Thursday 13 June 2013

TIPS | ADAB BERSAMA BUKU



Assalammualaikum

Cuba  korang recall balik ingatan korang, ingatkan  balik, bayangkan macam mana keadaan korang masa baca buku especially masa korang tengah study atau dalam keadaan lain korang baca buku ilmiah, kalau tak paham juga baca buku ala-ala poyo or skema. Ok paham?Cuba korang ingatkan balik. Mesti kabus ingatan korang  ada yang memampangkan aksi korang  berbaring, meniarap, terlentang etc . betol tak?betol tak?betolkan?ok sama macam aku buat. Sangat tak bagus. No good!bhahaha. 
Meh kita study sikit, untuk pengetahuan korang, sebenarnya bila dengan buku pun ada adabnya yang tersendiri, korang ingat nak mencekik(bahasa sopan makan) sajo ada adabnya, dengan buku pun ada beb.  Jangan buat-buat tak percaya pulak korang. Aku sekeh kang. 
Buku tu secara ilusi saja macam tak ada perasaan, tapi sebenarnya buku-buku ni juga memiliki perasaan sensitive macam manusia ni. Tak percaya cuba malam-malam korang dekat kat buku. Mana-mana bukulah korang nak,novel sebenarnya saya isteri dia ke, mangga ke, ujang ke etc. pilihla mana-mana, then jangan lupa pulak  matikan lampu dan pastikan lebih detik 12malam. Korang pasti akan dengar buku tu menangis, mengeluh kepenatan. Sebabnya korang dah gunakan dia seharian, selak buku tu ganas-ganas, sakit tau buku tu. (maaf pengaruh cerita doraemon semeta).
Jadi apa maksudnya, buku pun perlu dibelai dengan sebaiknya dan sikap sopan perlu ada masa kita dengan buku. Ok paham?  Jadi apa kita perlu buat masa dengan buku? Lihat tips bawah ni:

     1) Ambil wuduk.
Seelok-eloknya bila kita nak baca buku kita ambil wuduk atau air sembahyang  (tapi bukan nak pergi sembahnyang tau, ni nak baca buku. kena focus konsep tu). Kita kena ambil wuduk masa nak membaca buku lebih-lebih lagi buku yang mengandungi ayat-ayat al-quran atau hadis (mashaf). Buku ilmiah pun digalakkan. Jadi bila masa baca tu korang tenang saja, dan ilmu yang korang baca mudah melekat dekat kepala otak korang.  Ni jangan pulak ada yang tanya kat aku, nak baca urtv, buku cerita budak getah perlu ambil air sembahyang ke. Aku sekeh korang sorang-sorang nanti. Tapi kalau korang nak ambil jugak digalakkan, dalam Islam pun digalakkan jika umatnya berkeadaan dalam berwuduk selalu.

2) Ambil tangan kanan
Elakkan atau hindari diri kita daripada ambil buku dengan tangan kiri. Maka dengan itu, kita perlu ambil buku dengan menggunakan tangan kanan. Sebabnya tangan kanan sinonim dengan perbuatan-perbuatan yang mulia. Tangan kiri tu tangan yang digunakan untuk mencebok, eeii..jijik maka toksahlah gunakan tangan kiri tu, berbau….;p.
 
3) Jangan diletak dilantai
      Ni aku pernah buat. Study kat bawah, maka jadinya habis buku-buku tu bersepah kat lantai.  Jadi tips yang ketiga ni nak beritahu sebaik-baiknya gunakan meja, rehal, bantal etc untuk dijadikan alas buku, kitab mashaf diutamakan.  Oleh itu, jangan diletakkan buku tu direct ke atas lantai okey.

4) Jangan dudukkan buku
Sesiapa yang pernah, sengaja  pulak tu buat tingkah dan laku ni memang patot disumpit. Kalau tak sengaja boleh dimaafkan. Bagi buku mashaf, jangan sekali-kali duduk di atas buku tersebut.  Nak dijadikan sebagai alas kepala ketika tidur pun tak boleh. Hukumnya haram. Ini menurut Imam al-Nawawi. Tak percaya sila buat research sendiri.  Ini konsep buku mashaf ye. Buku ilmiah lain pun, macam buku teori psikologi, biologi korang  seeloknya pun dielakkan diperlakukan seperti tu, demi mendapat ilmu yang berkat.

5) Jangan menjulurkan kaki
Bagi buku mashaf, perkara menjulurkan kaki kearah kitab-kitab tersebut dilarang. Perbuatan menjulurkan kaki tersebut adalah makruh dan perlu dijauhi. Jadi apabila kita hendak menelaah kitab-kitab tersebut, buku ilmiah yang lain juga, position yang sopan dituntut. Tak payahlah korang terkangkang tiarap, aku tak taulah kalau korang masa study  perbuatan terkangkang tiarap tu wajib buat, tak buat subjek korang study tu tak masok. Kalau macam tu ikot selera ampa lerr, tapi kalau study kitab mashaf memang tak boleh maaf. Kerat kepala ampa baru tau.

p/s: simplekan? Boleh dipratikkan.
Imam al-Shafi’I berkata:
“Sesiapa yang mempelajari ilmu dengan beradab, maka Allah akan mencurahkan keberkatan dalam ilmunya”.

Nak berkat dalam menuntut ilmu, sila amalkan. Tak nak kejar keberkatan tu, ikot ampa lerr.

No comments:

Post a Comment