marah dengan mak masa tu. sob. sob. korang nak tahu apa aku buat?. setiap kali balik sekolah. aku dok mandikan. time hujan pun dok bantai mandikan. caring sangatkan. kesian tau diingatkan balik, kucing tu gigil kesejukkan. masa ni memang bodoh terlampaula pasal kucing ni. bila diingatkan memang kelakar. excited ko balik sekolah nak jumpa kucing sebab nak mandikan. adoii. bagi seploh kucing bela pun tak da satu yang hidup gamaknya kalau ginilah gayanya nakk. 

Sejak menjadi penyebab kematian kucing tu sampai sekarang aku tak pernah bela kucing. dan sejak dari tu jugak aku jadi takot nak pegang kucing.haha. tengok dari jauh je. sampai sekarang tau. sampai sekarang! jadi sekarang ni aku pun jadi tak suka kalau kucing dibela dalam rumah. tapi tapi tu bukan membenci kucing tau.

Mencintai dunia kucing ni menarikkan. masa zaman u dulu, aku baru tahu kucing ni pun macam manusia jugak. ada penyakit. macam diabetis dll. kucing kawan aku masa tu suspek kena batu karang. masa mula mula tahu tu, seriuss memang tak boleh blah sangat dengar. gelak sakanlah aku ketawa masa tu.haha. kawan aku siap stress kucing dia sakit. dorang siap cerita, kat klinik haiwan pun macam klinik manusia jugak. kucing pun siap ada kad klinik tau. kena isi nama bagai bagai lagilah. 

Kucing ni pun kena makan ubat. siap ada supplement untuk cantik lagi. terutama tang bululah. aku pun pernah teman bff aku pergi pusat veterinar untuk rawatan kucing. beli ubat. teruja sangat dapat tengok. lepas tu dengar staff cerita pasal kucing. sampai perasaan nak membela kucing tu ada. tapi pikir panjang toksahlah. kang jadi killer lagi sekali pulak. 

Korang nak tahu tak fakta menarik pasal kucing. ekceli nisbah umur kucing boleh dibandingkan begini, jika usianya 3 tahun, ia menyamai umur manusia 21 tahun dan jika dia mampu hidup selama 14 tahun, ia samalah dengan manusia berumur 70 tahun. ada paham?? tak paham korang bacelah banyak kali sampai paham ayat aku ni.bhaha. sebab tu bila umur kucing 5 tahun pun dah dikira lanjut usia.haha

Rasullullah Saw pun suka kucing. banyak tau hadith pasal kucing ni. antaranya


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika sampai di rumah Aisyah, Aisyah sedang solat. lalu ia memebrikan isyarat untuk menyimpannya. sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing. lalu Aisyah membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasullulah bersabda, "ia tidak najis. ia binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulluah berwudhul dari sisa bekas jilatan kucing. 
(HR Al Baihaqi Abd Razzaq dan Al Daruquthni)

Sungguh murnikan hati nabi.


Aku pun nak galakkan Adam dan adik-adik dia sayangkan kucing. tapi tapi kalau depa dok mintak kebenaran kat aku nak bela kucing, aku nak jawab macam mana??haha. pengsann.

No comments:

Post a Comment